16

82 7 4
                                    

“AUNTY” panggil Arez perlahan. Tidak mahu menganggu wanita separuh baya itu membaca majalah. Saat itu mereka sedang duduk melepak di ruang tamu. Dato’ Sri Hazriq sudah pun beramgkat ke pejabat setengah jam yang lalu.

“Hmmm” jawab Liyana sambil mula menutup majalah yang sedang dibacanya. Pandangan dihalakan ke arah anak muda yang berada di atas sofa di sisi kirinya.
“Aunty suruh saya datang sini sebab Yan demam kan?” soalnya.

“Ye lah. Kenapa?”

“Bukan apalah tapi saya tengok dia tu macam tak demam je tadi” Arez sudah pelik dengan sahabatnya yang satu itu.

“Alah dia tu. Macam tak biasa. Pagi memang macam tu. Nanti kalau dah tengah hari ke petang karang ha mula lah pening la sakit kepala la dunia terbalik la apa lah”

“Ouhh, hehe”


“DAH habis?” soal Hayyan memecahkan kesunyian di antara mereka berdua.

“Huh? Dah habis apa?” soal Hasha semula. Blur.

“Kau lah. Dah habis makan ke belum?” ujar Hayyan selamba dengan mulut memuncung menunjuk ke arah Hasha.

“Ouhh ha dah” jawab Hasha.

“Jom” ajak Hayyan.

“Hah? Jom ke mana?”

“Balik lah. Ke kau nak tinggal sini terus?” selamba Hayyan menutur sambil tangannya menggapai kotak happy meals di  atas  meja.

“Ouhh ha jom” tutur Hasha. Dia juga turut bangun dari duduk tatkala melihat Hayyan yang sudah berdiri bersedia untuk melangkah ke arah pintu.

Sewaktu mereka sudah sedang berjalan ke arah kawasan parking kereta, Hasha tiba-tiba bersuara.

“Terima kasih”

“For?” soal Hayyan yang berada di kiri Hasha senada.

“Belanja saya breakfast harini” jawab Hasha perlahan. Tertunduk malu dia dibuatnya. Hak alah dah serupa anak babi pulak dah.

“Its okay. Lagipun salah aku langgar kau” Hayyan tersenyum kecil.

Setibanya disisi kereta Hasha, Hayyan tiba-tiba menghulurkan bungkusan happy meal ditangannya tepat dihadapan muka Hasha. Terkejut member tu macam nampak malaikat Izrael datang melompat depan dia dari langit. Hmm nasib baik tak jatuh terlentang ke belakang. Terletus tawa kecil dari bibir Hayyan. Omo kiyowo.

“Ups sorry” ujar Hayyan sambil menjatuhkan semula tangannya itu. Dia menunduk seketika sebelum kembali bersuara.

“Ni. Untuk kau” tutur Hayyan sambil mengangkat sedikit bungkusan happy meals ditangannya untuk ditunjukkan pada Hasha.

“Hah?” maaflah Hasha ni kalau dia demam ke tak demam ke, otak dia memang masalah sikit.

“Nah, ambil lah. Kau punya ni. Aku beli” ujar Hayyan lagi sambil menghulurkan bungkusan itu pada Hasha.

“Untuk saya?” soal Hasha pelik. Namun begitu tangannya tetap menyambut huluran itu. Hayyan hanya mengangguk.

“Tapi kenapa?” soal Hasha lagi.

“Sebagai tanda maaf aku pada kau”

“Ehh awak ni. Tak payah lah nak susah-susah bagai”

“Tak susah pun lah. Lagipun memang salah aku”

“Hmm, thanks” ucap Hasha sebelum berlalu masuk ke dalam kereta setelah punat unlock di tekan.

Hayyan yang masih setia menunggu hanya mengangguk dan memerhati tindakan wanita itu. Hasha yang sudah bersedia untuk memulakan pemanduan itu menoleh ke sisi kanannya lalu menurunkan tingkap.

TERUBAHNYA TAKDIRKU ( H I A T U S ) Where stories live. Discover now