BDN | 43

1.1K 118 44
                                    

p/s : look at the media , i made it by myself hahhahahaha the man kinda cute tho like lucas hehhe. oh b4 u read , do baca basmalah dulu dan kalau nak kecam ariq pls letak hashtag #donekecamariq okay! make him trending here 🤣thankyou.

***

DUA hari berlalu. Dua hari yang sangat panjang dan tertekan bagi Haira Jannah. Makin lama dia berada dalam rumah milik Ariq, makin dia rasa bahang. Dua hari juga Ariq Zayyan tidak pulang ke rumah sejak dia memukul Haira dulu. Haira malas nak ambil tahu ke mana perginya lelaki itu.

Dan, dia sangka dan yakin hari ini lelaki itu pasti takkan pulang lagi. Haira tersenyum nipis. Dia nekad hari ini dia akan ke bakeri dan pulang ke rumah Ibu. Dia sudah tak tahan untuk tinggal lagi dengan Ariq. Sesak dada.

Tak mahu digelar isteri nusyuz, Haira sempat mesej lelaki itu dengan hanya menyatakan dia mahu pergi. Dia tahu Ariq akan mengamuk besar tetapi nyawanya serta maruahnya lagi penting sekarang ni.

Satu beg bagasi dan satu beg sederhana besar yang sudah diisi dengan semua barangnya dimasukkan ke dalam kereta. Beratnya Ya Allah. Haira memerhati kawasan sekeliling. Sunyi sepi memandangkan tak ramai yang membeli rumah di sini. Mungkin kerana kos yang agak mahal serta kurangnya kegiatan ekonomi di sini.

Setelah pasti tiada tanda-tanda Ariq akan pulang, Haira memulakan perjalanan dengan bacaan basmalah serta doa naik kenderaan.

Haira memilih untuk pergi ke rumah Ibunya dahulu. Nak melawat Haidan. Sudah lama jugak mereka berdua tak bertemu. Entah apalah khabar adiknya yang seorang tu? Haidan pula makin sibuk dan tiada masa lagi untuk bermesej dengannya. Jadi, Haira memang benar-benar sendiri. Lagi-lagi sejak Ariq mula buat perangai pelik dia tu.

“Assalamualaikum!" kuat Haira memberi salam sampaikan makcik-makcik yang sibuk membawang pun ikut terkejut. Haira hanya tersengih pada mereka.

“Waalaikumussalam, akak posmen ke tu?" soal suara yang sangat dikenali Haira.

Haira mengetap bibir. Sampai hati adik dia panggil dia Akak Posmen?

“Eh akak!" Haidan pula menjerit teruja saat menyarung selipar di halaman rumah. Dia ingatkan ada orang hantar barang la tadi.

Haidan memeluk kakaknya erat seketika. Tangan kakaknya dicapai sebelum di salam.

“Kakak sihat? Why do you look pale? Makin kurus pulak tu. Eh, lelaki tu tak bagi akak makan ke apa? Ha kenapa datang seorang je ni? Mana lelaki tu?" bertalu-talu soalan yang terpacul daripada mulut murai milik Haidan.

Haira sudah tertawa perlahan. Dia memegang tangan Haidan yang tak habis-habis membelek dirinya itu. Kalau Haidan tahu Ariq pukul dia, mahunya meninggal Ariq tu dikerjakan.

Jangan main-main ye dengan seketul Haidan Yunus. Nama je nampak macam sopan santun, berbudi bahasa budaya kita. Sekali, kalah abang long fadhil pujaan hati korang tu.

“Akak makan la. Mana ada kurus, masih tembam okay pipi akak. Ariq sibuk, entahlah dah dua hari tak balik," balas Haira pula.

“Ha, jomlah masuk. Panas la kat luar ni," Haidan siap menarik tangan Haira.

“Eh, kejap la beg akak tak ambik lagi," kata Haira sambil ketawa menghalang Haidan menarik tangannya.

Mujur ada Haidan dan Najla, kalau tidak memang Haira Jannah dah jadi miss lonely je dalam dunia ni.

“Eh, beg. Akak duduk lama ke? I thought you nak singgah je. Meh la Dan angkatkan. Kakak masuk," Seronok Haidan mengarah kakaknya. Haira apa lagi, ikutkan je la.

Bidadara Dalam Hati©Where stories live. Discover now