sila lihat jejaka di media (◍•ᴗ•◍)
SEMUA mata memandang pada pemuda tampan yang sedang berjalan bergandingan bersama Ray Jiyyad. Hud mengalihkan pandangan memandang ke arah pemuda tersebut yang memakai baju t-shirt berlengan pendek berwarna putih dan jaket jeans. Digayakan lagi dengan seluar jeans tak berapa ketat.
Eh, macam kenal. Lah, adik ipar dia rupanya! Eh, bakal adik ipar. Tersasul. Haidan Yunus bin Ahmad Harun. Nah siap nama bapak dia bagi.
Haidan tertunduk segan apabila kesemua mata memandang ke arahnya. Dia diarahkan berdiri di sebelah Asiff bagi memperkenalkan dirinya.
"Hai semua. Saya, Haidan Yunus. Panggil Haidan je." Haidan memperkenalkan diri dengan suara yang agak gugup. Mana taknya? Semua pandang dia macam nak telan hidup-hidup. Maklumlah, The Mannequin Spy kan?
"Tak perlu bersaya-saya. Aku kau je cukup," Ujar Asiff. Lebih kepada arahan. Haidan hanya mengangguk patuh. Dekat sini semuanya umur sudah dua puluhan sedangkan dia masih belasan umur. Terasa asing dan janggal sekali.
"Guys, any question?" Soal Asiff dan dengan laju John mengangkat tangan.
"Umur kau berapa?" Kalah ketua gangster wajah John tika ini.
"Lapan belas tahun," Jawab Haidan laju sambil mengangkat muka. Masih kekok.
"Apa sebab dia ambik kau jadi ahli baru?" Lagi soalan tegas keluar daripada mulut Hilman sambil menunjuk ke arah Ray. Saja je tu nak test Haidan ni, kejap lagi mulalah dia ajak main game sekali. Nampak je garang dan tegas, tapi dalam hati ada taman Hilman ni.
"Ada satu hari tu aku demam. Selepas tu, ada 3 ekor perompak nak rompak aku. Haidan selamatkan aku. Dia belasah 3 ekor mamat tu sekali libas, sekali tumbuk, sekali tendang je. Rupanya dia ni belajar muay thai. Teruslah aku kenal-kenal dengan dia. Dah yakin aku bawak dia ke sini," Ray menepuk tangannya dengan wajah yang teruja. Happy go lucky, biasalah.
"Lagi soalan sebelum kita mulakan perbincangan?" Soal Asiff kali ke dua. Kesemua mereka menggelengkan kepala.
"Jadi, Haidan Yunus aku bagi kau masa untuk fikirkan your identity name, habis mesyuarat ni jumpa aku. Kau kumpulan Beta. Dipersilakan duduk," Asiff laju berbicara dengan Haidan dan mempersilakan lelaki itu duduk.
"Kita mulakan keterangan dan perbincangan kita. Aku tak izinkan sesiapa tidur. So, Serial Killer 404. Nama kumpulan penjenayah ni. Mereka ada satu trademark yang buatkan polis dapat kenal pasti ni ialah kerja mereka. Mereka ni pembunuh upahan yang memang terkenal dekat Malaysia ni. Luqman bukak slide baru," Mukadimah Asiff membuatkan Fateh menguap. Muka tahan mengantuk tu.
Terbeliak biji mata mereka apabila melihat paparan di depan mata. Seorang lelaki dibunuh dengan cara yang kejam asbab merampas berlian putih milik Serial Killer 404. Di dinding, terdapat tulisan yang ditulis menggunakan darah. Jadi, itulah trademark mereka.
Jangan bermain dengan bayang hitam. Makin dekat makin meremang.
Hud merinding. Seram pulak suasana bilik mesyuarat saat ini. Padahal cerah je dengan lampu. Hud memeluk tubuh. Seram sejuk!
Gambar kedua pula dipaparkan. Gambar seorang wanita yang kepalanya botak, mungkin kerja pembunuh tersebut. Wanita ini dibunuh atas sebab dia melawan perintah salah seorang daripada mereka. Sangat zalim! Kejam!
Jangan bermain dengan bayang hitam kalau takut dengan kelam malam.
Gambar ketiga pula dipaparkan. Seorang gadis masih dengan gaun pengantinnya ditembak. Daripada cerita, bakal suaminya yang mengupah pembunuh ini. Ya Allah, kejam.
YOU ARE READING
Bidadara Dalam Hati©
Romance﷽ 𝐹𝑖𝑟𝑠𝑡 𝐴𝑐𝑡𝑖𝑜𝑛 𝑅𝑜𝑚𝑎𝑛𝑐𝑒 ♡ @haniswrite 🌙 also known as, Bidadara Dalam Hati. Nurul Haira Jannah- Dirinya mungkin disangka naif dan polos jika dinilai dari mata kasar. Namun, dia percaya akan dirinya yang berani dan gagah. Apabila s...