BDN | 32

1.1K 113 44
                                    

MEMANDANGKAN sudah lama mesyuarat besar tidak diadakan, jadi pada hari Sabtu semua ahli kumpulan berkumpul bagi merungkai serta memerah otak masing-masing. Selagi kes ini tak selesai, selagi itulah kes lain tak dapat diselidik lagi. Penat? Ya, sudah tentu. Pekerjaan apa saja yang tak penat? 

"Ingat tak kes anonymous hantar barcode tu?" Hud Jibril mula mengajukan soalan. Slide terpampang di hadapan mata menayangkan segala barcode yang pernah diterima dahulu.

Hari ini, dia menggantikan Asiff Jiddan yang selalunya menjadi ketua. Kerana Asiff sibuk membuat persiapan bagi perkahwinannya tak lama lagi. Alhamdulilah, pada tahun ni ramai teman rapatnya sudah melangkah ke alam rumahtangga. Dia? Sabar dulu. Dia masih muda juga mentah bagi mendidik seorang wanita. Banyak ilmu yang perlu dipenuhkan di dada dahulu. Juga dia belum puas membahagiakan Ummi serta Abi. 

Juga dia mahu membahagiakan dan mencintai diri sendiri dahulu sebelum berkongsi segala kekurangan serta kelebihan dengan seorang wanita yang digelar isteri. Lagi satu, dia mahu menghantar Ummi serta Abi ke Mekah dahulu dengan duitnya sendiri. Benar Umi dan Abi sudah menjejakkan kaki ke sana tetapi bukan dengan duitnya. Jadi, insya Allah tahun ini dengan duit hasilnya sendiri.

Dia? Insya Allah suatu hari nanti bersama seorang wanita yang digelar isteri.

"Ingat!" Semua menjawab soalan Hud serentak.

"Hilman jangan pejam mata," Sempat Hud memberi amaran pada Fared Hilman yang sudah mahu tersengguk-sengguk. Fateh disebelah menumbuk-numbuk belakang badan Hilman menghilangkan rasa mengantuk.

"Okay," Jawab Hilman sambil tersengih lalu menggosok-gosok matanya. Semalam dia punya stay up nak siapkan paperwork. Hari ni ingat nak tidur tiba-tiba ada mesyuarat besar pulak. Paksakan juga kaki ke sini demi keselamatan juga keamanan sejagat. Gitu.

"So, aku rasa ketua geng Bayang Hitam dengan yang hantar barcode tu ialah orang yang sama. Sebabnya kan waktu kita sampai dekat sana tu ada jumpa empat orang mayat perempuan," Hud cuba menjelaskan hujahnya yang sudah dibincangkan bersama Asiff Jiddan.

"Tapi tak ada pun tulisan darah," Kata Naem sambil mengerutkan dahi. Mengelirukan betul.

Hud memetik jari. Mujur otak Naem berfungsi. Naem seorang je lah. Ahli yang lain mesti fikir katil kat rumah dah tu. Heh. Takpun fikir maggi dalam hot cup.

"Kan? Mungkin dia tak nak kantoi kot?" Hud cuba meneka-neki tentang apa yang bersarang di dalam kepala.

"Kalau tak pun, ketua bayang hitam dengan orang yang hantar barcode ni bekerjasama. Ataupun, orang yang sama cuma dia nak kelirukan kita," Hud cuba meneka lagi dan sejujurnya dia sudah tak punya idea lagi. Otak sudah berselirat dengan pelbagai masalah.

"Kalau tu kata syaitan, Hud," Tiba-tiba Hilman menyampuk membuatkan dia dijeling tajam oleh Hud. Ahli yang lain turut menjeling ke arahnya.

Hilman hanya tergelak serta membuat muka tidak bersalah.

"Bad news, kita terpaksa jugak gerak ke tiga lokasi yang kita peroleh sewaktu dapat barcode tu," Ujar Hud mengundang keluhan semua ahli.

Hud hanya memandang memahami. Dia faham. Kesemua mereka ini mempunyai dua pekerjaan. Private investigator ini hanyalah pekerjaan sampingan.

"Tak apa Hud. Demi keselamatan orang kita, aku okay je," Sahut Naem insan yang paling bersemangat hari ini. Naem tersengih.

Hud menepuk tangan. Dia lega ada yang bersetuju dengannya.

"Tak apa Hud. Kami okay je," Balas pula John mewakili ahli kumpulan Charlie.

Bidadara Dalam Hati©Where stories live. Discover now