28

23 2 0
                                    

Keluar sahaja dari bilik Hazriq, Hasha di sapa dengan senyuman dari gadis yang sama. Dia hanya membalas senyuman itu dan berlalu ke lif.

“Cantik kan Hasha tu? Sopan je saya tengok” tiba-tiba wujud suara dari belakang Luna. Terlepas pegangan pen di tangan Luna.

“Ish Dato, terkejut saya” rungutnya.

“Jawab lah soalan saya” arah Hazriq.

“Haah cantik. Sopan pun ye jugak” jawab Luna. Layan je lah. Tiba-tiba dia tersedar sesuatu.

“Ehh Dato berkenan ke?” soalnya curiga.

“Mestilah berkenan. Pandai masak kot. Sapa tak nak”  puji Hazriq lagi.

“Habistu Datin macam mana Dato?” soal Luna lurus.

“Berkenan untuk jadikan bakal menantu. Bukan bakal isteri” jawab Hazriq selamba.

“Ouh, bakal menantu. Cakap lah awal awal. Ehhh bakal menantu. Serious lah Dato?”

Hazriq hanya berlalu kembali ke biliknya. Soalan dari Luna hanya diabaikan.

“Eh dia bla cam tu je. Tapi bila tengok balik macam sesuai je diorang dua tu. Hayyan dan Hasha. H, H gitu.” Bebel Luna seorang diri.

“Apa yang H, H gitu?” sergah satu suara dari tepi.

“Ah boss. Terkejut saya” ucap Luna sambil mengurut dadanya.

“Apa yang H, H tu?” soal Hayyan sekali lagi.

“Tak de apa lah boss. Boss ni baru balik meeting ke?” pantas Luna mengubah topik.

“Hmm” jawabnya pendek.

“Ehh cepatnya habis?” soal Luna pelik. Baru sejam berlalu sejak bossnya itu keluar.

“Meeting cancel last minute. Ni, guest papa ada lagi ke dah balik?” soal Hayyan.

“Baru je balik 10 minit lepas. Boss terlambat sikit je kalau tak dah boleh jumpa dah. Cantik cenggini”, ujar Luna sambil membuat thumbs-up kepada Hayyan saat menyatakan perkataan cantik.

“Banyaklah awak. Dah sambung buat kerja” arah Hayyan sebelum berlalu ke arah bilik Hazriq.

“Pa” panggil Hayyan dari ruang pintu yang dibuka sedikit. Hanya kepalanya saja yang kelihatan.

“Ouh, yan. Kenapa berdiri situ je? Masuklah” panggil Hazriq. Menggamit anaknya untuk masuk.

“Yan ganggu ke?” soal Hayyan sambil melangkah ke arah kerusi dihadapan meja kerja papanya. Dia melabuhkan duduknya.

“Tak de lah. Tak kacau pun. Kamu ni cepatnya balik office?” pelik Hazriq. Dia maklum bahawa anaknya ada meeting di luar.

“Meeting cancel tu yang cepat je balik. Nasib baik tak sampai sana lagi. Luna kata guest papa dah balik?”

“Haah, baru je. Kamu lambat beberapa minit je,kalau tak sempat la jumpa sekejap” beritahu Hazriq.

“Luna kata cantik. Siapa? Yan kenal ke?” soal Hayyan sekadar ingin tau.

“Ye, dia cantik. Muda. Siapa? Anak Tan Sri Amirul. Kamu kenal? Tak, kamu tal kenal” jawab Hazriq tanda perasaan.

“Tan Sri Amirul? You mean, Uncle Am?” soal Hayyan keliru. Hazriq hanya menjungkit sebelah keningnya.

“Tapi bukan anak Uncle Am ada sorang je ke?” makin keliru Hayyan dibuatnya.

“Who knows?” soal Hazriq semula. Makin berkerut dahi Hayyan memikirkan sebarang kemungkinan yang bakal diketahui.

“Tunjuk muka teran berak kamu kat sini buat apa? Tak senang lah aku nak buat kerja dengan muka berak kau tu. Kau pergi keluar sana” halau Hazriq. Ingat orang selera la nak tengok muka teran tahi dia tu.

Terjungkit sebelah kening Hayyan apabila mendengar papanya berkata demikian. Muka apa dia kata tadi? Muka teran berak?! Muka berak?! Macam lah dia tak meneran masa berak. Dasar paku dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih.

“Tunggu apa lagi? Keluarlah” halau Hazriq lagi. Bukan apa lah, orang nak baca paperwork dengan proposal yang bakal menantu buat ni. Memerlukan fokus yang tinggi.

Hayyan pun tanpa sebarang bunyi hanya bangun dari duduknya. Muka menyampah ditayang. Orang dah menghalau, kita kenalah turutkan. Ye lah, orang dah tak nak. Nanti kalau nak pandai lah cari. Tau lah nak balas apa nanti. Ingat ye ada ubi ada batas, ada hari aku balas.

Hayyan berjalan kearah pintu, pintu dikuak lalu dia terus melangkah keluar tanpa menoleh lagi. Pintu sengaja dikatup dengan kuat. Hazriq yang melihat hanya menggeleng kepala dari tempatnya.

“Oi mak nak kahwin!” latah Luna ekoran terkejut dengan bunyi hempasan pintu.

“Mak sapa yang nak kahwin?” soal Hayyan dengan kening terjungkit sebelah.

“Boss la ni main hempas hempas pintu. Terkejut saya. Nasib baik tak mati terkejut kalau tak jadi duda la tunang saya tu nanti” ujar Luna sambil membuat muka simpati.

“Banyak lah kau punya duda” ujar Hayyan malas. Dia terus berlalu pergi ke biliknya tanpa sebarang kata.

Duduk sahaja di kerusinya, otaknya ligat memikirkan sesuatu. Wajahnya serious. Keningnya berkerut.

“Tan Sri Amirul, anak perempuan, anak tunggal lelaki, tak kan lah anak angkat?”

“Anak kandung, abang adik atau kakak adik?”

“Adik beradik tiri?”

“Anak luar nikah?”

“Tapi kalau anak luar nikah, bapa tak boleh bagi nafkah kat anak. Tak kan lah Puan Sri yang-?”

“Tak, tak, bukan. Anak luar nikah tolak tepi. Kemungkinan cuma tiga, anak angkat, anak kandung dan anak tiri. Salah satu tapi yang mana satu? Kenapa aku tak tau apa apa pun sedangkan papa tau? Sama ada papa sorang je yang tau atau aku sorang je yang tak tau?”

Makin dia fikir, makin serabut kepalanya. Rambutnya habis kusut dikerjakannya. Badan disandarkan pada kerusi. Nafas diambil beberapa kali untuk mendapatkan ketenangan. Setelah memastikan dirinya tenang, telefon bimbit di dalam kocek digapai. Nombor seseorang didial.

“Hello, malam ni datang jumpa aku kat rumah. Bagitau dia, aku nak jumpa” ujar Hayyan setelah talian bersambung dan tanpa menunggu sebarang balasan, dia menutup panggilan.

Dia kemudiannya bangun dari duduk dan berlalu ke pintu. Masa untuk makan tengah hari. Kerja yang belum siap tu nanti je lah buat. Benda memang tak kan habis elok dibiarkan je.

“ASSALAMUALAIKUM!” Hasha memberi salam sewaktu membuka pintu.

Tiada orang di ruang tamu. Namun, kedengaran bunyi dari arah dapur. Dia meletakkan begnya dia atas sofa ruang tamu sebelum berlalu ke dapur.

“Mom” tegurnya.

“Ehh, dah balik? Mom tak dengar bunyi bagi salam pun”

“Mananya nak dengar kalau dah macam tengah perang dunia kat dapur ni” perli Hasha.

“Banyak lah kamu. Ni macam mana dengan projek kamu tu?” soal Shafira. Tangannya ligat mengacau lauk di dalam periuk.

“Okay je, tapi tadi Dato tu buat lawak dengan Sha” cerita Hasha.

“Ye ke? Dia buat lawak apa?” soal Shafira ingin tahu. Dalam hati, ‘apa lah yang kau buat lawak dengan anak aku ni?’

“Ada ke patut dia suruh Sha panggil dia papa. Tak patut langsung” ujar Hasha berterus terang. Shafira yang mendengar sudah terkaku. Hasha pula tidak menyedari perubahan Shafira kerana dia sedang mengambil air di dalam peti sejuk.

‘Kalau lah Sha tahu yang tu bukan satu jenaka tapi kebenaran yang bakal terjadi, apa agaknya reaksi Sha nanti?’

Shafira memandang sayu belakang tubuh anaknya yang membelakanginya itu.

TERUBAHNYA TAKDIRKU ( H I A T U S ) Where stories live. Discover now