22

56 2 2
                                    

“NDUT , ndut, ndut, si gendut” nyanyi Arez sebaik sahaja punggungnya menyentuh permukaan kerusi di sebelah Hayyan. Jarinya bergerak menunjuk seorang demi seorang yang duduk di semeja dengannya kecuali Hayyan. Setelah itu dia terus mengangkat tangannya untuk memanggil pelayan.

Order dibuat kepada pelayan yang di panggil. Mata melilau melihat ke arah kawan-kawannya itu. Semua kelihatan normal kecuali seseorang. Setelah pelayan yang mengambil order itu berlalu, dia terus menyambung nyanyiannya semula.

“Anak paling nakal” jarinya naik menunding ke arah Hayyan yang berada disebelahnya.

“Kalau di rumah, kerjanya hanya makan” jarinya bergerak ke arah Melvin yang berada di sebalah kanan Hayyan. Orang yang di tunjuk hanya menaikkan sebelah keningnya sebagai reaksi.

‘Sejak bila pulak kerja aku kat rumah asyik makan je ni? Bukan kau ke yang asyik makan tu?’

“Tu bukan kau ke, Rez?” soal Dayyan pelik.

“Bila sekolah, bandelnya minta ampun” dia menyambung tanpa menghiraukan soalan daripada Dayyan. Mukanya direaksikan seakan meminta simpati.

“Sehingga teman jadi takut berkawan” kedua tangannya dibuat kaya seakan orang yang sedang menggigil ketakutan.

“DIAM DANIYYAL AREZ” tutur Hayyan tanpa nada. Yang lain hanya mampu melihat. Arez pula hanya diam kaku tidak berkutik. Jarinya naik melukis bulatan pada permukaan meja dengan muncung itik dibibirnya.

Walaupun begitu, dalam diam Arez berfikir sebenarnya mengenai rakannya yang dirasakan kelihatan tidak normal daripada kebiasaannya. Dan orang itu adalah Hayyan. Ya, dia sengaja buat perangai begitu kerana mahu memastikan sesuatu. Dan perkara itu telah terjawab. Hayyan berada dalam keadaan tidak baik-baik.

Dia membetulkan duduknya dan berdehem sedikit untuk menarik perhatian yang lain. Dia memberikan isyarat mata kepada mereka yang lain mengenai Hayyan. Yang lain hanya menggeleng manakala Melvin hanya mengangkat bahu. Tanda mereka tidak tahu. Arez melepaskan nafas berat sebelum menoleh memandang Hayyan. Yang lain hanya diam memerhati.

“Yan” panggilnya. Tiada respon.

‘Apa yang ada dalam otak kau sebenarnya, Yan?’

“Yan” di memanggil lagi. Hayyan seakan tersentak tersedikit sebelum menoleh memandang Arez. Pandangan dihalakan semula merenung kembali skrin telefonnya.

“Siapa dia?” soal Arez senada. Hayyan menoleh semula memandang Arez.

“Kau nampak?” soal Hayyan seakan tidak percaya.

“Nampak apa?” soal Arez penuh sifat ingin tahu.

"Perempuan dekat kubur tadi" jawab Hayyan penasaran. Yang lain sudah berkerut dahi.

"Sebab tu ke kau suruh aku berhenti tadi?" soal Melvin tenang dengan kening terangkat sebelah. Hayyan hanya mengabaikan sahaja. Faham-faham sendirilah jawapannya apa.

Saat itu jugalah pelayan datang menghantar pesanan mereka. Setelah selesai dengan urusan pesanan mereka dan pelayan itu telah berlalu, Arez menoleh kembali memandang Hayyan. Hayyan yang sedari tadi tidak mengalihkan padangannya daripada Arez. Dia setia menanti jawapan daripada Arez.

“Tak. Aku tak nampak pun” jeda.

“Tapi aku tau dia yang kau fikirkan sekarang ni” sunyi.

“Yan, aku tak tau siapa dia tapi yang aku tau kau hilang arah bila fikir pasal dia” sepi. Tiada seorang pun yang bersuara. Masing-masing senyap menanti sambungan kata dari Arez.

“Kau cuma hilang arah bila hal ni melibatkan ‘dia’ dan dia. Even permintaan uncle dengan aunty untuk kau kahwin pun tak mampu buat kau jadi macam ni” Hayyan tertunduk mendengar pernyataan yang keluar dari mulut Arez. Tak dinafikan, Arez memang bijak dalam membaca psikologi sesorang. Biasalah doktorkan. Mustahil untuk tak belajar psikologi.

TERUBAHNYA TAKDIRKU ( H I A T U S ) Where stories live. Discover now