32

28 0 0
                                    

TING! TING!

Notifikasi yang masuk ke dalam telefonnya dilihat. Pesanan ringkas daripada Adeline.

ADELINE

Aku dah email softcopy tu dekat kau.

Nanti kau fikirlah kita nak accept ke tak.

Kau ada masa lagi lebih kurang seminggu nak decide.

Okay, nanti aku check.

Apa apa hal nanti aku inform kau.

Ouh ye nanti minta finance department contact aku.

Alrigt.

Thanks.

Nafas lelah dihela perlahan. Semua perlu difikirkan serentak. Financial report dan offer dari I Coorporation. Mengenai bangunan yang direnovate itu hampir siap kerana memang asalnya sebuah syarikat. Cuma dibaiki apa yang perlu dan di ground floor ditambah sebuah cafe untuk memudahkan staff untuk mengalas perut. Rumah anak yatim perlu tunggu 2 ke 3 tahun lagi baru boleh dibuka kepada umum. Syarikat di Jepun tiada siapa yang menguruskan. Takkan lah sampai bila bila Adeline yang perlu urus. Kebenaran mengenai syarikat itu baru diberitahu sedikit kepada dad.

Tangannya naik meraup wajah. Lelah. Itu yang dia rasakan kini. Putus asa? Kalau boleh sudah lama dia berputus asa. Kerana janjinya dengan seseorang, tidak mungkin dia mahu berputus asa. Setitis bening mutiara jatuh dari kelopak matanya. Semakin lama semakin deras ianya jatuh. Perlahan raungan dan rintihan kesedihannya mula kedengaran. Mukanya ditekup pada bantal untuk mengelakkan bunyi tangisannya jelas kedengaran. Teresak esak dia menangis.

Matanya mengerling jam di dinding. 11.50 malam. Dia bangun mencapai cardigan di dalam almari lalu disarung ke tubuh. Dompet, telefon dan kunci kereta dicapai lalu dia melangkah keluar dari bilik. Tangga dituruni satu persatu dan pintu utama dituju. Setelah mengunci kembali pintu utama, dia masuk ke dalam kereta miliknya. Enjin dihidupakan lalu dia memecut laju keluar dari perkarangan rumah.


"BOLEH ke kita nak tinggal dia kalau keadaan dia macam tu?" soal Shafira kepada Amirul. Dia melangkah mendekati suaminya yang sedang berdiri disebalik langsir memerhati kereta Hasha memecut laju keluar dari perkarangan. Dia turut memandang ke arah yang sama.

Bukannya mereka tidak dengar rintihan dan raungan Hasha namun mereka tidak mahu mengganggu. Dibiar sahaja Hasha meluah apa yang dipendam. Hasha bukanlah seorang yang meluahkan apa yang dirasa, sebaliknya lebih memelih untuk memendam sendiri dan pengakhirannya adalah tangisan. Harapan mereka sabagai ibu bapa adalah supaya ada seseorang yang boleh membuat Hasha meluah apa yang dirasa bukan memendam sendiri.

Amirul memeluk bahu isterinya. Dia faham sekiranya isterinya risau kerana dia juga risau. Bapa mana yang sanggup melihat anaknya berada dititik yang terendah dan terlemah dalam hidup. Dia rindu, rindu anaknya yang dulu. Yang ceria semula jadi bukan seperti sekarang, ceria yang direka semata untuk menutup kesedihan di dalam hati. Dia melabuhkan ciuman pada kepala isterinya.

"Nak tak nak kita kena tunggu sampai dia kahwin dulu baru kita boleh tinggal dia"

"Tapi sampai bila kita nak tunggu?"

"Saya tak tau. Syarikat kat sana perlukan saya. Saya tak boleh pergi kalau Hasha macam tu" luah Amirul. Nadanya kedengaran sebak.

"Saya tak nak tengok dia jadi macam dulu" luah Shafira. Air matanya menitis. Muka disebamkan pada dada Amirul.

"Insyaallah tak. Kita doa yang baik baik je" pujuk Amirul.




KERETANYA dipandu laju tanpa hala tuju. Air matanya masih mengalir. Kenangan mereka dulu bermain di minda. Gelak tawa, lawak jenaka, gurau senda mereka. Tanpa sedar had laju keretanya semakin bertambah. Seakan baru tersedar, dia mula menghentikan kereta secara mengejut. Mujur sahaja jalan itu tiada kenderaan yang lalu pada saat itu. Nafasnya termengah mengah. Buat beberapa ketika, dia cuba bertenang. Air mata dimukanya dilap sehingga kering. Setelah bertenang berulah dia kembali memandu. Dia menuju ke satu bukit yang terdapat di pinggir bandar. Dia memarkingkan keretanya di bahu jalan. Disitu dia menangis lagi. Melepaskan semua yang dipendam. Sakit yang dirasa tiada siapa yang nampak. Hanya dia yang tahu sakitnya hati.

"ARGHHHH!!!!" dia meraung melepaskan sakit dihati sekuatnya. Wajahnya disandar pada stereng kereta. Raungannya menjadi tangisan hiba. Dia menangis semahu mahunya. Berkali kali dia menjerit melepaskan sakit yang dipendamnya.

Deringan telefonnya juga tidak dihiraukan. Apa yang dia tahu, dia hanya mahu meluahkan apa yang dirasa. Rambutnya digenggam melepaskan geram. Berkali kali telefonnya berbunyi namun tetap tidak dihiraukan. Dia masih meluahkan rasa yang dipendam selama ini. Seakan luahannya tiada penghujung. Air matanya tetap mengalir tanpa henti. Berkali kali dia menghapus,pasti ia akan mengalir lagi sehingga dia penat untuk menghapusnya. Penat meraung, dia bersandar pada kerusi kereta sambil memejamkan mata. Air matanya tetap mengalir perlahan. Mukanya menunduk dan tangannya naik menekup wajah. Esakkan tetap kedengaran.

TOK! TOK!

Cermin tingkap keretanya diketuk. Dia hanya mengabaikan sahaja. Dia masih menekup wajahnya. Berkali kali cermin tingkapnya diketuk. Dia masih dengan tangisnya.

Hayyan yang mula risau apabila perempuan itu mengabaikannya. Berkali kali dia mengetuk cermin tingkap namun reaksi perempuan itu tetap sama. Dia cuba membuka pintu kereta itu. Ternyata ianya tidak berkunci. Dia menguak lebar pintu kereta itu lalu dia duduk mencangkung disisi kereta itu.

"Cik" panggilnya perlahan.

"Cik okay tak ni? Ada apa apa yang boleh saya tolong?" soalnya lagi dengan nada lembut. Jelas dipendengarannya esakkan halus dari mulut perempuan itu.

Perlahan tangannya cuba menyentuh lengan perempuan itu bagi membolehkan dia melihat wajah perempuan itu. Baru sahaja tangannya ingin mengenai lengan perempuan itu, perempuan itu menoleh terlebih dahulu.

Dia terkedu melihat wajah perempuan itu yang basah dengan airmata, mata yang sembab dan wajah yang memerah akibat menangis. Perempuan itu juga terlihat terkejut dengan kehadirannya.

Hayyan yang ketika itu sedang memandu pulang ke rumahnya melalui kawasan tersebut. Ianya merupakan jalan pintas untuk tiba ke rumahnya. Sedang dia memandu dengan tenangnya, dia ternampak kelibat sebuah kereta di bahu jalan lalu dia memperlahankan keretanya. Sewaktu dia melintasi kereta itu, dia terlihat seorang perempuan di dalamnya. Dia memberhentikan keretanya dibahu jalan lalu keluar untuk menanyakan keadaan perempuan itu.


"AWAK, mana Hasha ni? Kenapa dia tak balik lagi ni? Saya risau lah. Awak pergilah keluar cari dia"

"Awak ni cuba bawak bertendang dulu. Daripada tadi duk kehulu kehilir" bidas Amirul.

"Bawak bertendang apanya awak ni" geram Shafira. Orang tengah risau ni dia suruh bertendang pulak. Ingat kelakar la tu.

"Bila masanya saya suruh bertendang, saya suruh awak bertenang bukan bertendang. Saya tau awak risau, saya pun risau. Dia kan anak saya. Tanpa saya dia takkan terwujud jadi mestilah saya risau. Lagipun dia je yang kita ada siapa je yang tak risau kalau dah dekat dua pagi tak balik lagi. Dahlah perempuan, seorang pulak tu"

"Ishh awak ni. Tahu pun risau dah tu tak reti ke nak keluar cari" arah Shafira lagi.

"Tak payahlah. Pandailah dia balik nanti" dalih Amirul.

"Awak ni! Saya risaulah kalau jadi apa apa kat dia"

"Awak ni. Tak nak lah fikir macam tu. Fikir yang baik baik je"

Ketika itu, mereka sedang duduk di ruang tamu tingkat bawah bagi menanti kepulangan Hasha.

"Macam mana saya nak fikir yang baik baik kalau dia tak balik balik lagi. Saya tak tenang selagi saya tak nampak dia" luah Shafira. Dia hampir menangis. Amirul menarik Shafira untuk duduk disisinya. Belakang badan isterinya diusap lembut. Dahi isterinya dikucup sayang.

"Saya tak nak apa apa jadi kat dia" luah Shafira sebelum airmatanya tumpah. Dia menangis dibahu suaminya.

Amirul menarik isterinya masuk ke dalam pelukan. Dia cuba menenangkan isterinya. Berkali kali belakang badan isterinya diusap.

"Dah dah tak nak lah nangis macam ni. Nanti dia baliklah. Kita bagi masa untuk dia bertenang dulu. Dia tak tenang lagi tu sebab tu dia tak angkat call awak tadi. Kita bagi dia masa dan ruang dulu untuk diri dia, okay" pujuk Amirul lembut.

"Tapi saya risau. Setidaknya dia mesej la cakap dia kat mana, macam mana. Ini tidak dia senyap je mana saya tak risau"

"Ye saya faham awak risau. Saya pun risau tapi kita kenalah faham situasi dia jugak" pujuk Amirul. Tetap bernada lembut.

Vroom! Vroom!

Bunyi kenderaan memasuki perkarangan rumah. Amirul dan Shafira melihat sesama sendiri sebelum keduanya bangun menuju ke pintu utama untuk melihat gerangan yang berkunjung.

TERUBAHNYA TAKDIRKU ( H I A T U S ) Where stories live. Discover now