05

200 8 0
                                    

TIT! Tit!

Kereta diundur masuk ke garaj. Setelah memastikan kereta diparkir dengan elok, enjin dimatikan. Barang-barang yang dibeli semasa di shopping mall tengah hari tadi diambil. Pintu dibuka lalu kaki dilangkah keluar dari perut kereta. Punat kereta ditekan untuk dilock. Pintu utama di tuju.

"Assalamualaikum! Mom! Dad!" sunyi je. Takde orang ke? Mana pulak mom dengan dad pergi? Selalunya lewat petang macam ni ada je kat rumah. Naik dulu lah kalau macam tu.

Dapur dituju untuk menyimpan kek dan pastry yang dibeli di bakeri sebelum pulang tadi. Meja makan masih kosong. Tiada hidangan yang terhidang.

Bip! Bip!

Telefon berbunyi menandakan ada pesanan ringkas masuk. Tangan di seluk ke dalam poket seluar untuk mengambil telefon.

MOM
Mom dengan dad keluar dinner dengan kawan. Mom tak masak tau. Kalau nak makan Sha masak sendiri ataupun order je fast food nanti okay.

Nafas panjang dihela. Patut pun lah takde kat rumah petang-petang ni. Keluar rupanya. Nasib baik perut ni dah kenyang. Kaki dibawa keluar dari dapur.

Kaki dilangkahkan ke tangga menuju ke bilik di tingkat atas. Sampai di bilik, segala beg-beg kertas di campak ke atas katil. Nasib baik dah solat asar tadi. Tuala dicapai lalu melangkah ke bilik air. Mandi! Yeay!

Buka sahaja pintu bilik air, azan maghrib berkumandang dari masjid berdekatan. Kaki di atur menuju ke arah wardrobe. Baju tidur kaftan berwarna soft purple dicapai lalu disarungkan ke tubuh. Kemudian, kaki di gerakkan menuju ke arah tersangkutnya telekung dan sejadah. Diri dipersiapkan untuk menunaikan solat fardhu maghrib.

Selesai solat dan menyangkut kembali telekung berserta sejadah, katil dituju. Segala jenis beg-beg kertas ditolak ke tepi sehingga ada yang terjatuh ke lantai. Setiap satu beg kertas diintai isi dalamnya.

Pergerakan tangannya terhenti pada satu beg kertas yang tertulis Brands Outlet. Beg itu ditarik mendekatinya. Isinya ditarik keluar. Sehelai baju kemeja putih yang telah kotor akibat kesan tumpahan air latte itu ditenung bagai mahu tembus.

Satu saat.

Dua saat.

Tiga saat.

Empat saat.

Lima saat.

"Arhhhh!!!" Satu kelibat berwarna putih terbang di dalam bilik seiring dengan suara jeritan. Kelibat itu akhirnya mendarat di atas mukanya sendiri. Ianya adalah baju milik lelaki yang telah di langgar tanpa sengaja tengah hari tadi.

Tangan bergerak perlahan ke arah jatuhnya baju itu lalu di campaknya ke lantai. Baju itu di pandangnya tanpa perasaan. Sebel hatinya mengingatkan peristiwa siang tadi. Mukanya berubah sedih.

"Duit akuuuu!!!!! Tak guna kau!!!!!! Kalau aku jumpa kau lagi lepas ni siaplah kau aku kerjakan nanti" geram Hasha. Ruang kosong disisinya ditumbuk melepaskan geram.

"Ahhhhhh, duit akuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!!!!" raung Hasha. Muka ditekup dengan bantal, meratapi duitnya.



KAKI diatur masuk ke dalam bilik. Suaminya yang sedang membaca di atas katil didekatinya. Punggung di labuhkan di sisi suaminya.

"Abang" panggilnya perlahan.

"Ye" sahut Hazriq tanpa memandangkan ke arah isterinya.

"Bang" panggil Liyana sekali lagi.

"Ye" sahutnya sekali lagi.

"Abang!" panggil Liyana lagi kegeraman.

"Ada apa awak ni? Dari tadi duk abang, abang" balas Hazriq sambil menutup buku yang dibacanya tadi dan diletakkan di meja sisi katil sebelahnya.

"Abang tu la saya panggil bukannya nak pandang saya. Saya tau la saya dah tua" kata Liyana berjauh hati akan sikap suaminya tadi.

"Awak ni tak payah lah nak merajuk pulak. Ada apa yang awak panggil saya ni? Nak cakap apa?" tanya Hazriq.

"Tadi saya ingat saya nak jumpa dengan Hayyan" beritahu Liyana membuka cerita.

"Jadi apa kaitannya dengan saya?" tanya Hazriq.

"Ish abang ni. Ada ke patut cakap macam tu" balas Liyana tidak berpuas hati.

"Dahtu? Apa yang awak nak cakap sebenarnya?" tanya Hazriq pula.

"Takde la. Tadi saya nak masuk jumpa dia dalam bilik tapi tak jadi sebab saya dengar dia berbual dalam telefon" jelas Liyana lagi.

"Ha apa yang awak dengar?" tanya Hazriq berminat.
Liyana pun menceritakan apa yang didengarinya tadi. Sang suami hanya mendengar dengan tekun sambil sesekali mengangguk faham.

"Jadi, abang rasa betul apa yang kita buat ni?" tanya Liyana kerisauan.

"Kenapa pula awak tanya macam tu?" Hazriq bertanya tidak faham.

"Ye la mana taknya. Saya risau lah kalau kita tak dapat nak tunaikan jaminan kita terhadap Amirul dan Shafira" terpancar kerisauan di dalam bicaranya.

"Awak tak payah risaulah. Saya tau la apa nak buat" jelas Hazriq menutup kerisauan isterinya.


BAJU yang dicampak tadi diambil kasar dari lantai lalu dicampakkan pula ke dalam bakul baju kotor.

Barang-barang yang dibeli tadi dibelek satu-persatu.
Baju-baju di kumpulkan setempat. Alat-alat makeup di bawa ke meja solek lalu disusun kemas. Handbag di bawa ke wardrobe yang telah di khaskan. Kasut dibiarkan kemas di dalam kotak lalu di simpan di dalam laci wardrobe handbag. Baju-baju tadi di capai lalu di masukkan ke dalam laundry bag. Setelah selesai semuanya, punggung dihenyak kembali ke atas katil.

Sememangnya itulah rutinnya pada setiap tahun. Akan menggunakan wang simpanannya untuk membelanja diri sendiri. Bak kata orang self reward. Lagipula sudah hampir dengan penghujung tahun.

Tiba-tiba fikirannya teringat sesuatu. Perlahan kepalanya bergerak ke arah terletaknya bakul baju kotor. Sudah seperti robot sahaja gayanya. Apabila bayang bakul tersebut sudah menerpa ruang pemandangannya, serta-merta matanya membulat. Langkah terus diatur ke arah bakul dengan tergesa-gesa.


Buk!

Pak!

"Aduhhhh!!! Sakitnya" Hasha mengaduh kesakitan sambil menggosok dahinya.

Mana tidaknya, jalan seperti orang mabuk. Sudahnya tersadung karpet yang berada di dalam biliknya itu. Sudah lah tersadung lalu jatuh terhempas atas lantai, terhantuk dengan bucu wardrobe yang berada di tepi bakul.

Perlahan dia bangun dari keadaan baringnya lalu duduk tegap menghadap bakul itu. Tangannya masih menggosok dahinya yang sakit terhantuk itu.

"Ni semua sebab kau tau bakul! Kau yang salah!" habis bakul itu dipersalahkan. Bibir dicebikkan.

Secara tiba-tiba dia terkaku. Matanya bersinar bulat. Baju kemeja yang berada di dalamnya dicapai. Senyuman jahat sudah terpamer pada wajahnya. Dia bangun dari duduknya lalu melangkah ke arah meja kerjanya. Gunting dicapai lalu menuju ke arah letaknya bakul sampah.

Gunting di tangan dipandang dengan senyuman geram. Baju ditangan kanan diangkat separas mata dan dipandang dengan pandangan yang tajam. Tangan kiri diangkat perlahan, bersedia untuk menggunting baju itu.

Satu saat.

Dua saat.

Tiga saat.

Empat saat.

Lima saat.

Nafas panjang dihela. Muka tidak berperasaan ditayang. Tangan kiri di turunkan perlahan seiring dengan pegangan pada baju yang semakin melonggar lalu perlahan baju itu melorot jatuh ke bawah.

Plisstt!

Bunyi benda jatuh ke dalam bakul sampah yang berplastik. Kepala ditundukkan memandang ke dalam bakul sampah. PUTIH. YE PUTIH. Baju itu telah selamat masuk ke dalam bakul sampah. Bibir ditarik membentuk senyman.

Satu saat.

Dua saat.

Tiga saat.

Bibir kembali dicebikkan. Badan ditundukkan untuk mengambil baju itu semula. Huh. Entah kali yang keberapa dia mengeluh pada hari itu. Baju di dalam pegangan itu di tatap lama.

"Haih, kena basuh la nampaknya" dia mengeluh perlahan. Mengeluh lagi.

Baju itu dimasukkan semula ke dalam bakul baju kotor. Suis lampu dituju lalu ditekan.

Plak!

Gelap gelita bilik itu. Katil di tuju lalu badan di baringkan. Comforter di tarik sehingga dada lalu mata dipejamkan rapat. Akhirnya, dia tertidur dengan lenanya tanpa memikirkan lagi perihal baju itu.

TERUBAHNYA TAKDIRKU ( H I A T U S ) Where stories live. Discover now