33

15 0 0
                                    

Suasana menjadi kaku dan kekok. Hayyan terdiam apabila melihat wajah itu basah dengan airmata. Hayyan kembali ke dunia nyata apabila tubuhnya diterjah oleh pelukan Hasha.

‘Kenapa kau nangis? Apa yang membuatkan kau nangis macam ni sekali?’

“Shuuu, kenapa ni? Kenapa kau kat sini malam malam ni? Apa yang jadi sebenarnya? Bagitahu aku” pujuk Hayyan lembut. Tangannya naik mengusap rambut serabai Hasha. Hasha hanya menghamburkan tangisannya di dada Hayyan.

Hayyan cuba untuk menarik Hasha bagi membolehkan dia untuk melihat muka gadis itu namun Hasha mengeratkan pelukannya. Hayyan menjadi buntu untuk membuat sesuatu. Setelah hampir lima minit mereka berkeadaan begitu, akhirnya Hayyan mula bersuara.

“Dah jom. Aku hantar kau balik” ajak Hayyan. Hasha hanya menganggukkan kepalanya. Dia memimpin Hasha untuk berpindah ke tempat duduk penumpang di sebelah.

“Tunggu sini kejap. Aku nak pergi ambil barang aku dalam kereta sekejap” ucap Hayyan setelah memastikan Hasha berada dalam keadaan selesa. Setelah mendapat respon daripada Hasha, Hayyan terus berlari ke arah keretanya. Telefon dan dompetnya diambil. Sempat dia menghantar pesanan kepada Melvin untuk mengambil keretanya di situ. Dia kembali ke kereta Hasha semula dan menunggu Melvin untuk tiba.

Sementara menunggu ketibaan Melvin, Hayyan kembali memujuk Hasha yang masih tersedu sedu dengan tangisnya disebelah.

“Shuu, tak nak lah nangis nangis ni. Stop okay? Mata kau dah bengkak dah ni. Muka pun dah merah” pujuk Hayyan sambil membelai rambut Hasha. Hasha hanya diam melayan sendunya. Tangan Hayyan naik mengelap muka Hasha yang sememeh disebabkan air mata menggunakan tangannya. Dia langsung tidak kisah sekiranya hingus Hasha terlekat pada tangannya. Tambahan pula, bajunya sudah basah di bahagian dada terkena airmata sewaktu Hasha memeluknya pada awal tadi.

10 minit kemudian barulah Melvin tiba bersama drivernya. Hayyan menyerahkan kunci keretanya kepada Melvin untuk dipandu. Hayyan memulakan pemanduannya untuk menghantar Hasha pulang dengan diikuti oleh Melvin yang memandu keretanya.

Hayyan menoleh ke kiri apabila sudah tidak mendengar bunyi sedu sedan lagi. Tersenyum dia apabila melihat Hasha yang sudah tertidur akibat penat menangis. Hayyan hanya menyambung pemanduannya sambil tersenyum. Namun jauh dalam fikirannya, dia tertanya tanya kenapa Hasha menangis sebegitu sekali. Apa yang telah terjadi sebenarnya.

HAYYAN membelokkan kereta Hasha yang dipandunya memasuki kawasan rumah gadis itu. Dia memarkirkan kereta di bawah garaj. Dia mematikan enjin lalu dia keluar dari kereta dan mendapatkan Hasha yang masih lagi nyenyak di tempat duduk penumpang. Perlahan Hayyan mengendong tubuh Hasha supaya dia tidak tersedar dari lenanya. Dia menapak ke pintu utama dengan berhati hati dengan diperhatikan oleh kedua ibu bapa Hasha. Amirul dan Shafira hanya memerhati setiap perlakuan Hayyan dari hadapan pintu utama. 

Sampai dihadapan Amirul dan Shafira, Hayyan senyum dan menunduk hormat sebelum menegur mereka.

“Uncle, auntie”

Tepat pada waktu itu, Melvin membelok masuk dengan memandu kereta Hayyan dan berhenti berhampiran mereka di pintu utama.

“Ehh, meh lah masuk hantar Sha kat bilik dia dulu. Tercegat depan pintu pulak. Kesian kamu dukung Sha ni dari tadi” pelawa Amirul. Dia kemudiannya menyuruh Shafira  untuk menunjukkan bilik Hasha kepada Hayyan.

Melvin yang melihat Hayyan yang masuk ke dalam rumah mula mematikan enjin kereta lalu turun daripada kereta untuk berjumpa dengan Amirul. Amirul menunggu sahaja kelibat Melvin yang sedang melangkah kearahnya dan menjemputnya masuk terlebih dahulu.

Mereka duduk bersembang di ruang tamu. Beberapa minit kemudian, Hayyan melangkah turun dengan diikuti oleh Shafira. Melvin bingkas bangun dari duduknya apabila kelibat Hayyan dan Shafira muncul di ruang tamu.

TERUBAHNYA TAKDIRKU ( H I A T U S ) Where stories live. Discover now