13

91 6 0
                                    

DAUN pintu dikuak dari luar selepas diketuk dua kali. Kelihatan satu figura sedang enamk diulit mimpi diatas katil. Pada bila-bila masa sahaja dia boleh jatuh tergolek daripada katil ataupun mungkin bom atom meletup juga dia tidak sedar. Gerangan yang masuk ke dalam bilik mendekati katil sebelum duduk dibirai katil. Tangannya naik mengusap kepala anak tunggalnya sedang lena.

"Yan" panggilnya perlahan. Cuba mengejutkan anaknya dari lena.

Hayyan hanya bergerak sedikit sebelum matanya dibuka perlahan. Kelibat dihadapannya di pandang seketika sebelum matanya kembali ditutup.

"Yan" panggil gerangan itu lagi.

"Hmm"

"Bangunlah. Mama nak cakap sikit ni"

"Apa dia ma? Yan dengar"

"Mama dengan papa nak keluar kejap lagi. Ada dinner dengan kawan papa. Yan okay je kan sorang kat rumah?"

"Kat apartment pun yang tinggal sorang, ma"

"Tulah mama suruh kahwin supaya ada peneman kat apartment tu"

"Hmm"

"Dah bangun, mandi. Kat dapur tu mama dah masakkan bubir nasi dengan sup ayam. Kangkung goreng dengan bilis goreng pun ada. Sambal kicap mama letak dalam peti."

"Okay ma. Thanks"

"Dah mama keluar dulu"

"Jangan lupa mandi! Busuk anak mama nanti takde siapa nak!" laung Liyana dari muka pintu sebelum pintu itu ditutup dari luar.

"Takpelah ma kalau takde siapa yang nak. Hidup macam ni pun seronok je" kata Hayyan sendirian sambil bangun dari katil dan mencapai tuala. Bilik air dituju.



"SO sekarang ni, what's the plan?" soal lelaki separuh baya itu kepada tiga orang lagi manusia yang duduk semeja dengannya. Dua wanita yang anggun dan seorang lelaki yang tampak masih bergaya walaupun sudah berusia.

"Baru sebulan dia balik. Takkan nak buat dalam masa terdekat ni?" jawab lelaki yang bergaya itu.

"Takkan kita nak buat tergesa-gesa? Tak bertahan lama la plan kita kalau macam ni" sahut wanita yang memakai blouse berwarna dusty mint. Gayanya seperti datin-datin akan tetapi masih terserlah sifat rendah dirinya.

"Kalau nak plan ni bertahan lama, kita kena plan betul-betul. Ambil masa barulah diorang berdua tak syak yang bukan-bukan" wanita yang kedua pula menyatakan pendapatnya dan di sokong oleh yang lain.

"Kalau macam tu kita kena pastikan yang diorang tak kenal each other barulah nampak perkara ni exactly macam aturan keluarga" cadang Liyana. Wanita yang berbaju blouse dusty mint.

"Aku tak rasa yang diorang ingat each other" kata Amirul pula.

"Kenapa pula abang cakap macam tu?" soal Shafira.

"Macam mana diorang nak kenal each other lepas apa yang dah jadi dulu. Dengan keadaan anak kita yang macam tu lepas kejadian tu. Tak mustahil kalau diorang tak kenal sesama sendiri dah sekarang ni" perjelas Amirul.

"Si Hayyan tu pun macam tu lah. Mungkin dia tak ingat Hasha juga. Tapi ada yang pelik dengan Hayyan semalam" maklum Liyana pula.

"Apa yang peliknya? Saya tengok macam biasa je. Takde apa yang pelik pun" pelik Hazriq dengan kenyataan isterinya itu.

"Dia mana ada nak balik rumah kita. Kalau disuruh pun banyak je bunyi dia. Ni dah dua hari balik rumah kita. Semalam dia jalan dalam hujan, kalau tak dia lah yang paling mengelak nak kena hujan. Kalau dia demam pun sebelum-sebelum ni mana ada nak balik rumah kita. Dia lebih suka duduk kat apartment dia tu" luah Liyana.

TERUBAHNYA TAKDIRKU ( H I A T U S ) Where stories live. Discover now