31

19 0 0
                                    

“Apa yang kau tau?” soal Ham terus setelah melihat kelibat Jack.

Jack yang disergah itu terus menoleh ke arah gerangan yang menyoal. Terlihat kelibat Ham dan Fid.

“Kalau ye pun duduk lah dulu” pelawa Jake. Ham dan Fid memandang sesama sendiri sebelum mengambil tempat dihadapan Jack.

Jack menyuruh wanita wanita disisinya untuk berlalu. Setelah memastikan diruang itu hanya terdapat mereka bertiga sahaja, Jack mula bangun dari duduknya dan melangkah ke arah pengawal yang berjaga di tepi. Dia membisikkan sesuatu kepada pengawal itu. Pengawal itu hanya menganggukkan kepalanya sebagai tanda menerima arahan yang diberikan dengan baik. Pengawal itupun berlalu meninggalkan ruang itu.

Jack kembali melangkah ke arah pintu tersembunyi yang terdapat diruang itu. Pintu tersebut dibuka dan terlihat satu ruang pejabat disebalik pintu tersebut. Dia menoleh ke arah Ham dan Fid. Dia mengisyaratkan mereka untuk mengikutinya. Ham dan Fid hanya mengikuti langkah Jake ke dalam ruang pejabat tersebut. Setelah mereka bertiga masuk ke dalam ruang itu, pintu itu tertutup dengan sendirinya.

Mereka duduk di set sofa yang terdapat di dalam ruang pejabat itu. Jack kemudiannya melangkah ke arah sebuah laci. Dokumen yang terdapat di dalam laci itu dibawa keluar. Dia memandang sekilas ke arah frame gambar yang terletak di sudut meja kerjanya, dia kemudian memandang ke arah Ham yang sedang duduk santai bersama Fid. Dia melangkah semula ke arah sofa bersama dokumen ditangannya. Dokumen ditangannya dihulurkan kepada Ham dan dia mengambil tempat di sofa yang kosong.

Ham mengeluarkan dokumen itu dari sampul dan melihatnya. Dari satu mukasurat ke satu muka surat dia selak. Semuanya baik baik sahaja tetapi tiba di mukasurat pertengahan, mukanya mula menunjukkan reaksi pelik. Seperti ada yang pelik dengan apa yang dibacanya. Dia meneruskan pembacaannya sehingga ke muka surat terakhir. Berkali kali dia mengulang pembacaannya tetapi tetap sama sahaja. Pelik. Dia memandang Jack dihadapannya kemudian dia menoleh kearah Fid disisinya. Jack hanya mengangguk sebagai isyarat itulah maklumat yang diperolehi dan benar.

“Kenapa?” soal Fid pelik. Ham menghulurkan dokumen ditangannya kepada Fid untuk diteliti. Fid mengambil dokumen itu lalu membacanya. Reaksinya sama seperti yang ditunjukkan oleh Ham.

“Kau pasti ini yang betul?” soal Fid kepada Jack.

“Ye, tu yang aku dapat. Pada mulanya aku rasa benda tu tipu tapi tak” jelas Jack.



SEPERTI biasa walaupun berada dirumah, dia tetap meneruskan kerjanya seperti biasa. Apatah lagi apabila projek syarikatnya sudah pun bermula 2 bulan yang lalu. Dia perlu mencari kedai kedai perabot yang boleh membekalkan perabot untuk rumah anak yatim, syarikat dan cafe. Semua itu memerlukan ketelitian yang tinggi untuk mendapatkan perabot yang berkualiti dan tidak mendatangkan kecederaan terutamanya untuk kegunaan anak anak yatim nanti. Semua kertas kerja berkenaan kewangan perlu dikemaskini untuk rujukan bahagian kewangan syarikat di Jepun. Semua perlu dikira dengan tepat supaya tidak berlaku pembaziran dan kerugian dikemudian hari.

RING! RING!

Telefonnya berbunyi. Panggilan itu dijawabnya tanpa melihat siapa yang menelefon.

“Babe!” terdengar suara seorang perempuan di dalam talian.

“Ya allah, Del!” teruja suara Hasha menyapa semula gerangan didalam talian.

“Kau tengah buat apa tu?” soal Adeline.

“Tengah kira financial untuk projek kat sini. Kau tu pulak tengah buat apa tak tidur lagi. Dah lewat kan?” soal Hasha semula.

“Memanglah tapi aku tengah tengok balik dokumen meeting petang tadi. Ada satu syarikat ni dia hantar wakil untuk approach kita untuk projek baru diorang” jelas Adeline.

TERUBAHNYA TAKDIRKU ( H I A T U S ) Where stories live. Discover now