harap semua bersabar dengan hud gedik.
AWAL- awal pagi lagi, Haira sudah menjengah ke dapur bagi menyediakan sarapan. Hari ni dia sekadar membuat sandwich telur je kerana sebentar lagi mereka akan bertolak ke Cameron Highland.
Kali terakhir dia menjejakkan kaki ke Cameron Highland adalah lima tahun lepas. Itu pun sebab trip keluarga ke sana. Selepas tu, dia terus sibuk dengan kedua-dua bakeri.
“Sayangku Haira!" jerit Hud ketika turun di tingkat bawah. Haira menekup telinga.
Pagi-pagi lagi Hud dah mengacau kedamaian dan ketenteraman dia. Haira mengerling ke arah Hud yang menongkat dagu di meja makan sambil memandang ke arahnya. Tu dah kenapa hah? Angau!
Haira abaikan lelaki itu. Seminit dua kejap lagi mesti Hud merengek. Lapar attention macam tulah. Seminggu berdua dengan Hud, dia dah kenal luar dan dalam lelaki itu.
Seminit berlalu, Hud masih diam. Haira mengerutkan kening. Tak hyper pulak harini?
Dua minit berlalu, Hud jalan dengan penuh gaya model ke arahnya sambil menyelitkan kaca mata hitam di sebalik baju. Apa kes pakai sunglasses dalam rumah ni? Buang tabiat sungguh la!
Hud melingkarkan tangannya ke pinggang Haira seraya meletakkan dagunya di atas bahu isterinya itu. Kan dia dah cakap!
“Sayang," panggil Hud sekali.
“Ya," Haira layankan je.
“Sunflower," panggil Hud lagi. Tapi tak tahu pulak dia panggil siapa? Panggil bunga matahari kat luar rumah tu ke?
“Who?" soal Haira berpaling ke arah Hud dengan payah.
“You," jawab lelaki itu dengan nada malas.
“Darling," panggil Hud lagi buat kali ke lapan belas. Kali ke sembilan belas kalau Haira palau memang dia nak merajuk.
“Ya! Hud nak apa pagi-pagi ni?" Haira sudah hilang sabar. Suaranya naik sedikit, kuat sikit daripada semut je.
“Saja nak dengar suara dia!" jawab Hud sambil ketawa kuat macam hantu langsuir. Ni kalau jiran sebelah dengar mesti terkejut beruk.
Haira mencubit lelaki itu dengan geram. Not funny!
“Makanlah dulu Hud sebelum bertolak. Nanti awak tu merengek macam-macam saya tak nak layan ek," suruh Haira sambil menolak Hud yang berat macam gajah ke arah meja.
Ada jugak yang kena sula ni kang!
“Okay, sayang. Hud nak tanya something ni," Hud meminta izin. Haira hairan. Sejak bila pandai mintak izin ni?
“Tanyalah," jawab Haira yang duduk di hadapan Hud sambil menggigit roti sandwich.
“Ara ada mengadu apa-apa dekat Umi ke?" soal Hud. Sebabnya Puan Maryam ada brainwash dia supaya tak mengada-ngada dengan Haira.
Jadi dia pelik. Macam mana Umi tahu. Mesti angkara orang rumah depan ni.
“Ma... mana ada," Haira menggelengkan kepalanya. Aduh! Macam mana boleh kantoi pulak ni? Rasanya dia OTP dengan Puan Maryam dekat bakeri.
“Ha, gagap gagap tu menipu lah tu!" Hud tarik sengih dan menarik hidung milik Haira. Nak tarik telinga sebenarnya tapi Haira dah siap pakai tudung.
“Eeee, haa saya mengadu dekat Umi. Ala, Umi bebel sikit je kan?" balas Haira sambil menjeling manja ke arah Hud.
“Yalah, yalah. Lepas ni Hud tak mengada dah. Mengada sikit je biasalah baru kahwin kan sayang kan," Hud mendekatkan pipinya dengan Haira sambil menayang senyum kambing. Eee, suami siapa?
YOU ARE READING
Bidadara Dalam Hati©
Roman d'amour﷽ 𝐹𝑖𝑟𝑠𝑡 𝐴𝑐𝑡𝑖𝑜𝑛 𝑅𝑜𝑚𝑎𝑛𝑐𝑒 ♡ @haniswrite 🌙 also known as, Bidadara Dalam Hati. Nurul Haira Jannah- Dirinya mungkin disangka naif dan polos jika dinilai dari mata kasar. Namun, dia percaya akan dirinya yang berani dan gagah. Apabila s...