01

379 10 0
                                    

“TOLONGLAH aku. Aku tak tau nak buat macam mana lagi untuk selamatkan syarikat aku ni. Aku sanggup buat apa saja untuk  kau asalkan kau boleh tolong selamatkan syarikat dan business aku ni.” Rayu Amirul atau lebih tepat lagi Tan Sri Amirul bin Tan Sri Muhammad Adam.

“Aku boleh je nak tolong kau. Tak ada masalah bagi aku untuk tolong kau. Tapi sebagai balasannya aku tak minta banyak. Satu je aku minta” kata seorang lelaki yang merupakan seorang ahli korporat terkemuka di Malaysia itu. Tak lain dan tidak bukan, Dato’ Seri Ahmad Hazriq bin Dato’ Badrul Ruzi.

“Apa yang kau nak minta? Aku sanggup usahakan untuk bagi pada kau” kata amirul.

“Aku nak anak kau boleh?” Hazriq bertanya.

“Anak aku? Kau nak buat apa dengan anak aku tu?” Amirul bertanya musykil.

“Permintaan aku mudah je Mirul. Bagi anak kau kat aku. Tu je”

“Aku boleh turutkan permintaan kau selain dari serahkan anak aku kat kau” Amirul masih bertegas.

“Kau juga yang kata tadi kau sanggup buat apa saja asalkan aku tolong kau” Hazriq bersuara .

“Tapi kenapa mesti anak aku? Takde yang lain ke?” pelik Amirul bertanya.

“Macam nilah. Aku bagi kau dua pilihan. Kau nak serahkan anak kau kat aku dan aku tolong business kau atau kau tak dapat nak selamatkan syarikat dan business kau” Hazriq memberikan pilihannya kepada Amirul.

“Kalau macam tu. Baiklah. Aku akan serahkan anak aku pada kau” Amirul memberi kata putus setelah berdiam beberapa saat .

“Abang!?” terkejut Shafira mendengar. Dia baru sampai bersama Liyana, isteri Hazriq. Tidak menyangka yang suaminya akan buat keputusan seperti itu. Tempat disisi suaminya diambil. Terkejut kedua lelaki itu.

“Saya tak setuju,bang!” pangkah Shafira mengenai keputusan suaminya itu.

“Janganlah macam ni. Ini semua demi masa depan anak kita” pujuk Amirul.

“Masa depan apanya, bang?” Shafira bertanya.

“Cuba awak fikir macam mana anak kita tu nanti nak teruskan hidup dia kalau business kita tak stabil. Saya tak sanggup nak beri syarikat tu pada dia dalam keadaan yang macam tu” Amirul memujuk lagi isterinya itu.

“Apa jaminan abang yang hidup dia takkan susah kalau kita serahkan dia pada Hazriq” Shafira bertanya lagi. Selagi hati ini belum puas selagi itu dia akan tetap bertanya.

“Aku akan pastikan segalanya dalam keadaan yang baik. Lagipun ada sebab kenapa aku minta anak korang sebagai balasan kepada pertolongan aku ni” jelas Hazriq.

“Apa maksud abang? Ada apa-apa yang saya tak tau ke?” Liyana bertanya setelah lama mendiamkan diri. Dia memang sedia maklum mengenai pertolongan yang bakal diberikan suaminya kepada sahabat mereka itu.

“Saya akan kahwinkan anak kita dengan anak mereka” Hazriq membuka mulut mengenai perancangannya yang satu itu.

“Kenapa abang tak bagitau saya dulu mengenai hal ni?” Liyana bertanya tidak berpuas hati.

“Saya yakin kalau saya bagitau awak awal-awal, awak takkan setuju” jelas Hazriq.

“ Kalau itu kata kau kami setuju je” kata Amirul memutuskan keputusan.

“Baiklah aku akan tolong kau” putus Hazriq. Lega Amirul dan Shafira mendengarnya.

“Tapi ada syaratnya” sambung Hazriq setelah diam beberapa saat.

“Apa syaratnya?” Shafira bertanya.

“Aku nak korang pergi pada hari pernikahan tu nanti. Jangan berjumpa atau berhubung dengan anak korang atau sesiapa sahaja yang berkaitan dengan keluarga korang selagi semuanya belum selesai” Hazriq menerangkan syaratnya.

“Tapi kenapa?” Shafira membantah syarat itu. Amirul hanya mendiamkan diri.

“Aku pasti yang korang tak nak anak korang tahu pasal ni. Biar perkara ni kekal sebagai rahsia antara kita berempat” jelas Hazriq lagi.

“Kami turutkan sahaja” Amirul bersetuju.

SEORANG gadis yang tinggi lampai melangkahkan kakinya di balai ketibaan lapangan terbang itu sambil menolak troli bagasi. Setelah melalui perjalanan lebih 7 jam akhirnya dia sampai juga di Malaysia . Lenguh segala sendi ni. Tak sabar rasanya nak jumpa mom and dad. 7 tahun kot tak jumpa, gila kau tak rindu. Tu lah siapa suruh kau pergi sambung belajar nun jauh di Jepun . Padan muka!

Gadis itu menahan teksi untuk pulang ke rumah. Sementara menunggu pemandu teksi itu memasukkan bagasi-bagasinya ke dalam bonet, dia menunggu pemandu itu di dalam teksi. RUMAH KAU TUNGGU AKU SAMPAI ! Setelah 30 minit perjalanan akhirnya sampai juga di rumah. Setelah mengeluarkan bagasi dari bonet dan membayar teksi, Gadis itu masih berdiri di hadapan pagar rumah. Rindu nya pada semua penghuni rumah ni.
Dia membuka pagar dan menarik bagasi-bagasi miliknya masuk kedalam. Pintu utama dihampiri. Dia melihat ke garaj, kereta dad tak ada. Ini bermaksud mom and dad tak ada kat rumah. Patutlah sunyi je. Pintu utama  di buka menggunakan kunci pendua lalu kakinya melangkah masuk bersama bagasi-bagasinya.

Setelah menutup dan mengunci kembali pintu utama,dia berlalu ke biliknya di tingkat atas bersama bagasinya. Setelah mengemas apa yang patut, membersihkan diri dan mengisi perut, dia merebahkan badannya di atas katil empuknya yang sudah ditinggalkan 7 tahun lamanya. Perlahan dia mulai terlelap.

“ABANG, kasut siapa pulak ni?” Shafira bertanya kepada suaminya. Jari telunjuknya menujuk ke arah sepasang kasut tumit setinggi 4 inchi yang berwarna hitam yang berada dihadapan pintu utama.

“Entahlah. Saya tak pernah nampak pulak kasut macam ni sebelum ni” Amirul membalas. 

“Mungkin kasut Elyn kot” Amirul berkata.

“Bukanlah bang. Elyn tak pakai kasut macam ni. Lagipun Elyn hanya datang tiga kali seminggu je. Abang lupa ke? Lagipun dia baru datang semalam” Shafira memberitahu suaminya mengenai pembantu rumah muda mereka.

“Ouh ye saya lupa Elyn baru datang semalam” sungguh dia terlupa akan hal itu.

“Mari lah masuk. Nak tercegat apa lagi kat depan ni? “ Amirul mengajak isterinya sambil membuka kunci pintu utama.

Mereka melangkah masuk tetapi tiada sesiapa pun diruang tamu. Suasana juga sepi. Mereka suami isteri baru pulang dari perbincangan bersama Hazriq dan Liyana mengenai business mereka yang mengalami masalah besar itu. Tiba-tiba terdengar bunyi derap kaki dari arah anak tangga. Mereka suami isteri berpandangan sebelum memandang ke arah tangga.

“Mom ! Dad ! Sha rindu!” jerit Hasha sambil berlari anak mendapatkan kedua ibubapanya itu. Kedua tubuh itu didakap erat. Amirul dan Shafira sungguh terkejut melihat kepulangan anak mereka. Sungguh mereka tidak menjangka yang anak mereka pulang pada hari itu.

“Sha, bila sampai? Kenapa tak bagitahu kalau tak mom dengan dad boleh jemput kat airport” Shafira bertanya kepada anaknya.

“Takpe la mom. Sha boleh balik sendiri lagipun bukannya jauh pun. 7 tahun Sha kat jepun okay je hidup sendiri” Hasha membela diri.

“Ni kamu balik berapa lama?” Amirul bertanya.

“Apa dad ni. Macam tak suka je Sha balik ni. Sha balik terus okay. Tak de dah balik jepun balik. Lagipun Sha ingat Sha nak duduk kat sini je terus. Tak nak pergi mana-mana dah” Hasha menjelaskan niatnya.

“Bagus lah kalau macam tu” Shafira berkata.

“Memandangkan Sha tak de apa-apa perancangan lagi buat masa ni, Sha ingat Sha nak jumpa kawan-kawan la dulu. Lepas rindu kat mom and dad. Lepastu baru Sha fikir pasal kerja” Sha menerangkan perancangannya pulang ke Malaysia.

TERUBAHNYA TAKDIRKU ( H I A T U S ) Where stories live. Discover now