17

59 6 2
                                    

TOK! TOK!

"Boss you ada?" soal Kirana kepada Luna.

"Ouhh, Cik Kirana. Saya ingatkan siapa lah tadi" tutur Luna. Cuba berbasa basi.

"Hmm. Ni I tanya boss you ada ke tak?"

"Boss? Ouhhh Encik Hayyan eh?"

"Yelah"

"Sorry Cik Kirana tapi boss takde harini"

"Dia pergi mana?"

"Saya pun tak tau"

"Eh you bukan PA dia ke? Takkanlah tak tau?"

"Betul Cik Kirana. Saya tak tau sebab-"

"Luna, saya balik dulu" satu suara garau memotong percakapan Luna.

"Ah baik, Dato'" jawab Luna sambil berdiri.

"Saya tak masuk balik petang ni. Tak de apa dah kan petang ni?"

"Hmm ye tak de apa dah. Hati-hati dijalan Dato'" ucap Luna sambil melambaikan tangan kepada Hazriq. Hazriq hanya mengangguk sebelum menuju ke lif.

"You tak payah nak lambai-lambai sangat. Hayyan tu I punya"

"Ehh, la saya dah ada tunang la Cik Kirana" Kirana hanya menjeling.

"Haa sebab tu lah saya tak tau Encik Hayyan ke mana sebab yang masuk office harini Dato' bukannya Encik Hayyan" sambung Luna lagi.

Kirana hanya berlalu sambil menjelingkan matanya kepada Luna. Luna sudah menayang riak menyampahhh.

"AREZ!" panggil Liyana dari arah dapur.

"Ye aunty!" sahut Arez dari ruang tamu. Punggung yang berada di atas sofa mula diangkat. Langkah di atur ke dapur untuk menemui Liyana.

"Tolong panggilkan Yan dengan Vin kat atas. Entah apalah yang diorang berdua tu buat dari tadi dalam bilik" mohon Liyana yang sedang sibuk menyusun lauk pauk di meja makan.

"Alleft aunty. Kejap ye" langkah diatur ke kabinet dapur mengambil sesuatu sebelum meninggalkan kawasan dapur.

Liyana yang mendengar perkataan alleft itu berkerut dahi.

"Bukan sepatutnya alright ke? Budak ni alright ke tak alright ni? Ke dia ada terhantuk kat mana-mana tadi?" soal Liyana sendirian.

Sesaat kemudian bunyi bising kedengaran dari tingkat atas.

KTING!

KTANG!

PANG!

"BUKA! BUKA! BUKA! BUKA!" bunyi ketukan senduk dan kuali berselang seli dengan suara Arez sebaik sahaja kakinya mencecah lantai tingkat atas itu. Sebaik sahaja kaki berhenti dihadapan pintu bilil Hayyan, dia menguatkan ketukan senduk dan kuali itu.

KLANG!

KTANG!

KLUNG!

"MAGHRIB DAH NI WOI! BANGUN LAH! TAK NAK BUKA PUASA KE! ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR!" jerit Arez dari luar dengan belakang badan yang elok bersandar pada pintu.

KLIK

BUK!

KTANG!

KTUNG!

Sebaik sahaja pintu dibuka dari dalam, Arez yang sedang elok bersandar jatuh terlentang ke belakang bagai nangka busuk. Senduk dan kuali di tangan jatuh terlepas ke lantai.

Melvin yang tangannya masih memegang tombol pintu terkaku. Mukanya menunjukkan riak tidak percaya. Hayyan yang masih mamai dibelakang Melvin menjengulkan kepala melihat apa yang terjadi dihadapan pintu biliknya. Ouhhh ada nangka dan juga kuali beserta senduk. Mungkin nak masak gulai nanka kejap lagi. Tapi macam ada yang pelik dengan nangka ni. Lahh nangka busuk rupanya.

TERUBAHNYA TAKDIRKU ( H I A T U S ) Where stories live. Discover now