18

56 6 2
                                    

hai everyone, i'm sorry for publish this chapter late. since this is the first week i in university, so i forget to publish yesterday. lastly, i hope you guys enjoy this chapter

lots of love,
lyn








HASHA yang sedang bergolek-golek di atas katilnya itu tiba-tiba sahaja duduk secara mengejut.

“Kenapa aku rasa macam ada orang perhatikan aku eh tadi? Tapi siapa? Ke firasat aku je eh?”

Tiba-tiba pandangannya terhala pasa bungkusan happy meals yang terletak di atas meja soleknya. Kaki diturunkan daripada katil sebelum dia bangun dan melangkah ke arah meja soleknya. Bungkusan merah kuning itu dipandang dengan penuh persoalan.
Bangku meja solek ditarik sedikit sebelum diduduki. Perlahan tangan menarik bungkusan itu merapat. Bungkusan itu dibuka berhati-hati sebelum isi dalamnya diintai.

‘Ehh chicken burger set lah’ bersinar-sinar mata Hasha melihat antara menu kegemarannya di McD berada di hadapan mata.

‘Tapi macam mana dia tau yang aku suka makan ni? Ke dia main order je? Ah lantaklah!’

Fries diambil lalu disuapkan ke dalam mulutnya. Fuhh nikmatnya memang tidak boleh didustakan walaupun dah sejuk. Ehehe.

Setelah fries habis dimakannya, laju sahaja tangannya mencapai burger. Paket sos dibuka dan dituangkan ke atas daging burger. Selepas itu, burger itu terus dibawa ke mulutnya. Terhayun-hayun kakinya saat burger itu berada di dalam mulutnya. Ahhhhh sedapnya. Setelah selesai menikmati happy mealsnya dan membuang sampah , Hasha mula berlalu untuk membersihkan diri.
Keluar sahaja dia daripada bilik air, kendengaran pintu biliknya diketuk dari luar.

“Siapa?!” laungnya dari dalam bilik sambil berjalan ke arah wardrobenya.

“Sha!” panggil orang di luar.

“Ye mom!” sahut Hasha sambil tangannya ligat mencari baju.

“Jom makan tengah hari!” ajak Shafira.

“Okay! Kejap lagi Sha turun!” sahutnya lagi. Setelah tidak mendengar apa-apa bunyi lagi dari depan pintu biliknya, dia segera menyarung pakaiannya.

Tiba sahaja di ruang makan, kelihatan dad nya turut serta di meja makan. Duduk dilabuhkan dihadapan mom nya.

“Wow ada sotong goreng tepung, sambal udang petai. Siap ada ulam dengan sambal belacan lagi” ujar Hasha teruja.

“Ingat jangan usik sambal udang dengan sambal belacan tu” pesan Amirul.

“Ye dad. Sha ingat. Ehh singgang ika aya pun ada” makin teruja la makcik ni nak makan.

“Iye. Mom masakkan khas untuk Sha” tutur Shafira pula.

“Budu takde ke mom?” soal Hasha pula. Hek mana nak sedapnya kalau makan ikan singgang takde budu. Rasa macam tak cukup rencah nak nak lagi kalau budu perah limau pastu penyet lada. Pergh rasa dia.

“Ada. Sekejap mom ambilkan” Shafira mula bangun dari duduknya.

“Perah limau dengan penyet lada sekali tau mom” sempat Hasha berpesan kepada Shafira.

Saat kelibat mom nya sudah hilang disebalik dinding dapur, pandangan dialihkan ke arah dad nya.

“Dad” panggilnya perlahan.

“Hmm” gumam Amirul perlahan. Matanya kekal menatap sambal udang petai itu.

“Ada apa apa yang Sha tak tau ke?” soal Hasha tiba-tiba.

“Hmm, mana ada. Takde” tenang Amirul menjawab. Pandangan masih tidak beralih daripada sambal udang. Mana pula isterinya ni. Lama betul. Ambil budu je pun. Kenapa lama sangat? Lapar do’oh dah ni

TERUBAHNYA TAKDIRKU ( H I A T U S ) Where stories live. Discover now