BDN | 47

1.2K 118 60
                                    

(sila bukak lagu di atas)

2 BULAN 25 HARI KEMUDIAN,

HAIRA datang awal ke bakeri pada pagi itu. Tak adalah awal sangat, awal setengah jam je. Semua gara-gara bakal ada majlis sambutan hari jadi yang akan diadakan di tingkat atas bakeri. Tingkat atas ni hanya ada di cawangan ini saja, di cawangan Alor Gajah ada setingkat je.

Memang selama ini tingkat atas itu ditutup oleh Haira sendiri. Ini pun dia baru bukak untuk disewa sama ada untuk sebarang majlis kecil-kecilan atau untuk dia sendiri.

Haira turut mengarah anak buahnya Hawa dan Aina untuk sama-sama datang awal dan membantu. Pelanggan tersebut meminta Haira menghias sedikit bahagia tingkat atas. Kata Cik Nabila yang merupakan pelanggannya itu, majlis ini untuk anaknya yang sudah berusia empat tahun.

Tak lama kemudian, Hawa dan Aina tiba serentak. Haira tersenyum menyambut kedatangan mereka berdua.

"Akak sihat? Dah okay ke?" soal Aina prihatin. Mana tak nya, kelmarin dulu dia demam panas sikit. Mungkin sebab cuaca yang tak menentu.

"Alhamdulilah, sihat dah. Kalau tak, tak datang akak ke sini," seloroh Haira sambil tertawa kecil.

"Alhamdulilah," balas Hawa dan Aina sambil tersengih. Sebelum keduanya memandang sesama sendiri sambil tersenyum penuh makna.

"Jom, ambil barang dalam bonet kereta akak tu ha." ajak Haira.

Selepas itu, mereka mula mengangkat barang-barang seperti belon, topi, dan sebagainya ke tingkat atas sebelum mula menghias. Sempat lagi Haira memasang lagu-lagu korea yang kebanyakkannya OST drama kegemarannya.

Hawa dengan Aina pun dah ambil maklum yang Haira ni suka sangat lagu Korea. Redha je la.

Seawal pukul dua belas tengah hari, mereka bertiga siap menghias. Finally! Puan Nabila pun dah datang dengan satu family. Birthday boy pun ada sekali. Comel je dengan pipi paunya. Lama jugak Haira usya budak tu. Haha. Siapa suruh comel sangat?

Dan, sehinggalah Haira terpandang akan susuk tubuh seorang jejaka yang sangat Haira kenali. Tak lain tak bukan, Hud Jibril.

"Eh, hai!" Lelaki itu terlebih dahulu menyapa sambil berjalan ke arah Haira. Senyuman manis tak lekang daripada wajah lelaki itu.

Okay Haira, jangan cair lagi.

"Hai," Senyuman berbalas.

"Sihat ke? Lama kan tak jumpa macam ni?" soalan biasa keluar daripada bibir lelaki itu. Lama jugak mereka tak berjumpa face to face macam ni, hampir dua bulan agaknya.

Hud sekadar menghormati keputusan Haira dan memandangkan wanita itu juga masih dalam tempoh iddah lagi. Kalau dah jodoh tak ke mana ye tak?

"Sihat alhamdulilah. Awak dengan family awak, sihat ke? Lama jugak lah," jawab Haira sekaligus. Sesekali matanya mengerling menatap mata helang milik Hud.

Ada suatu perasaan halus yang mula menjalar di dalam diri masing-masing. Mungkin, rindu? Sedaya upaya masing-masing cuba menyembunyikan senyuman.

"Sihat je alhamdulilah," balas Hud.

"Awak buat apa kat sini?" soal Haira pula sekadar berbasa-basi.

"Ni majlis anak pekerja saya. Dia jemput saya, jadi saya datang sini. Lagi-lagi, dapat tahu yang majlis ni dekat bakeri dia tu. Mestilah saya pergi," Hud tersengih sebelum melihat wajah Haira yang bertukar rona.

"By the way, saya nak minta tolong awak sesuatu boleh?" pinta Hud dengan sopan lagikan santun. Haha.

"Saya akan tolong mana yang saya mampu insya Allah. Duduklah dulu. Dah lenguh leher saya ni melangut pandang awak, Hud." Haira tertawa kecil.

Bidadara Dalam Hati©Where stories live. Discover now