27

23 2 0
                                    

hello peeps, harini saya telah membuat keputusan untuk update satu chapter sebab terlampau bosan. enjoy!!!













KTIK

KTIK

Bunyi papan kekunci laptop ditekan dengan laju. Bukan tak boleh nak relaks tapi benda nak kena settle cepat. Tak naklah tangguh tangguh ni. Semalam setelah mendapat persetujuan daripada dad, dia terus menghantar e mel kepada PAnya di Jepun. Mujur sahaja PAnya masih belum tidur.

Sekarang dia perlu menyiapkan paper work dan proposal. Lagi cepat dia dapat siapkan, lagi cepat dia dapat deal dengan Dato Sri Hazriq tu. Tapi ada satu benda yang pelik, Dato tu sebaya dad tak kan lah tak bersara lagi. Eh tapi dad pun tak bersara lagi.

Sejam setengah kemudian, segalanya sudah siap dan lengkap. Dia seterusnya buka google untuk dapatkan nombor telefon pejabat I Corporation bagi membuat janji temu. Baru dia mahu menelefon nombor tersebut, telefonnya sudah berbunyi dahulu. Dad is calling.

“Hello, dad” sapanya setelah mengangkat panggilan.

“Ouh ye ke. Okay lah kalau macam tu” jawab Hasha lagi.

“Ouh kalau macam tu, esoklah Sha pergi” beritahunya lagi.

“Okay, baik. Bye. Muah” ujarnya sebelum menamatkan panggilan.

Telefon bimbitnya di letak kembali di atas meja. Laptopnya di shut down setelah memastikan semua data telah di save sempurna. Desktop google juga ditutup sebelum di shut down. Dia bangun dari duduknya dan berlalu keluar dari biliknya untuk mencari momnya.
Setelah menjumpai susuk insan yang melahirkannya, dia segera mendekati. Wanita itu di tegur sopan.

“Mom”

“Ye Sha” sahut Shafira lembut.

“Tadi dad call Sha, dad pesan yang he’s not coming home for lunch together” sampai Hasha.

“Hmm okay” Shafira tidak banyak soal. Bukan dia tak tau apa yang suaminya sedang lakukan. Tapi dia malas nak ulas lebih.


“ADA apa kau ajak makan tengah hari sama ni?” soal Hazriq.

“Aku nak bincang sesuatu ni dengan kau” jawab Amirul.
Mereka sedang menunggu pesanan makanan tengah hari yang telah dipesan tadi.

“Pasal apa tu?” soal Hazriq. Tak kan lah dah nak berangkat ke luar negara kot.

“Pasal anak aku tu. Semalam dia bagitau yang dia kerja dengan kawan dia. Kawan dia hantar dia balik untuk settle urusan pembukaan cawangan baru kat sini” terang Amirul panjang lebar.

“Okay, lepastu apa masalahnya?” soal Hazriq pelik.
Saat itu pelayan tiba menghantar pesanan mereka. Setelah mengucapkan terima kasih dan pelayan itu berlalu pergi, Amirul menjawab persoalan Hazriq.

“Dia cakap dia nak buat renovation kat bangunan tu. Dia minta tolong aku pada mulanya, tapi aku tau lah kan apa yang jadi. Jadi semalam aku bagitau dia yang aku tak boleh tolong. Aku cakap aku akan minta tolong company kau untuk settlekan problem dia tu. So kau tak ada masalah kan nak tolong?” jelas Amirul lagi.

Hazriq mengangguk faham. Dia diam beberapa ketika sebelum bersuara.

“Aku takde masalah lagipun bukan sesiapa. Bakal menantu aku jugak” seloroh Hazriq.

Terletus tawa mereka berdua.

“Tapi projek ni nanti directly under aku la. Hayyan tengah handle banyak projek lain lagi. Mana taknya kalau dah demam. Cuti sampai berhari-hari” setuju Hazriq.

“HAHAHAHAHAHAHA biasalah orang bujang. Balik rumah pun bukan ada sesiapa. Lain lah kalau dah kahwin” gelak Amirul.

“Masalahnya, dia balik rumah aku bukan rumah dia. Dahtu rampas bini aku pulak” luah Hazriq tidak puas hati.

TERUBAHNYA TAKDIRKU ( H I A T U S ) Where stories live. Discover now