11

191 7 2
                                    

HAYYAN melangkah ke arah keretanya yang di parking berhampiran café di mana dia berjumpa Wildan. Dia ralit memerhatikan kawasan sekitar café itu. Tiada siapa yang tahu apa yang diperhatikan dan apa yang di fikirkan olehnya. Setelah 5 minit berlalu, tersungging satu senyuman sinis di bibirnya. 'Found you' Matanya mengikut setiap gerak geri manusia itu.

Kelihatan kelibat seorang wanita tinggi lampai sedang keluar dari kedai bakeri berdekatan dengan menjinjit satu beg plastik di tangannya. Kakinya melangkah dengan berkeyakinan walaupun dia dalam keadaan santai. Tanpa di sedarinya, setiap perlakuannya itu di perhatikan oleh seseorang.

Pintu bahagian penumpang belakang di buka lalu plastik beg di tangannya diletakkan dia atas seat penumpang. Saat dia mahu memboloskan diri ke dalam bahagian pemandu, matanya tertancap ke arah satu figura yang seperti dikenalinya sedang bercakap dengan seorang pemuda. Pemuda itu kelihatan duduk di kaki lima hadapan sebuah café. 'Itu macam Lina je. Mesti terlanggar orang lagi tu kan. Ish dia ni kalau tak langgar orang masa tengah kelam kabut memang tak sah.' Tergeleng-geleng kepalanya menyaksikan perkara itu.

Berkerut dahi Hayyan melihat individu yang di perhatikannya itu. 'Apa yang dia tengok sampai tergeleng-geleng kepala tu?' soal Hayyan kepada dirinya sendiri sebelum matanya melilau kearah yang dilihat oleh individu itu.

Pak!

Hayyan menepuk dahinya kuat tatkala mengetahui apa yang dilihat oleh individu itu. Patut pun lah individu itu mengelengkan kepalanya.

"Tak pasal-pasal kau dapat dosa tengok diorang. Balik nanti jangan lupa solat taubat"

Hayyan melihat kembali ke arah kereta individu itu yang kelihatan seperti sudah bersedia untuk memulakan pemanduan. Segera Hayyan melakukan hal yang sama. Disaat kereta individu itu mula bergerak, di turut bergerak mengikuti kereta itu.

Setelah 15 minit memulakan pemanduan, Hayyan mula mengetahui ke mana arah tuju individu yang diikutinya itu. Dia mula menukar haluan untuk pulang ke rumahnya. Lain kali sahaja dia melakukan perkara yang membuang masa itu.


SETIBANYA di persimpangan kawasan perumahannya, hujan mulai turun dengan lebat. Saat itu barulah dia teringat akan kain jemurannya yang masih bersidai di laman belakang rumah. Kelajuan kereta ditambah sedikit supaya lebih segera sampai ke perkarangan rumah. Kereta di pandu laju masuk ke garaj. Enjin segera dimatikan suisnya sambil membuka belitan tali pinggang keselamatan . Pintu dibuka dengan kelam kabut sebelum kaki berlari ke laman belakang melalui taman mini di sebelah kiri garaj supaya dapat menyelamatkan jemurannya. Nasib baik sahaja ampaian itu removable. Hanya tinggal ditarik sahaja ke bawah kawasan berbumbung. Nafas lega di hela sebelum teringat yang dia perlu meredah hujan dua kali lagi bagi mengambil kunci rumah bersama barang peribadi sebelum berpatah balik ke pintu utama. Nampaknya kenalah kebal diri untuk lima minit lagi sebelum tewas dengan antibodi selepas itu.

Perlahan kaki kembali melangkah meredah hujan kembali ke garaj untuk mendapatkan handbag dan kunci rumah. Tiba sahaja disisi kereta yang pintu disebelah pemandu masih lagi terbuka luas, nafas lega dihela. Kadar ventilasi cuba distabilkan sebelum masuk ke tempat pemandu untuk mengambil handbag yang berada di tempat letak kaki seat sebelah pemandu. Isi di dalamnya diselongkar untuk mengambil kunci rumah supaya lebih mudah untuk membuka pintu utama. Barang yang dibeli kemudian sahaja di bawa masuk. Plastik berisi roti dari kedai bakeri kegemarannya dicapai sebelum mengeluarkan dirinya daripada perut kereta. Pintu kereta ditutup sebelum punat kunci ditekan pada alat kawalan jauh keretanya. Nafas dalam diambil sebelum kakinya kembali berlari ke arah terletaknya pintu utama.

Kunci dimasukkan ke perumahnya setelah kaki berhenti berlari ke pintu utama. Kunci dipusingkan sebelum bunyi unlock pada pintu kedengaran. Tombol dipulas sebelum daun pintu ditolak untuk membuka pintu. Kasut ditanggalkan dan diambil untuk diletakkan pada rak kasut semula. Sebelum pintu ditutup, kelihatan sebuah kereta Mercedes Benz metalic grey masuk keperkarangan rumah sebelum diparkir elok bersebelahan audi miliknya di bawah garaj. Sepasang suami isteri melangkah keluar dari perut kereta sebelum berkongsi payung dan melangkah bersama ke pintu utama. Hasha yang masih menjadi penunggu di muka pintu hanya tersenyum melihat kemesraan ibubapanya.

TERUBAHNYA TAKDIRKU ( H I A T U S ) Where stories live. Discover now