prolog

637 17 0
                                    

“AKU terima nikahnya Balqis Hasha binti Amirul dengan mas kahwinnya seperangkat alat solat dan senaskhah Al Qur’an”

“Sah”

“Sah”

“Sah”

“Alhamdulillah, sah” kata tok kadi lalu mengangkat tangan membaca doa menyatakan kesyukuran dan meminta keberkatan untuk masjid yang baru di bina.

‘Siapa sangka aku kini sudah bergelar isteri kepada  seorang lelaki yang tidak kukenali. Lelaki yang bernama Hayyan Idham bin Ahmad Hazriq. Sungguh perit rasa hati ini bila mengetahui ibubapa ku tiada di sisi pada saat yang sangat memerlukan.’ Setitis air mata ku jatuh bila mengenangkan nasib diri ini. Sungguh tega ibubapa ku melakukan sebegini kepada aku. Sedang asyik aku mengelamun akan nasib diri, tiba-tiba terasa tangan hangat menyentuh tangan ku. Aku tersedar dari mimpi siang hari yang entah bila aku hanyut melayarinya.

“Jangan nak mengelamun je. Bak sini tangan tu” katanya dengan nada yang cuba dikeraskan.

Aku hanya menghulurkan tanganku untuk disarungkan cincin. Aku menunduk menyalami lalu mencium tangannya. Apabila kepala ku kembali tegak, aku. Betul ke apa yg aku alami ni? Aku tersepit di antara mahu percaya atau tidak.

“Kau jangan nak berangan dapat layanan yang baik dari aku macam yang kau bayangkan lepasni. Ingat tu!” katanya. Terkejut aku mendengarkan kata-katanya itu. Rupanya memang betul dia cium dahiku. Ciumannya membuatku rasa sungguh tenang dan selamat. Namun siapa sangka aku hanya berpeluang untuk merasainya mungkin hanya sekali ini sahaja.

SELESAI sudah majlis pernikahan kami. Kami pulang kerumah ibubapa Hayyan yang terletak berdekatan masjid. Boleh tahan besar juga rumahnya walau apa pun rumah ibubapa Hasha juga yang the best. Tiba-tiba Hasha terasa rindu dengan ibubapanya.

“Woi ! Kau buat apa lagi kat situ?”

Tersentak Hasha dibuatnya. Lalu segera menyapu air mata yang menitis dengan belakang tangan.

“Errr… tak de buat apa” jawab Hasha sambil menunduk lalu melangkah membontoti Hayyan masuk ke bilik dengan membawa bagasi.

Setibanya di bilik, Hayyan terus merebahkan badannya di atas katil. Hasha hanya mengabaikannya lalu melangkah masuk ke bilik air untuk membersihkan diri sebelum menunaikan kewajiban sebagai hamba-Nya.

Setelah selesai urusannya di dalam bilik air, Hasha segera menunaikan solat isyak. Seusai berdoa, Hasha membuka telekung lalu melipatnya dan diletakkan di rak bersama sejadah. Sungguh Hasha lupa yang dia bukan berseorangan di dalam bilik itu. Sedang Hasha menyapu lotion beraroma cherry blossom kesukaannya di meja solek, Hasha merasa hembusan nafas hangat di belakang lehernya. Serta merta bulu roma Hasha menegak. Perlahan-lahan Hasha mengangkat kepala untuk melihat gerangan yang berada di belakangnya melalui pantulan cermin. Belum sempat Hasha membuka mulut untuk bersuara, Hasha menjadi kaku.

Terasa benda yang lembut hinggap di belakang lehernya. Perlahan Hasha merasakan belakang lehernya seakan basah. Membuntang matanya memikirkan perkara itu. Hayyan telah menjilat belakang leher Hasha seperti menjilat aiskrim kesukaannya.

Hayyan hanya membuka sedikit matanya untuk melihat reaksi dari Hasha. Ternyata Hasha terkejut akan tindakan Hayyan itu. Hayyan juga tidak menyangka yang dirinya  boleh mengambil tindakan seberani ini sedangkan Hayyan sudah berjanji pada diri sendiri untuk tidak menyentuhnya selagi belum tiba masanya. Nampaknya Hayyan dah kalah dengan nafsunya sendiri. Tanpa sedar bibir Hayyan menguntum senyuman nipis disebalik perlakuannya itu.

TERUBAHNYA TAKDIRKU ( H I A T U S ) Where stories live. Discover now