sila tengok media >3
DEK kerana sibuk mahu bertemu dengan Safia gorgeous membuatkan Haira lupa sebentar akan buku coklat milik Hud. Pukul sepuluh setengah pagi, mereka keluar rumah berdua menuju ke Kafe Bunga Matahari atau Sunflower's Cafe yang tak jauh pun dari rumah Hud.
“Sayang nak tahu tak?" soal Hud memulakan bicara. Dia membetulkan seketika baju t-shirt putihnya sebelum memandang wajah Haira sekilas.
“Yes, kenapa?" Haira laju menoleh ke arah Hud. Lampu isyarat berwarna merah menyala. Kereta diberhentikan seketika. Kang tak fasal kena saman!
“Ariq sebenarnya pernah buat bisnes dekat Itali. Tapi, sekarang bisnes tu dia serahkan dekat adik dia," beritahu Hud. Gosip terhangat ni gais.
“Oh ye ke? Ara tak pernah tahu pulak. Bisnes apa?" soal Haira. Produk makanan ke eletrik ke apa? Jangan kata bisnes haram.
“Hud pun tak tahulah. Ini pun kawan Hud bagitahu," beritahu Hud tidak jujur. Biarlah, nanti kalau Haira tahu mahunya terkejut kejung kat sini.
Belum masanya lagi. Lagipun, itu dah jadi bisnes si Carl bukan Ariq lagi.
“Ohhh, biarlah dia tu," jawab Haira sambil mengangkat bahu. Malas nak serabutkan otak. Dia takkan lupa ya kesan yang Ariq tinggalkan pada dia.
Hud mengangguk seolah mengerti. Ya, dia memang sangat mengerti.
Dari jauh, Haira ternampak kelibat Safia yang duduk di meja yang agak tersorok daripada pandangan umum. Segera Haira dan Hud mendekati wanita tersebut. Safia tidak memesan apa-apa minuman lagi.
“Assalamualaikum," Haira menyapa wanita itu yang khusyuk termenung. Ada debaran yang bermain di dada.
“Waalaikumussalam," jawab Safia sambil mengangkat wajahnya. Ada senyuman terukir di bibirnya. Haira dan Hud segera melabuhkan punggung.
Eh, tak kerja ke Safia ni? Bukan ke dia doktor? Eh, jap. Hari ni hari Ahad, Haira. Aduhai, hari pun dah tak ingat.
“Nak bagitahu apa tu, Safia?" Haira terus tak sabar bertanya. Hud disebelah mencuit pinggang Haira, ada lah tu benda dia tak puas hati.
“Nak air ke sayang? Safia?" soal Hud sambil matanya berkeliaran mencari pelayan. Haira tersengih. Aduh, gelojoh sangat pulak.
“Bolehlah. Nak air sirap limau je," beritahu Safia kepada pelayan yang sedang mengambil oder.
“Nak laici ais je," serentak Hud dan Haira berkata mengundang tawa kecil di bibir Safia. Senang hatinya melihat Haira gembira.
Katakan, ia jodoh. Berkongsi perkara yang sama itu biasa.
“Sebenarnya, Safia nak berterus-terang everything dengan Haira," Safia mula bicara dengan mukadimah.
Haira menganggukkan kepala. Sedia mendengar.
“Ariq menghidap penyakit dissociative identity disorder, yang akan membuatkan dia menghasilkan emosi yang berubah-ubah dengan identiti yang berbeza. Dalam kes Ariq, dia sedikit berbeza. Ariq mempunyai satu lagi identiti yang bernama Adan. Adan ni cuma akan muncul bila orang yang penting dalam hidup dia buat sesuatu yang dia tak suka...
“... Adan akan keluar bila Ariq jadi agresif. Macam yang Haira hadapi, Ariq tuduh Haira curang dan dia mengamuk. Bila dia mengamuk, itu bukan lagi Ariq tetapi Adan. Adan ni minum arak tapi Ariq tak. But still, Ariq sentuh jugak benda tu. Tapi, Adan yang kawal dia. Bila Adan keluar, Ariq can't control himself anymore...
“... Adan ni lah yang sihir Haira. Yang buat Haira jatuh cinta dekat dia. Tapi, sihir tu tak kuat mana bila Haira rajin solat, rajin mengaji alhamdulilah for that. Adan yang suruh Zinnirah bagi minyak wangi tu dekat Haira," jelas Safia panjang lebar membuatkan Haira cukup terkedu.
YOU ARE READING
Bidadara Dalam Hati©
Romansa﷽ 𝐹𝑖𝑟𝑠𝑡 𝐴𝑐𝑡𝑖𝑜𝑛 𝑅𝑜𝑚𝑎𝑛𝑐𝑒 ♡ @haniswrite 🌙 also known as, Bidadara Dalam Hati. Nurul Haira Jannah- Dirinya mungkin disangka naif dan polos jika dinilai dari mata kasar. Namun, dia percaya akan dirinya yang berani dan gagah. Apabila s...