HAIRA tidak mampu untuk melelapkan matanya walhal dia sudah mengantuk. Kalau dia pejam mata saja, pasti dia akan bermimpi perkara yang bukan-bukan atau teringat kejadian yang lepas.. Jadi, Haira hanya memeluk kaki daripada tadi.
Dia terimbas kembali apa yang telah Ariq lakukan kepadanya malam itu. Malam itu Ariq mabuk jadi memang syaitan yang menguasainya.
Haira sedang menghendap pintu bilik tidur Ariq bagi memastikan lelaki itu sudah lelap. Jadi, dia pun keluar dengan hanya membawa dompet dan beg tangan miliknya. Haira membuka pintu pagar dengan penuh hati-hati secara senyap. Dia ingin lari.
Haira berjalan kaki sehinggalah dia menjumpai sebuah tempat perhentian bas. Namun, disebabkan waktu masih pukul tiga pagi jadi memang tidak adalah bas atau teksi yang akan lalu.
Sedang Haira dengan cemasnya menunggu di situ, Ariq muncul dengan keretanya. Dia fikirkan orang lain, tetapi jantan tak guna tu jugak yang datang.
“Sayang, nak pergi mana tu? Nak lari daripada Abang ke?" kata Ariq yang sudah seperti orang gila.
Tubuh Haira menggeletar ketakutan. Haira hanya mampu menggelengkan kepala. Tubuhnya sudah berpeluh sakan tanda dia memang dalam ketakutan yang melampau. Dalam hati tak henti berdoa agar Allah selamatkan dia.
“Sayang kenapa macam takut-takut ni? Are you okay dear? Jomlah, kita balik. Tak sejuk ke duduk sini?" soal Ariq lagi sambil cuba mengelus pipi mulus milik Haira.
“Tak nak!" jerit Haira agak kuat. Dia bangun lalu duduk menjauhi Ariq Zayyan.
“Aku cakap balik, balik la!" Lelaki itu turut menjerit. Matanya tunak memandang Haira.
Haira menggelengkan kepalanya lagi. Dek kerana terlalu takut, air matanya tumpah perlahan.
Dush! Tiba-tiba, seorang lelaki datang menumbuk wajah Ariq kuat.
Prof Zikri! Haira meluru laju dan berdiri belakang Prof Zikri.
“Apa kau cuba buat hah?!" tengking Prof Zikri kuat. Haira yang mendengar pun seram. Biasalah, dah banyak kali dengar Prof Zikri mengamuk.
“Biarlah! Dia isteri aku. Kau siapa nak menyibuk urusan aku? Kau berambus lah jantan!" maki Ariq lagi.
“Masalahnya, kau berkasar dengan dia la syaitan!" Dush! Perut Ariq pula menjadi sasaran tumbukan Prof Zikri. Gerenti senak setahun.
Ariq Zayyan terduduk di situ sambil memegang perutnya. Bibirnya sudah berdarah. Pipi sudah lebam. Padan muka!
“Haira okay?" soal Prof Zikri. Wajahnya kelihatan serabut. Buku limanya sudah berdarah dek menumbuk Ariq tadi.
Haira geleng kepala. Sah-sah, dia tak okay. Mental dan fizikal.
“Jom saya hantar awak balik. Lelaki ni, tinggal je la dia dekat sini. Pandai-pandailah hidup. Haira, jangan risau saya takkan apa-apakan awak,"
Haira hanya mengangguk. Lantas, dia masuk ke dalam perut kereta lelaki itu.
“Rumah awak depan tu je kan?"
“Haah,"
“Saya sebenarnya on the way balik kampung sebab cuti kan. Selepas tu, nampak perempuan dekat bus stop ingatkan hantu mana lah sesat. Rupanya bekas student saya. Tiba-tiba nampak lelaki datang macam kacau-kacau awak. Then, saya datang la ala-ala hero drama selamatkan,"
Haira tertawa kecil lantas berterima kasih. Kalau Prof Zikri tak ada, memang selamatlah dia jadi lauk lelaki tak guna tu.
Haira mengusap air matanya yang jatuh berkali-kali. Mujurlah dia sudah membuat laporan polis bersama dengan Haidan petang tadi. Esok, dia mahu ke mahkamah syariah menuntut fasakh. Bersama bukti-bukti yang ada serta peguam syarie pasti dia akan dibantu oleh pihak keadilan. Tiada peluang kedua. Kalau dia memberi peluang kedua, itu kesilapan dan keputusan paling bodoh yang pernah dia lakukan.
YOU ARE READING
Bidadara Dalam Hati©
Romance﷽ 𝐹𝑖𝑟𝑠𝑡 𝐴𝑐𝑡𝑖𝑜𝑛 𝑅𝑜𝑚𝑎𝑛𝑐𝑒 ♡ @haniswrite 🌙 also known as, Bidadara Dalam Hati. Nurul Haira Jannah- Dirinya mungkin disangka naif dan polos jika dinilai dari mata kasar. Namun, dia percaya akan dirinya yang berani dan gagah. Apabila s...