Kindly see the media, pesanan ikhlas dari Ara >3
DIAM tak diam, lusa bakal berlangsung majlis perkahwinannya dengan Hud Jibril. Gemuruh? Mestilah, weh. Dan, Haira sangat bahagia bila kali ini ada Ibu serta Abang Hairi dalam majlisnya.
Balik sahaja dari merawat wajah dan badan di spa dengan Puan Maryam serta Puan Hashimah, mereka pulang ke rumah. Rumah Abang Hairi. Dah seminggu Haira menetap di situ. Mujurlah bilik di rumah Abang Hairi tu banyak. Haira duduk bersila di hadapan Kak Hafia sambil mula membantu wanita itu menyiapkan hantaran.
“Semua dokumen dah sediakan, Ara?" soal Ibu yang hanya melihat saja hasil gubahan Kak Hafia.
Haira pandang sekali wajah Ibunya.
“Dah," Haira angguk sekali.
“Bagus. Photographer, Videographer, kad kahwin?" Banyak pulak soalan Puan Hashimah kali kedua.
“Dah jugak, Ibu. Hud settle kan. Kad kahwin pun Haira dah edarkan. Yang lain jauh sikit tu, Haira pakai whatsapp je," jawab Haira tenang. Dalam hati, Allah je tahu beb.
Kata Hud, yang jadi photographer tu kawan baik dia. Yang mana, Haira pun tak ambil tahu. Nanti-nantilah kenal. Kesian pulak kawan Hud tu, dengar cerita lama dah jadi photographer ambil gambar pengantin, diri sendiri single lagi. Tak apalah, cepat atau lambat jodoh will come to you.
Tak gitu?
“Bila Najla nak datang? Dia ada cakap nak mari sini kan?" soal Ibu pula sambil tangan ligat membelek telefon di tangan. Sembang dengan bakal besan la tu! Tak cukup tadi.
“Ya, petang sikit kut." jawab Haira. Tangannya mencapai telefon pintar di poket celana. Panjang umur, Najla baru saja mesej dia.
Najla Busuk
+Beb, aku on the way. Nak orange juice tau, gula mohon kurang sebab aku dah cukup manis auch!
Haira buat aksi nak termuntah. Melampau ye minah ni. Ada jugak kena lempar ikut tingkap karang.
+Baiklah, tuan puteri yang masam. Patik menurut perintah.
Haira berlalu ke dapur seketika ingin menyiapkan air serta muffin yang dibuatnya tadi untuk tetamu khas dari kayangan.
Usai siap, Haira kembali duduk. Dia tak tentu arah dah nak buat apa. Jadi, dia hanya menyusun barang hantaran masuk ke dalam biliknya. Cantik, pandai Kak Hafia menggubah. Antara hantaran yang dia belikan buat Hud ialah minyak wangi, sejadah, Al-Quran, samping, kasut but, baju kemeja berlengan panjang dan juga pendek, tali leher dan juga jam tangan. Harap Hud sukalah.
Ini pun kemain dia hampir nak bergaduh dengan Haidan waktu pilih. Dia nak warna brown dek kerana Hud gemar warna brown. Haidan nak warna merah. Last sekali, ambil dua-dua. Siap Haira belikan untuk Haidan lagi.
Dengar saja bunyi orang memberi salam, laju saja Haira turun ke tingkat bawah. Haira buka pintu pagar dengan senyuman lebar ditambahkan dengan seri wajah.
“Lala!" Haira lari mendakap Najla erat. Nasib sempat jugak sarung selipar jepun. Saja gedik! Padahal, baru sebulan tak jumpa. Lala tu nama timangan Najla yang dipanggil oleh ahli keluarganya.
“Woi, Jannah! Cantiknya, kau beb!" Najla membalas pelukannya sambil mencubit-cubit pipinya yang sudah pau.
“Haloh, thank you! Kau ni lama sangat berjemur ni, gelap sikit. Tak jumpa jodoh ke kat sana?" soal Haira laju menukar topik.
YOU ARE READING
Bidadara Dalam Hati©
Romansa﷽ 𝐹𝑖𝑟𝑠𝑡 𝐴𝑐𝑡𝑖𝑜𝑛 𝑅𝑜𝑚𝑎𝑛𝑐𝑒 ♡ @haniswrite 🌙 also known as, Bidadara Dalam Hati. Nurul Haira Jannah- Dirinya mungkin disangka naif dan polos jika dinilai dari mata kasar. Namun, dia percaya akan dirinya yang berani dan gagah. Apabila s...