08

177 8 3
                                    

BROUM!

BURSH!

Wtf! Siapa pulak yang tak reti bawa kereta ni. Sukati je main langgar orang. Tak nampak ke apa. Sakit pulak hati kita ni la. Dah la tengah serabut pasal ikan pirana tu. Hish!

Signal ke kiri dinyalakan. Kereta dipandu ke bahu jalan. Kelihatan kereta yang melanggarnya turut berhenti di bahu jalan melalui cermin pandang belakang.

Pintu di sebelah pemandu di buka, kaki dilangkahkan keluar. Kereta yang melanggarnya dituju lalu bersandar bersahaja sambil memandang pada hujung kasut yang dipakai. Kelihatan pemandunya turut melangkah keluar daripada keretanya. Ternyata pemandunya ialah seorang gadis.

“Sir, I’m sorry” kata gadis itu. Mendengarkan itu, senyuman sinis terukir indah dibibirku.

“Siapa nak bayar ganti rugi?” tanyanya sambil mengangkat wajah memandang sang gadis.

“Are you Hayyan? Hayyan Idham, right?” tanya gadis itu.
Berkerut dahi Hayyan apabila diajukan soalan itu. Dah siapa pulak ni? Aku kenal ke? Tapi kenapa macam familiar eh?

“Hey, don’t said you didn’t remember me?” soal gadis itu.

“Aireen? Aireen Helena, right?” soal Hayyan ragu. Gadis itu hanya tersenyum sambil mengangguk.

“Oh my, Ai! It’s been a while, right?”

“Yeah” jawab Aireen. Suasana sunyi antara mereka.

“Hey, I’m sorry” ucap Aireen memecah kesunyian yang tercipta seketika tadi.

“Huh” otak lembab rupanya Hayyan ni.

“Yela, aku langgar kereta kau kot” ucap Aireen, menundukkan kepalanya.

“Hahahahahaha” gelak Hayyan. Pelik Aireen dibuatnya.

“Yang tu tak payah risau. Lagipun remuk sikit je kereta aku ni. Yang kau kena risau sekarang ni tu, kereta kau” jelas Hayyan sambil menunjuk ke arah remuk pada keretanya dan kereta Aireen.

Aireen memandang ke arah keretanya. Ya, keretanya remuk teruk berbanding kereta Hayyan. Dia hanya tersenyum kekok ke arah Hayyan sambil mengangguk kepalanya.

“Dah, jom” ajak Hayyan.

“Eh, nak ke mana?” soal Aireen pelik.

“Hantar kereta kau pergi bengkel. Lepas tu, kita pergi lunch. Dah masuk waktu tengah hari ni. Follow me” jelas Hayyan.

“Okay” jawab Aireen. Lalu memasuki kereta masing-masing. Pemanduan diteruskan ke bengkel.


“BILA boleh siap ni?” soal Hayyan kepada Faeyzrul, pemilik bengkel yang merupakan salah seorang kenalannya.

“Dalam 3 jam siap la ni. Nasib baik kereta yang lain ni dah siap baiki” jelas Faeyzrul.

“Okay, 3 jam lagi aku datang balik, aku pergi dulu” kata Hayyan.

“okay, bro” jawab Faeyzrul sambil berjabat tangan dengan Hayyan. Hayyan berlalu menuju ke arah Aireen yamg sedang menunggunya di sisi kereta. Faeyzrul berlalu menyambung kerjanya.



KAKI melangkah di kawasan lobi I Corporation dengan lagaknya. Meja receptionist hanya dilepasi begitu sahaja. Lif tuju bagai tiada apa yang terjadi. Tak sabar nak jumpa buah hati. Hmm buah hati lah sangat. Pintu lif akhirnya terbuka setelah menunggu beberapa ketika. Lif yang kosong dimasuki. Butang bernombor 11 ditekan dan pintu lif kembali tertutup. Lif bergerak dan dalam masa 30 saat lif mulai berhenti setelah tiba di tingkat 11. Dia melangkah keluar dari lif dan menuju ke arah meja PA kekasihnya.

“Luna” panggilnya perlahan.

“Ouh ye, cik Kirana”  sahut Luna sambil mengalih pandangan dari dokumen di tangan.

“Hayyan ada?” soal Kirana dengan angkuhnya.

“Encik Hayyan tak ada. Dia tak masuk office harini” maklum Luna kepada Kirana.

“Dia pergi mana?” tanya Kirana tidak puas hati.

“Encik Hayyan accident” jawab Luna bersahaja.

“Bila masa pulak dia accident? Semalam elok je”sangkal Kirana tidak mahu mempercayai kata-lata Luna.

“Baru pagi tadi” masih bersahaja jawapan dari Luna.

“Dia tahu ke tak pasal lunch appointment ni?”

“Tahu”

“Pastu jadi ke tak ni?” soal Kirana sambil flil hair.

“Tak” wajah Luna kekal tenang sedari tadi. Sedikit pun tidak takut sekiranya insan dihadapannya marah.

“You kan kalau tak reti buat kerja tak payah kerja! Menyusahkan orang je lah! I suruh Hayyan pecat you. Tengok je la nanti” bentak Kirana sambil berlalu pergi dengan kaki yang dihentak-hentak.

Luna hanya mengajuk gaya Kirana sambil memandang Kirana berlalu pergi dengan ekor mata.

“Fikir aku heran lah kalau dia nak suruh Encik Hayyan pecat aku. Encik Hayyan nak ke dengar cakap kau? Mestilah tak” omel Luna sendirian.



“THANKS tau” ucap Aireen tiba-tiba.

“Sebab?” soal Hayyan. Berkerut dahinya yang sedang memandu itu.

“Yelah aku dah la langgar kereta kau, pastu kau bawa  aku pergi bengkel kawan, belanja aku makan lagi. Hah ni kau hantar aku pergi bengkel nak ambil kereta aku” jelas Aireen rasa bersalah.

“No problem la, Ai. Kau kawan aku kot mestilah aku tolong kau”

“Okay dah sampai” Hayyan memarkirkan keretanya di hadapan bengkel Faeyzrul. Mereka turun dari kereta lalu bergerak memasuki bengkel tersebut. Kelihatan Faeyzrul sedang melihat ke arah kesan rempuhan pada kereta itu.

“Bro” tegur Hayyan sambil menepuk bahu rakannya itu. Terkejut kawan tu dibuatnya. Jahat betul Hayyan ni.

“Haish kau ni, terkejut aku” kata Faeyzrul sambil matanya melirik ke arah Aireen.

“Aireen, owner kereta ni” kata Hayyan selamba.

“Huh” blur pulak si Faeyzrul ni.

“I saw you looking at her. Berminat ke?” kenapa ye si Hayyan ni jadi macam ni.

“Eh, kau ni ke situ  pulak. Tapi kan kalau ye pun apa salahnya” seloroh Faeyzrul sambil mengeyit mata kepada Aireen.

“Amboi, tak menyabar ye kau” usik Hayyan. Merah muka Aireen dibuatnya. Faeyzrul pula tersengih janggal sambil menggosok belakang tengkuknya.

“Siap dah kereta ni?” tanya Hayyan sambil menuding jari ke arah kereta Aireen.

“Beres” sepatah Faeyzrul menjawab.

Sementara menunggu Aireen menguruskan bilnya bersama Faeyzrul, aku mendapat mesej daripada Wildan ajak berjumpa. Hayyan hanya bersetuju lagipun tiada apa yang hendak di buat. Menyedari dua susuk tubuh menghampiri, telefon kembali disimpan ke dalam kocek seluar.

“Dah settle?” tanya Hayyan kepada Aireen.

“Dah” jawab Aireen tersenyum.

“Cekik darah tak?” soal Hayyan lagi. Saja mahu mengusik Faeyzrul.

“Apa kau ni, bro? Mana ada cekik darahnya. Silap-silap aku bagi free of charge” bidas Faeyzrul dengan bangganya.

“So, free la ni?” soal Hayyan kepada Aireen. Aireen hanya sekadar mengangguk kecil sebagai jawapan.

“Mentang-mentang la kau nak try, kau bagi free ye. Dengan aku tak de pulak kau nak bagi free” perli Hayyan.

“Salah faham kau ni. Jangan lah salah faham dengan sahabatmu yang hensem lagi kan kacak dan macho ini” mula dah masuk bakul angkat sendiri si Faeyzrul ni.

“Ada yang melayang jugak nanti kang” kata Hayyan. Urat mula timbul di dahi.

“Ala, chill la bro. Jangan macam ni. Nanti kau hantar la kereta kau ke sini. Aku bagi kau free. Cakap je kau nak services ke nak cat ke nak modify ke semua boleh untuk kau” pujuk Faeyzrul.

“Betul ni?” soal Hayyan meminta kepastian.

“Tapi” kata Faeyzrul sambil meletakkan sebelah tangannya di atas bahu Hayyan.

“Tapi apa pulak kau ni?” soal Hayyan bengang.

“Kena la bagi kad jemputan dulu” Faeyzrul berkata selamba sambil tersenyum ke arah Aireen. Lah ingatkan si Aireen ni tunggul tadi.

“Kad jemputan apa pulak kau ni?” la Hayyan ni pun blur pulak.

“Kahwin” jawab Faeyzrul dan Aireen serentak. Kemudian tawa mereka berdua meletus.

“Perlu ke?” soal Hayyan.

“Bukan setakat perlu malah sangat perlu” jawab Faeyzrul.

“Guys, I gotta go now. So, see you next time” sampuk Aireen tiba-tiba.

“Okay, drive safe” kata Hayyan.

“Bye, Ai love you” kata Faeyzrul sambil melambai ke arah Aireen yang sedang berjalan ke keretanya.

“Aik, kau ni. Melebih nampak” tegur Hayyan.

“Kau ni janganlah serious sangat” jawab Faeyzrul sambil menepuk-nepuk bahu Hayyan.

“Dah lah kau ni. Aku balik dulu” pamit Hayyan.

“Okay, bye darling” jawab Faeyzrul sambil mengeyit mata ke arah Hayyan.

Terkejut Hayyan dibuatnya. Langkah di atur tergesa ke arah keretanya.

“Aku bukan gay macam kau” laung Hayyan sebelum memasuki keretanya. Faeyzrul hanya tergelak sahaja sambil memandang ke arah kereta Hayyan yang mula berlalu pergi.

TERUBAHNYA TAKDIRKU ( H I A T U S ) Where stories live. Discover now