media credit to : mustaqim.jiwa even he's not seeing this HAHAHHA.
TIGA hari dua malam berlalu begitu pantas maka bermulalah hujung minggu yang sangat membosankan bagi Haira Jannah. Kalau dia masih tinggal bersama Haidan dulu, bolehlah mereka berdua melepak, tengok wayang, makan sana makan situ bersama-sama. Huwaaaaa! Tiba-tiba rindu adiknya pulak. Disebabkan mereka berdua selalu bersama, ramai yang salah anggap mereka berdua adalah pasangan kekasih.
Eh, ukhti. Bukan begitu. Wajah Haidan mengikut datuk belah Ibu. Wajah Haira pula mengikut ibunya menyebabkan wajah mereka sangat kontra. Tinggi pun kontra jugak. Alah, biasalah lelaki kan memang cepat meninggi. Jealous kita.
Oh, dia lupa pula hari ini Ariq Zayyan akan pulang. Semoga lelaki itu membawa pulang coklat seperti yang diminta olehnya. Haira bergegas ke dapur untuk memasakkan makan tengah hari.
Haira bercadang untuk memasakkan asam pedas, sambal belacan, ayam goreng kari serta masak lemak buat lelaki itu. Menurut Ariq, kesemua menu di atas adalah kegemarannya. Haira turutkan saja.
Sedang Haira sibuk bersilat di dapur beserta lagu ost drama-drama korea yang kuat terpasang, loceng rumah Ariq berbunyi. Eh, Ariq dah balik ke? Tika ini, lagu Sunset yang dinyanyikan oleh Davichi bergema.
Haira mencapai tudung sarung serta kardigan yang berada di atas sofa lalu disarungkan kepada tubuh. Dia membuka pintu perlahan-lahan.
Muncul sebatang tubuh yang bernama Ariq Zayyan tanpa secalit senyuman di bibirnya yang agak pucat. Fuh, terus tubuh Haira terasa seram sejuk.
“Eh, awak. Masuklah," pelawa Haira. Lelaki itu terus meluru masuk lalu menghempaskan punggungnya di atas sofa dengan kasar sebelum memandang Haira dengan pandangan dingin.
Haira terkaku di hadapan lelaki itu. Entah kenapa, kakinya bagai digam di situ.
“Nak makan tak? Saya dah siapkan makan tengah hari. Ke awak nak rehat dulu?" soal Haira bertalu-talu apabila Ariq hanya mendiamkan diri.
Dalam sudut hati lelaki itu, dia merasakan bahawa Haira sudah cukup selesa dan boleh menerima dirinya sekarang. Namun, dengan apa yang telah terjadi dia tak dapat memaafkan wanita kesayangannya ini.
Ariq hanya mengangguk lalu mengikuti Haira ke dapur. Haira menyendukkan nasi ke dalam pinggan lalu dihulurkan kepada Ariq. Huluran bersambut. Masing-masing hanya diam. Haira pula tidak berani langsung untuk membuka mulut.
Ariq menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. Matanya tak lepas memandang Haira. Bukan pandangan biasa namun pandangan tajam.
“Sedap." puji lelaki itu.
“Terima kasih." Haira cuma menunduk. Serasa pandangan lelaki itu sudah menembus matanya.
“Rindu."
“Huh?" Haira mengangkat mukanya memandang ke arah Ariq.
“Abang rindu sayang," Ariq mengaku pula.
Haira hanya mengangguk. Senyuman nipis diberikan. Langsung tidak ikhlas. Pada Haira, dia tidak mahu Ariq menyukai atau mencintai dirinya kerana sampai bila-bila Haira tak rasa dia mampu membalas.
Suatu hari nanti, takdir membuktikan segalanya.
“Abang ada benda nak cakap dengan sayang," ujar Ariq usai mereka berdua sudah makan. Tiba-tiba, azan zohor berkumandang.
“Boleh awak cakap lepas solat?" pinta Haira pula. Ariq tak bercakap banyak, hanya menganggukkan kepalanya.
Haira bingkas menuju ke tandas untuk mengambil wudhuk. Ketika tiba di bilik Ariq, lelaki itu sudah siap membentangkan sejadah. Ini baru kali ketiga Haira solat berimamkan Ariq. Selama ini, Ariq hanya menyuruhnya solat dahulu.
YOU ARE READING
Bidadara Dalam Hati©
Roman d'amour﷽ 𝐹𝑖𝑟𝑠𝑡 𝐴𝑐𝑡𝑖𝑜𝑛 𝑅𝑜𝑚𝑎𝑛𝑐𝑒 ♡ @haniswrite 🌙 also known as, Bidadara Dalam Hati. Nurul Haira Jannah- Dirinya mungkin disangka naif dan polos jika dinilai dari mata kasar. Namun, dia percaya akan dirinya yang berani dan gagah. Apabila s...