07

186 8 0
                                    

1 jam lagi masa yang diambil untuk bersiap sebelum keluar ke café milik sepupunya, Lina. Setelah berpuas hati dengan penampilannya itu, meja kerja di sudut bilik dituju. Laptop dan tablet dicapai lalu dimasukkan ke dalam sling beg laptopnya lalu di sangkut pada bahu kiri. Handbag jenama Carlo Rino miliknya yang tersedia di atas katil dicapai dan di sangkut pada bahu kanannya. Telefon di meja kecil di sisi katil di capai lalu di masukkan ke dalam poket seluar slack hitam yang dipakainya. Pintu dituju lalu kaki dilangkahkan keluar dari bilik dan menutup pintu biliknya. Tangga dituruni. House key yang terletak berhampiran pintu utama dituju. Kunci kereta audi kesayangan miliknya dicapai lalu pintu utama dituju.
Setelah pintu utama ditutup dan dikunci rapi, kasut di sarungkan pada kaki. Langkah diatur dengan riangnya seperti kanak-kanak mendapat aiskrim menuju ke garaj.

Phink! Phink!

Punat kereta di tekan, pintu sebelah pemandu dibuka lalu memboloskan diri masuk ke perut kereta. Beg laptop dan handbag di letakkan di tempat letak kaki penumpang sebelah pemandu lalu enjin dihidupkan. Setelah enjin panas, dia memandu keluar keretanya menuju ke café sepupunya yang terletak di pusat beli belah terkemuka di Kuala Lumpur.

Setelah memandu selama 20 minit, dia akhirnya tiba di destinasi. Kereta di parkir di kawasan basement parking. Seterusnya, enjin dimatikan lalu kuncinya ditarik keluar dari perumahnya. Beg laptop dan handbagnya dicapai lalu dia bergerak keluar dari perut kereta.

Dia berjalan dengan gaya menuju ke lif untuk naik ke tingkat atas sambil menyelukkan tangan kanannya ke dalam handbagnya untuk menyimpan kunci kereta setelah keretanya di lock.

Punat lif ditekan setelah tiba di hadapan lif. Dia mengeluarkan telefonnya daripada handbag sementara menunggu pintu lif terbuka. Beberapa ketika kemudian, pintu akhirnya terbuka. Lif yang kosong itu dimasuki sambil melihat telefonnya. Pintu lif tertutup lalu butang bernombor 4 ditekan.

15 saat kemudian, pintu lif yang dimasukinya terbuka semula setelah tiba ditingkat 4. Dia melangkah keluar dari lif dengan tenang sambil memasukkan telefonnya ke dalam handbag semula. Baru beberapa langkah diambil untuk keluar dari ruangan lif yang tersorok itu,

BUK!

PAK!

Dia dilanggar seseorang dengan kuat secara mengejut sehingga tercampak beg laptop dan handbag yang tersangkut dibahunya. Sakit punggungnya akibat di langgar. Dia memandang sekitarnya seperti mencari sesuatu. AHAH JUMPA! Mukanya yang menahan sakit dilanggar itu bertukar merah perlahan-lahan.

Mana taknya, laptop pemberian seseorang dan ipad hasil titik peluhnya itu tercampak keluar dari begnya. Begitu juga barang-barang yang berada di dalam handbagnya. Siapalah manusia yang melanggarnya dengan kuat itu.

“Miss, are you okay? I’m sorry. I didn’t mean it” ucap orang yang melanggarnya itu sambil menghulur tangan untuk membantunya bangun.

Huluran itu hanya di pandang sepi sebelum dia bangun perlahan-lahan untuk mengutip barangnya yang berterabur akibat perlanggaran itu.

“Miss, I’m really sorry” kedengaran orang itu masih meminta maaf kepadanya.

Ipadnya cuba dihidupkan tapi ternyata ia tidak berfungsi. Ha sudah! Masalah betul. Rambut yang terjuntai itu di selitkan ke belakang telinga sambil berpusing menghadap manusia durjana yang telah melangarnya hingga menyebabkan kemusnahan harta bendanya.

“Miss, I…..” orang itu terkedu apabila melihat gerangan yang dilanggarnya tadi.

Dia dan orang yang melanggarnya terkedu.

“Hey, Hasha” tegur orang itu.

“Tashriq, right?” kata Hasha dengan dahi yang berkerut seperti sedang berfikir.

“Yeah, it’s me” balas Tashriq.

“Oh my, where have you been all this while?” tanya Hasha kepada kawannya itu.

“I’ve been no where. Only further my studies in UK” jawab Tashriq selamba.

“Hey! That’s stupid” balas Hasha. Geram.

“Hahaha. It’s true” jawab Tashriq dengan sisa tawanya. Hasha hanya menjeling. Malas mahu melayan.

“Eh, can we have coffee? Takkan kita nak sembang kat sini pulak” tanya Tashriq setelah tawanya reda. Mana taknya, mereka masih lagi berada di kawasan lif.

“Boleh juga. Lagipun banyak benda aku tanya kau ni tapi kita pergi café cousin aku” setuju Hasha.

Mereka pun jalan beriringan menuju ke café Lina. Semasa berjalan,  Tashriq seperti tersedar sesuatu.

“Sha” panggil Tashriq yang diam di sebelahnya.

“Hmmm”

“Kau tunggu sini kejap boleh?” tanya Tashriq.

“Asal pulak?” kehairanan Hasha dibuatnya.

“Tunggu je lah sini eh. Kejap je, tak lama pun” pujuk Tashriq.

“Okay” jawab Hasha. Mendengarkan itu, Tashriq terus mencapai beg laptop Hasha yang tersangkut di bahu kanannya. Dia terus berlari meninggalkan Hasha yang terpinga-pinga.

“Kenapa dia bawa beg laptop aku sekali?” tanya Hasha bersendirian.

“Dah jom” ajak Tasriq yang muncul tiba-tiba setelah meninggalkan Hasha bersendirian selama 10 minit.

“Kau buat apa dengan laptop aku tu?” tanya Hasha. Dia ingin marah sebenarnya.

“Takde buat apa pun. Cuma hantar ke kedai untuk dibaiki. Nah” jawab Tashriq selamba sambil menghulur sesuatu ke arah Hasha. Hasha memandang dia pelik.

“Guna dulu laptop ni sementara tunggu laptop dengan ipad kau tu. Aku ganti laptop yang baru untuk kau. Nanti kalau laptop kau dah siap dibaiki nanti aku bagitau kau” jelas Tashriq.

“Takpe lah. Tak yah ganti pun tak pe” jawab Hasha cuba menolak secara sopan.

“Takpe kau ambil je sebagai tanda maaf dari aku sebab langgar kau tadi” Tashriq tetap berkeras untuk Hasha menerima pemberiannya itu.

“Okay, fine” jawab Hasha mengalah.

“Macam tu baru kawan aku” gurau Tashriq.

Mereka tiba di café Lina. Meja di sudut café menjadi pilihan. Punggung di labuhkan pada kerusi. Mereka duduk berhadapan. Café itu kelihatan hampir penuh memandangkan sudah masuk waktu tengah hari.

“Encik, cik nak order apa?” tanya seorang pelayan perempuan.

“Bagi saya ice latte dengan lunch set A satu” pinta Hasha.

“Bagi saya  ice esspreso dengan spaghetti carbonara satu” pinta Tashriq pula.

“Lina ada?” tanya Hasha kepada gadis pelayan itu.

“Cik Lina ada di dalam. Kenapa ye cik?” jawab pelayan itu.

“Saya nak jumpa dia. Tolong panggilkan dia” pinta Hasha.

“Baiklah. Tunggu sekejap ye. Nanti pesanannya akan dihantar” kata gadis pelayan itu sebelum beredar bersama pesanan.

“So?” Hasha bersuara.

“What?” tanya Tashriq. Pelik.

“Kau study mana sampai nampak macam orang yang berjaya ni?” soal Hasha.

“Tempat biasa-biasa je. Alah setakat International Career Institute tu je” selamba Tashriq.

“Oh my, tak sangka aku yang kau ni bodoh sebenarnya” selamba Hasha. Ingat Tashriq je ke boleh selamba.

“Apa yang bodohnya kau ni?” bidas Tashriq.

“Tempat kau study tu antara yang terbaik tau. Tu kau kata biasa-biasa je”

“Ouhh ye eh” balas Tashriq tersengih sambil menggosok belakang kepalanya.

“Kau kerja apa sekarang?” tanya Hasha. Serius.

“Well, I just become a lawyer but I more prefer to become private investigator” jawab Tashriq bersahaja.

“Wow! Tercapai juga eh impian kau tu” balas Hasha sinis.

“Eh eh, dia ni! Tak sedar diri. Cakap aku pulak dia tu pun sama juga” balas Tashriq juga sinis.

“Ehhh! Apa pulak samanya. Mana ada sama ye” meradang Hasha dibuatnya.

“Hey, Hasha!” tegur satu suara lain. Hasha menoleh.

“Lina!!!” teruja Hasha melihat sepupunya. Dia bangun dan memeluk sepupunya itu.

“Look who’s here. Balqis Hasha Tan Sri Amirul” gurau Lina.

“Yeah, it’s been 7 years right since we met” balas Hasha.

“Erm, girls mind to have a seat?” sampuk Tashriq.

“Ouh, hahaha” gelak kedua gadis itu sambil melabuhkan duduk.

“So, how is Japan?” soal Lina kepada Hasha.

“Good” jawab Hasha pendek.

“Mind to tell me about him?” soal Lina kepada Hasha sambil menjeling sedikit ke arah Tashriq.

“Wow you don’t know him” terkejut Hasha.

“This is me la, Lina” jawab Tashriq sambil memandang ke arah Lina lalu menjeling Hasha yang sedang tersenyum itu.

“Did I know you” berkerut dahi Lina memikirkan perihal Tashriq.

“Ouh, come on Lina. This is Tashriq. Don’t said you didn’t remember him” jelas Hasha bersama muka pasrah.

“Ohh, I’m sorry. You look different” terkejut Lina.

Perbualan mereka terhenti kerana makanan yang dipesan oleh Hasha dan Tashriq pun sampai. Mereka mengucapkan terima kasih sebelum pelayan itu beredar.

“Okay, aku tak boleh nak lama-lama dengan korang. Aku ada kerja yang nak dibuat sebenarnya. Bye” pamit Lina.

“Okay, bye” balas Hasha. Hasha pun memandang ke arah menghilangnya Lina.

“Kau jadi lawyer ni kerja dengan orang ke kerja sendiri?” tanya Hasha kepada Tashriq.

“Apa barang kau ni kerja dengan orang. Mestilah kerja sendiri” jawab Tashriq berbangga diri.

“Wow! It’s great. Berapa lama dah kau jadi lawyer ni?”

“About two year and half. How bout you?” soal Tashriq kepada Hasha.

“Nothing interesting bout me” balas Hasha.

“Are you sure?” soal Tashriq lagi.

“I’m pretty sure” yakin Hasha.

“Don’t blame me if I investigate about you” ujar Tashriq bersahaja.

“Urghh, fine. Actually…….” Balas Hasha membuka kisah mengenai dirinya.


KAKI melangkah masuk ke dalam café favouritenya di pusat beli belah itu. Saja mahu menghabiskan masa sambil menikmati ice cappuccino kegemarannya selain latte. Dia melabuhkan duduk di meja kegemarannya berdekatan penjuru café. Tempat yang agak tersorok.
Setelah pelayan yang mengambil ordernya berlalu, secara tidak sengaja dia melihat satu pasangan melangkah masuk ke café dan mengambil tempat di penjuru café selang dua buah meja dari meja yang dia duduki. Sang gadis nampak seperti dia kenal tetapi tidak bagi sang jejaka.

Ya! Sang gadis adalah awek cun yang Hayyan sengaja langgar di starbucks semalam. Tapi dia dengan siapa. Kenapa nampak mesra semacam. Boyfriend dia ke? Suami dia ke? Mungkin. Eh! Takkan tu suami dia. Takde nampak pun dia pakai cincin. Tak,bukan. Bukan suami dia.

“Encik, ni pesanannya” tegur pelayan yang menghantar pesanannya.

“Thank you” katanya kepada pelayan itu. Terganggu sebentar perhatian terhadap pasangan itu.

Telefon di atas meja dicapai . Aplikasi camera dibuka lalu menangkap beberapa keping gambar. Cantik juga eh dirinya mengambil gambar. Tak sangka pulak dia ni berbakat hehe. Dia cuba untuk mencuri dengar perbualan mereka tetapi hampa. Jarak antara meja mereka agak jauh.

Kelihatan si gadis seperti sedang marah tetapi si jejaka hanya tergelak suka sahaja. Apa sebenarnya yang mereka bualkan. Dia mengambil keputusan untuk terus berada di situ memerhatikan mereka.

TERUBAHNYA TAKDIRKU ( H I A T U S ) Where stories live. Discover now