26

30 3 0
                                    

lanje sikitlah sempena new year ni








TUK! TUK!

Jari telunjuknya mengetuk meja PAnya.

“Eh bos. Selamat pagi” sapa Luna ceria setelah mengetahui gerangan yang mengetuk mejanya adalah Hayyan.

“Harini awak takyah masuk kerja eh” selamba Hayyan memberitahu.

“Eh tapi kenapa?” soal Luna pelik. Mana taknya dah sejam setengah kot dia kerja tetiba takyah kerja pulak.

“Saya lupa sebenarnya. Saya baru ingat bila saya nampak awak. Sorry eh?”

“Aduu boss ni. Habistu sekarang ni macam mana? Saya dah masuk kerja dah ni. Saya nak kena buat apa ni?” soal Luna lagi.

“Ha bagus. Macam ni saya nak awak pergi balik sekarang tapi bukan balik rumah tau. Awak pergi pasar raya. Belikan barang dapur untuk mama saya. Saya lupa semalam waktu saya keluar” jelas Hayyan.

“Ish boss ni. Hujung minggu nanti kan boleh?” bantah Luna.

“Mana boleh. Nanti tengah hari mama saya nak masak apa? Ha alang alang tu nanti awak teman la mama saya lepas hantar barang dapur tu nanti. Awak ingat mama saya tu ada kawan bersembang ke kat rumah tu?”

“Ha tu pasal boss kena kahwin cepat” laju ayat itu terpacul dari ulas bibir Luna.

“Ish kahwin tu nanti nanti pun boleh. sekarang ni awak pergi beli barang dapur untuk mama saya. Pastu teman mama saya sekali. Tak kesah lah dia suruh ke tak ke awak teman je dia” gesa Hayyan lagi.

“Ish ye lah saya pergi. Betul ni tak menyesal halau saya?” soal Luna sambil menghalakan jari telunjuknya di hadapan muka Hayyan.

“Ye betul. Ni awak datang kerja naik apa tadi?” soal Hayyan

“Saya drive sendiri. Kenapa?”

Hayyan mengeluarkan walletnya dari kocek seluar. Beberapa not RM100 dikeluarkan.

“Ni RM500 cukup tak? Untuk barang dapur dengan duit minyak?” di hulurkan 5 keping not RM100 kepada Luna.

“Tak cukup. Nah awak ambil la ni lagi RM500” ditambah lagi 5 keping not rm100.

“Tapi boss ni banyak ni” bantah Luna.

“Ala tak banyak pun tu. Cukuplah tu untuk barang dapur dengan duit minyak awak. Kalau tak cukup bagitau saya nanti saya transfer”

“Eh tak pe boss lebih dari cukup dah ni” halang Luna. Dia fikir aku nak beli lobster sekali ke sampai bagi RM1000 ni.

“Takpelah kalau awak cakap macam tu. Awak guna je duit tu tau. Sampai takde baki pun takpe” arah Hayyan lagi.

“Ha ye lah” akur Luna.

“Esok masuk kerja bagi saya resit eh” pinta Hayyan.

“Ha kenapa pulak boss?” soal Luna pelik. Ehh peliklah perangai boss dia harini.

“Senang saya nak update data kat LHDN nanti” jelas Hayyan.

“Okay boss. Kalau tak de pape lagi saya pergi dulu ye” pasrah habis dah si Luna ni.

Hayyan hanya mengangguk. Matanya memandang Luna berlalu. Baru beberapa langkah Luna berlalu. Dia kembali memanggil gadis itu.

“Luna!”

“Ye boss” sahut Luna. Dia berpaling menghadap Hayyan yang masih berdiri dihadapan mejanya.

“Nanti bagitau kat receptionist yang saya tak nak diganggu. Kalau ada yang nak jumpa saya jugak, minta diorang inform saya dulu baru boleh benarkan masuk itupun dengan kebenaran saya” arah Hayyan tegas.

“Baik boss” jawab Luna sebelum dia menghilangkan diri ke dalam perut lif.

Hayyan pula berlalu masuk ke dalam biliknya setelah Luna masuk ke perut lif. Pintu ditutup rapat lalu dikunci rapi. So, no one can enter this room. Dia pergi ke meja kerjanya. kerusi ditarik lalu punggung dilabuhkan pada kerusi itu. Badannya bersandar selesa pada kerusi. Fikirannya melayang mengingatkan apa yang dilihatnya sebelum dia masuk ke office. Bibirnya tersenyum tatkala teringatkan raut wajah itu.

Dia tersedar dari lamunan apabila kakinya secara tidak sengaja terlanggar bakul sampah yang berada di bawah meja kerjanya. Dah satu hal nak kena kemas balik. Dia tunduk ke bawah meja untuk mengemas sampah kertas yang berterabur di atas lantai.

Sesudah itu, dia kembali membetulkan duduknya. Dia mula melakukan kerjanya dengan tenang tanpa gangguan.


PULANG sahaja ke rumah, jam sudah menunjukkan angka 3.30 petang. Segera dia membersihkan diri untuk menunaikan solat zohor yang sudah menghampiri penghujungnya. Selesai menunaikan solat zohor dia berteleku di atas tikar sejadah memandangkan masuk waktu asar semakin menghampiri. Berkumandang sahaja azan asar, segera dia mendirikan solat asar.

Selesai sahaja solat asar, dia turun ke bawah untuk mencari momnya. Kelihatan Puan Sri Shafira berada di dapur sedang menyediakan minum petang.

“Mom” tegurnya.

“Eh Sha” Shafira berpaling memandang anaknya sebelum kembali menyambung kerjanya.

“Mom dah solat belum ni? Takpelah tinggal je. Biar Sha je buat”

“Belum solat lagi. Tapi takpe ke ni Sha buat?” soal Shafira.

“Betul tak pe. Sha boleh buat” pelawanya lagi.

“Hm ye lah kalau macam tu” Shafira mengalah. Dia meninggalkan ruang dapur dan berlalu ke biliknya di tingkat atas untuk solat asar.

Hasha pula menyambung kerja Shafira sebentar tadi. Setelah selesai dia membawanya ke laman rumah. Memang kebiasaannya untuk mereka sekeluarga menikmati minum petang di laman rumah.

PADA malamnya, mereka menikmati makan malam bersama. Solat maghrib dan isyak turut didirikan secara berjemaah. Setelah itu, mereka sekeluarga duduk bersantai di ruang tamu menonton movie bersama. Sedang mereka asyik menonton, Hasha secara tiba-tiba bersuara.

“Dad, Sha nak cakap sikit boleh?”

“Hmm, apa dia?” soal Amirul santai.

“Memandangkan Sha balik sini pun dah masuk tiga bulan kan, Sha ingat Sha nak discuss dengan dad pasal kerja” jujur Hasha. Shafira hanya mendengar.

“Sha nak masuk kerja dengan dad ke?” soal Amirul.

“Eh tak. Bukan. Actually, Sha dah kerja. Dengan kawan Sha. Sha balik ni sebab kerja. Tapi dia bagi Sha stay sini” jujurnya Hasha lagi.

“Sha kerja apa? Kenapa tak bagitau? ” soal Shafira yang sedari tadi hanya mendengar.

“Mom dengan dad jangan risau sebab Sha tak buat kerja bukan bukan. Kawan Sha ada buka company interior design and architecture. Dia yang minta Sha balik sini sebab dia nak buka branch baru. Sha bukan tak nak bagitau tapi Sha tak tau nak bagitau macam mana” jelas Hasha panjang lebar.

Setelah tidak mendapat respon dari kedua ibubapanya, dia menyambung lagi percakapannya.

“So, sekarang ni Sha dah dapat dah bangunan untuk new branch tu. Boleh tak kalau Sha nak minta tolong company dad untuk buat renovation dekat bangunan tu?” soal Hasha.

“Hmm, kalau sekarang tak boleh tapi kalau nak sekarang mungkin kawan dad boleh tolong” jelas Amirul.

“Serious ke ni?”  soal Hasha tidak percaya.

“Ye, nanti Sha pergi je company dia. Tau I Corporation?” soal Amirul. Hasha hanya mengangguk. Siapa je yang tak kenal syarikat gergasi itu.

“Ha tu company dia. Nama dia Hazriq. Kenal kan?” soal Amirul lagi.

“Mestilah kenal. Siapa tak kenal Dato Sri Ahmad Hazriq kan dad?”

“Hmm banyak la kamu” malas Amirul mahu melayan. Ada la tu yang nak dijadijan bahan lawak.

TERUBAHNYA TAKDIRKU ( H I A T U S ) Where stories live. Discover now