29

15 1 0
                                    

Seperti biasa,apabila mahu berurusan dengan si mamat yang berlagak seperti Jack Sparrow ini perlulah jejakkan kaki dekat tempat maksiat ni. Kerja cara halal ada nak jugak buat cara haram. Tak faham betul lah. Mungkin ni la kot cara hidup seorang yang berketurunan alligator.

Bingit telinganya apabila menjejakkan kaki di tempat itu. Mana lagi kalau bukan night club. Tapi yang bestnya harini para “gadis” disini malam ini ada orang baru untuk dibuat cuci mata. Apa dia kisah, dia angkut je sekali orang teman dia. Asyik dia je yang “disentuh”. Kali ni baru fair and sound.

Kaki mereka melangkah ke meja biasa mereka berjumpa mamat itu. Tidak hairan kalau mamat tu bersama empat perempuan sekalipun. Tapi peliklah kamu jika dia bersendirian di meja itu.

Ham melabuhkan duduknya bersama Fid di hadapan lelaki itu. Lelaki masih asyik melayan gadis disekelilingnya. Macam biasalah, dia kalau orang tak tegur dia mana nak sedar.

“Oi Jack!” sergah Fid.

“Ouh ha sampai pun. Melayu zaman penjajah British betul korang ni. Lama aku tunggu. Ingat tak jadi dah tadi” ehhh bebel pulak si Jack ni.

“Dah jumpa pasal perempuan yang aku suruh cari tu?” eh dia ni benda minta tak sampai seminggu dah ditanya. Fikir ni homework zaman sekolah ke apa bagi harini esok dah minta.

“Belum lagi la. Asyik eror je. Apa masalah pun aku tak tau lah” keluh Jack.

“Sejak bila kau mengeluh ni?” sinis Ham.

“Sejak kau suruh aku cari orang dari 10 tahun lepas lagi” luah Jack.

Fid disebelah Ham sudah menahan tawanya. Mana taknya, Jack ni sebenarnya kuli dia. Dia yang bagi tempat untuk Jack buat markas. Tak sangka pulak jadi night club.   

“Salah aku la sekarang ni?” tanya Ham sambil menjungkit kening.

“Ye salah kau. Kau kalau nak suruh aku cari orang tu boleh tak yang orang tu wujud atas muka bumi bukan underground atau never exist. Bertahun tau aku cari tapi tak jumpa lagi sampai sekarang. Yang kena dengan info yang kau bagi tu pun semua kau kata bukan orang yang kau cari. Pastu ni kau suruh aku cari pasal perempuan berdasarkan sekeping gambar. Pastu dah lah asyik error je bila aku nak sync gambar tu dengan maklumat yang ada. Sekarang ni mesti kau nak suruh aku cari pasal orang lagi kan. Ha siapa pulak kali ini. Kalau dia lepak luar alam memang kau yang aku hantar luar alam nanti” luah Jack panjang lebar.

“Dah lama ke dendam dengan dia ni?” soal Fid tiba tiba.

“Dendam tak dendam. Sekarang ni kau nak aku cari siapa?10 tahun lepas, perempuan yang asyik eror je atau yang kau baru nak cakap ni?” soal Jack serious. Dia dahlah tengah banyak kerja lain pastu yang ni asyik eror je. Ehh lama lama nanti aku yang lepak underground lah.

“Cari yang sekarang ni. Nama dia _ , anak kepada _ “ beritahu Ham.

“Tapi kenapa nak cari pasal dia?” soal Jack pelik.

“Kau tak pelik ke dengan dia?” soal Ham. Sengaja menguji kepekaan Jack akan informasi yang diberitahunya.

“Nak pelik kenapa pulak?” soal Jack semula. Secara tiba tiba Jack diam sampaikan perempuan dikiri kanannya bertanya pun dia tidak sedar.

“Kau cakap apa tadi? Boleh ulang balik tak?” soal Jack.

Ham dan Fid hanya mengangkat bahu tanda tidak tau.

“Kalau macam ni dengan aku aku sekali nak tau. Okay aku cari pasal dia” setuju Jack. Ham dan Fid hanya berbalas pandang. Disebabkan itulah mereka lambat untuk bertemu Jack. Hal itu yang dibahaskan oleh mereka saat dirumah.

TERUBAHNYA TAKDIRKU ( H I A T U S ) Where stories live. Discover now