19

49 4 0
                                    

PUSING ke kenan. Pusing ke kiri. Menelentang. Meniarap. Tertonggeng. Semua posisi yang dirasakan sesuai untuk tidur sudah digayakan. Namun masih lagi tidak  mahu lelap matanya. Jam sudah menginjak ke angka 11.30 malam. Kepala ditolekan ke arah jendela. Hujan yang renyai-renyai di luar masih belum menunjukkan tanda-tanda mahu  berhenti walaupun sudah lebih satu jam berlalu.

Saat itu fikirannya teringatkan sesuatu. Pantas, pandangan dihalakan  ke arah terletaknya wardrobe miliknya. Selimut yang menyelubungi dirinya ditolak ke tepi sebelum bangun dari pembaringannya. Kaki mula melangkah mendekati wardrobe. Satu persatu pintu wardrobe dibuka untuk mencari sesuatu. Tanpa sengaja tangannya tersentuh satu beg kertas. Beg kertas itu ditarik keluar. Isi di dalamnya dikeluarkan.

Berkerut dahinya melihat kain yang berwarna putih itu. Lipatan kain dibuka dan ia mendedahkan rupa sebenar kain tersebut. Sehelai kemeja lelaki terlihat diretinanya. Sejak bila pulak dia simpan pakaian lelaki ni. Tiba-tiba mindanya teringat akan kejadian dimana dia terlanggar seorang lelaki di hadapan Starbucks beberapa hari yang lalu.

“Macam mana aku boleh lupa eh pasal baju ni?”

Mukanya yang sedang itu tiba-tiba berubah riak. Matanya membulat bila terperasankan sesuatu.

“Lelaki McD tadi la lelaki haritu. Aduh kau ni tu pun tak boleh nak ingat ke. Patutlah macam familiar muka lelaki McD tu” bebel Hasha seorang diri sambil menepuk dahinya kuat.

Kedinginan malam disebabkan hujan yang masih belum berhenti mengembalikan dia semula ke tujuan asal dia menggeledah wardrobenya. Pantas kemeja ditangannya disumbat semula ke dalam beg kertas lalu diletakkan kembali di tempat asal. Pakaian yang tergantung di dalam wardrobe kembali dibelek satu persatu.

“Ish mana pulak ni” rungutnya tidak puas hati apabila tidak menjumpai apa yang dicarinya.

Puas dibelek tetap dia tidak menjumpai apa yang dicarinya. Nafas dihembus kuat sebelum dia berlalu ke pintu. Dirinya dibawa keluar dari bilik dan menuju ke sebuah bilik yang berhampiran biliknya. Pintu bilik itu dibuka lalu suis lampu ditekan.

Pap!

Terang benderang suasana di dalam bilik itu yang tadinya gelap. Kakinya melangkah ke arah wardrobe yang terdapat di dalam bilik tersebut. Perlahan pintunya dibuka. Baju-baju yang masih tersusun kemas didalamnya disentuh dengan hujung jari. Serta merta rasa sebak bertandang kehatinya.

Matanya terpandang satu hoodie kegemaran si ‘dia’ yang tergantung elok di dalam wardrobe itu. Pantas tangannya mencapai hoodie itu. Dibawa ke pelukannya pakaian itu.

“Sha” panggil satu suara. Pantas kepala menoleh ke arah pintu. Terlihat kelibat momnya.

“Sha buat apa kat sini?” soal Shafira lembut.

“Sha cari ni” jawabnya lembut sambil menunjukkan hoodie ditangannya.

“Kenapa? Sha punya mana?” soal Shafira lagi. Kakinya menapak perlahan ke arah Hasha.

“Sha cari Sha punya tak jumpa. Mungkin Sha salah letak kot”

“Hmm takpelah kalau macam tu. Dah lewat ni. Pergi masuk tidur. Demam Sha tak kebah lagikan” tutur Shafira lembut sambil mengusap kepala anaknya.

“Okay mom” ucap Hasha. Sempat dia memberikan senyuman kepada insan yang melahirkannya itu sebelum berlalu meninggalkan bilik itu.

Shafira pula hanya memerhati anaknya yang berlalu. Pintu wardrobe yang terbuka kembali ditutup rapi. Langkah dibuka  ke arah pintu. Sempat matanya melilau kesegenap ruang didalam bilik itu. Suis lampu kembali ditutup dan pintu bilik juga ditutup rapat.

Helaan berat dilepaskan. Matanya memandang ke arah pintu bilik Hasha yang tertutup rapat itu. Beberapa ketika kemudian langkahnya dibuka menuruni tangga. Niatnya hanya untuk ke dapur bagi membasahkan tekak. Tidak disangka pula akan melihat anak perempuannya itu masuk ke dalam bilik itu.


TERUBAHNYA TAKDIRKU ( H I A T U S ) Where stories live. Discover now