23

43 3 0
                                    

TING! TING!

Bunyi yang datang dari telefon bimbitnya menarik perhatiannya daripada terus membaca. Telefon bimbitnya dicapai dan terlihat satu notifikasi di skrin telefonnya.


TASHRIQ

Aku nak jumpa kau settle pasal hal yang kita discuss haritu

Okay
Bila tu?

Lusa boleh?

Sure, kat mana tu?

Nanti aku bagi tau


Hasha hanya memandang sepi pesan terakhir dari Tashriq itu. Nampaknya dia perlu mula untuk merangka pelan mengenai projeknya. Sudah tiba masanya untuk dia menghubungi orang di sana. Lagipun sudah menginjak bulan ketiga dia pulang ke tanah air. Apa-apapun kerja tetap kerja.

“SHA!!!!!” terdengar jeritan dari tingkat bawah. Bergegas dia turun ke bawah mendapatkan momnya
di dapur.

“Ye, mom?” soalnya setelah tiba di dapur.

“Tolong pergi market sekejap boleh? Belikan mom kunyit hiduup, serai dengan daun cekur boleh?” soal Shafira kepada Hasha.

“Okay boleh. Kejap Sha pergi ambil kunci dengan purse” pamit Hasha sebelum berlalu keluar dari dapur.

“EH, Yan nak ke mana ni?” tegur Liyana kepada Hayyan saat melihat anaknya itu berjalan menonong sahaja ke pintu utama.

“Ouhh, ma. Yan nak keluar pergi market. Ada nak beli barang dapur untuk kondo sikit. Kenapa ma?” soal Hayyan kepada mamanya. Tangannya sudah bersedia untuk membuka pintu.

“Ouhh tak sebab mama dengan papa ingat nak ajak Yan lunch kat rumah kawan kami. Sambil tu boleh lah kenal kenal dengan anak perempuan diorang”

“Hmm takpelah, mama dengan papa je la pergi. Anak diorang tu nanti nanti lah eh Yan kenal. Yan keluar dulu. Ni mama ada nak kirim apa-apa tak?”

“Tak ada. Kamu pergilah” hmm gaya macam menghalau tapi tu lah gaya mak mak.

Setelah memastikan anaknya sudah benar benar keluar, barulah dia kembali kepada rancangannya yang sedang dirancang.

“Tapikan bagus jugak Yan tak minat. Selamat sikit plan ni” ujarnya sendirian.

“Plan apa yang selamat tu?” sampuk satu suara.

“Ish awak ni. Plan kita lah pasal hal kahwin diorang tu” tutur Liyana. Matanya mengerling suaminya yang mengambil tempat disisinya.

“Dari anak kita memanglah selamat sebab dia tak ikut kita nanti. Tapi anak diorang ada kat rumah. So, selamat ke nanti?” Hazriq mengajukan soalan.

“Ye tak ye juga kan? Tapi pandailah diorang tu nanti nak cover cemana” putus Liyana mudah.


HAND brake ditarik setelah selesai memarkir kereta di kotak parking. Tali pinggang keledar yang dipakai dilepaskan. Sewaktu tangannya hendak mematikan enjin kereta matanya tanpa sengaja terlihat individu yang baru keluar dari tempat pemandu sebuah kereta yang di parking di sebelah kirinya. Dia tersenyum senget.

TERUBAHNYA TAKDIRKU ( H I A T U S ) Where stories live. Discover now