15

96 6 0
                                    

SELESAI mengemaskan rambutnya, tali leher berwarna hitam miliknya dicapai dari dalam almari. Setelah mencapai barangan peribadinya, langkah diatur untuk kembali ke tingkat bawah.

“Pa! Yan letak tie kat sini” maklumnya sambil memandang ke arah ruang makan. La muka kodok tu ada lagi. Tak malu betul datang makan rumah orang pagi-pagi.

“Eh, kamu nak ke mana tu?” soal Liyana apabila terperasankan anaknya yang seakan mahu keluar itu.

“Nak pergi cari bini la. Kan papa dengan mama juga yang suruh yang cari” jawabnya selamba.

“Meh la sini makan dulu” ajak Liyana.

Mahu atau tidak, kaki tetap juga melangkah menjauhi kerusi yang berdekatan pintu yang terdapat briefcase papanya. Ruang makan di tuju.

“Takpelah ma. Yan makan kat luar je” jawab Hayyan setelah berdiri di sisi kerusi mamanya. Dia berdiri di antara mama dan papanya. Matanya bergerak memerhati pergerakan tangan papanya yang sedang menyudu nasi goreng di dalam sudu. Tangannya bergerak mencapai sekeping roti telur yang berada di dalam pinggan. Badan ditundukkan sedikit sebelum. Ngap! Yes! Berjaya. Pipi mamanya dicium sekilas sebelum melarikan diri dari ruang makan itu.

Hazriq terkebil-kebil melihat nasi goreng di atas sudunya sudah tiada. Ke manakah perginya nasi goreng itu.

“Thank you pa! bye ma! Love you!” jerit Hayyan dari hadapan pintu dengan mulut yang menggigit roti telur.

“Bertuah punya budak!”

KERETA di parking pada petak yang kosong. Setelah itu, kaki mula mengorak langkah memasuki kedai yang berwarna merah, hitam dan kuning itu. Awal pagi begini pun sudah ramai orang. Nasib masih ada meja yang kosong dan di kaunter pun hanya terdapat beberapa orang sahaja. Langkah dibawa ke arah kaunter untuk beratur di belakang seseorang yang berhoodie. Dari rupanya seperti seorang perempuan.

Telefon bimbit dikeluarkan daripada poket seluar. Media sosialnya dilayari sementara menunggu gilirannya. Hampir 10 minit berlalu, kini tibalah giliran manusia dihadapannya. Mata masih ralit merenung skrin telefon bimbit miliknya. Apabila merasakan pergerakan dari orang dihadapannya, dia terus membuka satu langkah kehadapan sebelum

Klang!

Ting!

Bunyi tray dan lantai menejah gegendang telinganya. Serentak itu, akibat refleksnya yang pantas, tangan manusia yang dilanggarnya itu dicapai bagi mengelakkan daripada terjatuh. Cukup sekadar makanannya sahaja yang jatuh dan bukan orangnya.

Berkerut dahinya melihat muka manusia yang dilanggarnya itu. Seorang gadis dengan rambut yang di sanggul gaya messy bun. Muka kelihatan sedikit pucat. Di dahi terlekat cool fever. Apa jadahnya pakai cool fever pagi-pagi ni? Ehhh, kejap! Kenapa macam pernah nampak ehh muka ni? Tapi kat mana? Seketika fikirannya melayang mengingati peristiwa dihadapan Starbucks beberapa hari yang lalu. Senyuman kecilnya menunjukkan diri.

“Awak”

“Awak”

“Awak!”

“Ouh ha ye?” jawab Hayyan dengan mata yang terkebil-kebil.

“Awak okay tak”

“Ha okay je. Kenapa?”

“Takdelah, awak tu ha. Memang tak nak lepas tangan saya ni ke?” selamba Hasha menyoal.

“Ouh ha sorry” jawab Hayyan gelabah sambil melepaskan pegangannya pada tangan Hasha. Seketika pandangannya terarah pada makanan Hasha yang sudah tumpah di atas lantai. Lantas tangannya menarik Hasha ke arah sebuah meja kosong yang berhampiran kaunter.

TERUBAHNYA TAKDIRKU ( H I A T U S ) Where stories live. Discover now