12

117 5 4
                                    

SELESAI mandi dan solat, tubuh dibawa ke katil untuk merehatkan diri. Namun begitu, masih lagi dia terbersin sekali sekala. Kipas angin tidak dihidupkan suisnya. Pendingin hawa sudah ditambahkan suhunya supaya tidak terasa sejuk.

Knok! Knok!

Pintu bilik diketuk dari luar sebelum daun pintu dikuak dari luar. Hasha yang sudah terbaring didalam selimut hanya mampu menoleh kearah pintu. Kelihatan kedua ibubapanya dibalik pintu. Ibunya membawa dulang ditangan. Mereka menghampiri katil. Dulang diletakkan pada meja kecil disisi katil.

“Ni mom ada buatkan bubur daging dengan air barli suam. Egg tart pun ada” ucap Shafira.

“Sha tak larat la mom” perlahan sahaja suaranya. Perlahan badan didudukkan untuk bersandar di kepala katil.

“Habistu tak nak makan ke ni? Ke nak mom suap?” soal Shafira lagi yang sudah duduk di birai katil. Amirul pula setia berdiri di sisi katil.

“Nak dad suap”

“Ehhh kamu ni. Nak bermanja pergi cari suami sanalah” bidas Amirul . Walaupun begitu diturutkan juga permintaan anaknya itu. Kerusi meja solek diambil lalu diletakkan disisi katil. Punggung dilabuhkan sebelum mangkuk bubur dicapai. Bersedia untuk menyuap anaknya.

Hasha hanya tersengih mendengar kenyataan dadnya itu. Mulut dinganga bersedia menerima suapan dari dadnya. Momnya pula setia menemani disisi. Malam itu dipenuhi dengan gelak tawa mereka sekeluarga.

KAKI melangkah santai menuruni tangga setelam selesai mandi dan solat. Destinasi yang di tetapkan oleh serebrum dan serebelum adalah dapur. Terima kasih kepada perut kerana telah menerima rangsangan lapar lalu merangsang afektor untuk menghantar impuls ke saraf tunjang. Saraf tunjang seterusnya menghantar impuls yang diterima ke serebrum dan serebelum yang merupakan efektor supaya dapat mengerakkan otot-otot, urat saraf dan sendi-sendi. Akhirnya, disinilah Hayya  berada iaitu dapur.

Kelibat mama dan papanya yang masih berada di ruang tamu menonton televisen hanya diabaikan. Perut yang berdendang sayang perlu diutamakan. Haih nak makan apa ye perut? Kalau ada yang tolong masakkan pun seronokkan perut? Tak payah nak serabut fikir nak makan apa.

“Haihlah perut, kan seronok kalau ada isteri. Tak payah mencemar duli ke dapur sebab nak makan” perli Liyana dari sebalik dinding yang memisahkan ruang dapur dam ruang makan.

“Ma, terkejut Yan”

“Aik awaknya, kalau tak mencemar duli ke dapur macam mana nakk makan?” soal Hazriq pelik yang turut berdiri dibelakang isterinya.

“Aik papa pun ada. Nak pulak papa ikut mama intip Yan kat dapur ni.”

“Ye lah abangnya , kalau ada isteri kan senang. Cemar duli ke ruang makan jelah sebabnya semua hidangan isteri dah siap hidang atas meja. Tinggal dimakan je. Tak gitu ke abangnya?”soal Shafira kepada Hazriq.

“Awaknya duk perli saya ke ni?” tidak puas hati dibuatnya.

“Abangnya terasa ke?” ujar Liyana sambil memandang Hazriq melalui ekor mata.

Kewujudan Hayyan bagaikan halimunan saat itu. Seriuslah mama dan papanya ini. Sembang bagikan hanya ada mereka berdua sahaja diruang itu. Daripada mendengar inti perbualan mama dan papanya lebih baik dia cari makan.

“Takdenyalah saya nak terasa. Bukan saya tak pernah masak pun awak” masih kedengaran mama dan papanya berbahas mengenai isu isteri.

“Okay kalau macam tu esok saya nak abang yang masak dari breakfast sampailah ke dinner. Saya tak kira” ucap Liyana sebelum berlalu meninggalkan ruang dapur.

“Disebabkan kamu yang tak beristeri papa yang kena dengan mama kamu. Tengok sekarang mama kamu dah merajuk. Papa tak kira kamu kena cari calon isteri jugak” ucap Hazriq menyalahkan anaknya sebelum dia juga turut berlalu pergi meninggalkan Hayyan seorang diri didapur.

TERUBAHNYA TAKDIRKU ( H I A T U S ) Where stories live. Discover now