30

24 0 0
                                    

PEKAT malam itu diperhati tanpa sebarang kata. Fikirannya ligat memikirkan sesuatu. Andai betul sangkaannya, dia tidak perlu membuang masa lagi,tapi sekiranya sangkaannya salah, tiada apa yang perlu dia lakukan lagi selain terus menunggu dan biar masa yang menentukan segalanya. Dan dia pasti, saat itu akan tiba tidak lama lagi. Bibirnya tersungging senyuman saat mindanya menerawang mengingati perkara yang berlaku berpuluh tahun dahulu. Biarpun senyumannya hambar, tetapi kenangan dia bersama individu itu tetap indah. Siapa sangka, itu adalah senyuman dia yang terakhir. Tiada lagi seceria itu lagi setelah hari itu. Dia rindu. Rindu pada kenangan yang tak mungkin akan tercipta lagi buat kedua atau sekelian kalinya. Cukup, cukup saat itu berlalu sekali sahaja. Dia penat. Dia lelah. Apa lagi yang perlu dia buat untuk mencari amanah yang telah diberikan. Putus asa? Ya, dia hampir putus asa. Namun,bila fikirannya terkenang senyuman ceria itu, semangatnya bangkit untuk terus berusaha mencari.

Entah mengapa, bayangan gadis itu muncul di dalam mindanya secara tiba-tiba. Berkerut dahinya memikirkan sebarang kemungkinan. Adakah gadis itu mempunyai kaitan dengan apa yang membelenggu fikirannya sekarang ini? Sejak dia berjumpa dengan gadis itu, dia semakin kerap teringat pesanan si dia. Adakah gadis itu apa yang dicari cari selama ini?

TING!

Bunyi pesanan ringkas di telefonnya mematikan lamunannya. Telefon itu dicapai lalu notifikasi dilihat. Pesanan dari seseorang itu berjaya menarik minatnya untuk mengetahui lebih lanjut. Pesanan itu dibalas untuk menetapkan tarikh pertemuan mereka. Pandangannya kemabali dihala ke arah dada langit. Perlahan bibirnya menguntum senyum sinis. Adakah ini pengakhirannya? Atau sekadar baru permulaan?



TOK! TOK!

“Boss! Ouh boss!” panggil Luna dari hadapan pintu. Sesekali jam dipergelangan tangannya dilihat.

KLIK!

Bunyi kunci pintu dibuka dari dalam. Perlahan pintu itu dibuka. Tersembul wajah Hayyan yang jelas baru bangkit dari alam mimpi.

“Boss baru bangun ke ni? Kita ada meeting kejap lagi ni! Siap cepat!” bebel Luna sambil menolak badan Hayyan masuk ke dalam bilik hotel. Lalu pintu bilik itu dihempas kuat oleh Luna.

“Eeyyy bos ni lah! Apalah yang dibuatnya malam tadi. Ha tu lah Dato suruh kahwin tak nak kahwin pastu sekarang ni kan susah takde siapa nak tolong kejut pagi.”

Sementara itu, Hayyan di dalam biliknya terkebil kebil apabila pintu biliknya dihempas kuat oleh Luna. Ingin dia membuka semula pintu biliknya, dia terdengar bebelan Luna. Tersungging senyuman dibibirnya. Dia pun mula berlalu dari pintu untuk membersihkan diri. Dibiarkan sahaja Luna membebel diluar. Bukan sengaja dia hendak tidur semula selepas subuh tadi.

Sudah setengah jam dia menunggu, namun kelibat Hayyan masih tidak kelihatan. Sekejap dia ke kanan, sekejap dia ke kiri. Ada ketika dia berdiri bersandar pada dinding, ada ketika dia duduk mencangkung di hadapan pintu bilik bosnya. Langsung tidak dihiraukan pandangan orang yang lalu lalang. Buat sekian kalinya, dia mengetuk lagi pintu bilik bosnya. Namun, masih sama. Tiada sahutan. Penat mengetuk pintu, dia bersandar pada dinding bingkai pintu. Perlahan badannya melorot jatuh dan akhirnya dia terduduk bersandar disitu. Lima minit berlalu, akhirnya pintu dibuka oleh Hayyan dari dalam. Berkerut muka Hayyan apabila tiada kelibat dihadapan muka pintu. 

“Boss, boleh tak lain kali tu menyahut bila saya panggil. Ni tidak, diam je. Penat saya tunggu. Lepastu, kalau boleh bersiap tu lama lagi biar kalah isteri boss tu nanti” bebel Luna sambil bangkit dari duduknya.

Hayyan hanya memerhati sahaja tingkah Luna yang sedang bangun dari duduknya. Terangkat keningnya saat mendengar perkataan isteri keluar dari mulut Luna.

“Habis dah?” soal Hayyan senada sambil mengunci pintu biliknya.

“Apa yang habis dah?” soal Luna semula dengan mata yang terkebil kebil.

TERUBAHNYA TAKDIRKU ( H I A T U S ) Where stories live. Discover now