20

55 3 0
                                    

"ASSALAMUALAIKUM!!"

"Oooo assalamualaikum!"

"Kami datang nak melawat ni!"

"Waalaikumsalam! Rumah ni takde orang!"

Suasana yang tadinya riuh kini bertukar sunyi. Ketiga jejaka yang berdiri dihadapan muka pintu itu memandang sesama sendiri.

"What?" soal Raziq sepatah. Pelik apa bila Dayyan dan Wildan memandang dia dengan pandangan seperti kucing ingin menerkam tikus.

"Kau tu lah pehal?" soal Wildan geram.

"Aku? Kenapa?" soal Raziq lagi. Ishh pelik la kawan-kawan dia pagi-pagi ni. Kepala yang tidak gatal digaru kasar. Mujur sahaja rambutnya memang digayakan gaya messy. Jika tidak buang masa sahaja dia mendandan rambutnya.

"Bodoh kau! Tak yah berlagak macam tuan rumah" ucap Dayyan pula. Geram pula dia dengan Raziq ni. Macam mana lah dia ni boleh jadi peguam. Haih pening kepala mak.

"Ouhh kamu bertiga ke? Aunty ingatkan siapalah yang datang awal pagi ni" sampuk satu suara.

"Ehh aunty. Hai" sapa Raziq selamba. Siap lambai tangan lagi.

"Assalamualaikum aunty" sapa Wildan dan Dayyan serentak.

"Waalaikumsalam. Masuklah. Jom kita sarapan sama-sama" ajak Liyana mesra.

Mereka bertiga mengangukkan kepala sebagai jawapan. Mereka berempat melangkah ke arah ruang makan bersama. Di meja makan sudah siap terhidang sarapan pagi. Kelihatan Hazriq sudah bersedia di meja makan.

"Assalamualaikum uncle" sapa mereka bertiga sebelum bersalaman dengan Hazriq.

"Waalaikumsalam. Ha kamu bertiga duduk la dulu. Tunggu Yan, Melvin dengan Arez sekejap" jawab Hazriq sambil bersalaman dengan tiga jejaka muda itu.

Mendengarkan itu, mereka bertiga segera mengambil tempat dimeja makan. Seketika kemudian Liyana datang lalu meletakkan pinggan, cawan beserta sudu dan garfu dihadapan mereka bertiga.

"Terima kasih, aunty" ucap mereka bertiga serentak.
Saat itu juga muncul lah Hayyan dan Melvin di ruang makan dengan diikuti oleh Arez. Lima pasang mata tertumpu pada tiga batang tubuh yang baru muncul di ruang makan itu.

"Yan nak keluar ke ni?" soal Liyana saat anaknya melabuhkan duduk disisinya. Melvin dan Arez juga melabuhkan duduk di kerusi yang kosong. Semestinya Melvin duduk disisi Hayyan. Kalau Arez nanti kang malapetaka apa lagi entah yang akan jadi.

"Haah" jawab Hayyan sepatah. Saat itu matanya menatap tiga orang sahabatnya yang tersengih sedari tadi.

"Korang ni buat apa kat sini pagi-pagi buta ni?" soalnya pelik dengan kening yang terjongket sebelah.

"Petang semalam kitorang datang office tapi Luna kata kau demam" terang Raziq. Hayyan hanya mengangguk sebagai balasan.

"Dahi kau kenapa Yan?" semestinya Dayyan yang bertanya. Dia lah yang mengambil berat diantara mereka selepas Melvin. Disebabkan Dayyan lah mereka bertiga muncul di banglo itu seawal pagi lagi.

"Ouhh itu. Semalam dia lagi terbentur sama bucu meja di tepi kasur terus dahinya bolong. Jadinya darahnya melimpah lalu mati. Ini kok kita lagi mahu antarin dia kembali ke kuburan" jawab Arez selamba. Sesudu mee goreng disuap ke dalam mulut. Ehh dia ni, orang lain tak makan lagi dia dah makan dulu. Dasar tak tahu malu.

"Nak ikut!!" jawab Dayyan, Wildan dan Raziq serentak. Teruja mereka saat mendengar perkataan kubur. Hayyan hanya mengangguk sahaja. Setelah itu, mereka mula bersarapan.

SETELAH mengaamiinkan doa yang dibaca suami seusai menunaikan solat subuh secara berjemaah. Tangannya syurganya dicapai lalu disalaminya penuh hormat.
"Abang" panggil Shafira lembut.

TERUBAHNYA TAKDIRKU ( H I A T U S ) Where stories live. Discover now