04

200 8 0
                                    

“Sorry, bos. Traffic jam” kata Luna kepada bosnya itu. Risau di marah. Mana taknya, sekarang dah jam 3.10 petang. Siapa saja tidak takut dengan kemarahan Hayyan Idham itu. Silap-silap kau yang dilemparnya keluar bangunan.

Hayyan hanya menganggukkan kepala sahaja.

“Bos. Wakil syarikat Razlan Architecture tu dah sampai ke? Kenapa ada bos sorang je?” tanya Luna.

“Ouh, maaf. Saya lambat. Tadi saya pergi jumpa bos saya. Tak sangka pulak jalan nak ke sini sesak. Maaf lagi sekali” mohon wanita itu.

“Tak mengapa lagipun saya baru je sampai” balas Hayyan. Membulat mata Luna mendengarnya. Cis! Penat aku berkejar ke sini rupanya dia pun baru sampai.

“Baiklah. Mari kita mulakan perbincangan. Oh ya sebelum tu, saya Fiona. Wakil daripada Razlan Architecture” Fiona memperkenalkan diri.

“Saya Luna PA kepada Encik Hayyan. Kami dari syarikat I Corporation” Luna memperkenalkan dirinya dan Hayyan.

“Mari kita ke topik asal” kata Fiona.

“Fiona” panggil Hayyan.

“Ya, Encik Hayyan. Ada apa?” Fiona membalas sambil memandang ke arah Hayyan.

“Bos awak tak datang sekali ke? Sebab tadi awak kata awak pergi jumpa bos awak sebelum ke sini” Hayyan bertanya.

“Ouh, memang saya pergi jumpa Encik Razlan tadi. Sepatutnya meeting hari ni Encik Razlan turut serta tapi tadi waktu saya jumpa tiba-tiba je dia kata dia ada hal yang perlu diuruskan. “ jelas Fiona.

“Baiklah. Terus ke tujuan asal” arah Hayyan.



“ARGHH!!! Leganya” kata Hasha. Bagus. Hilang tekanan aku.

“Babe, kau tak terfikir nak kerja ke?” tanya Janna.

“Kerja? Nanti la aku fikir. Aku nak rest dulu puas-puas. Penat duduk kat sana 7 tahun” balas Hasha.

“Yela babe. Kau buat apa je kat sana sampai 7 tahun?” tanya Fatin pula.

“Aku belajar la pastu aku adalah buat kerja sambilan sikit. Saja kumpul duit. Takkanlah selamanya nak bergantung dengan duit mom dengan dad je kan” jelas Hasha sambil membelek telefonnya.

“Babe, aku tau la kau ni jenis yang baik hati. Kau ingat aku tak tau ke yang kau tu pergi sedekah kat rumah anak yatim guna duit yang dad kau bagi kan” kata Danisya pula.

“Ha tau pun” balas Hasha pula.


“BAIKLAH, saya harap projek ni berjalan dengan jayanya seperti yang diharapkan” kata Hayyan mengakhiri meeting pada petang itu.

“Baiklah Encik Hayyan, saya minta diri dulu lagipun dah lewat ni. Terima kasih di atas kesudian dan kerjasama yang diberikan untuk projek ini” pamit Fiona setelah siap mengemas segala dokumen yang dibawanya.

“Luna” panggil Hayyan setelah Fiona berlalu pergi.

“Yes,bos” sahut Luna.

“Awak balik sendiri boleh?” tanya Hayyan.

“Tak pe bos. Tunang saya ambil” Luna memberitahu.

“Bos. Saya balik dulu. Tunang saya dah sampai” beritahu Luna sesudah dia mengemas segala dokumen.

Hayyan hanya mengangguk sebagai balasan. Jam ditangan dikerling. Sudah menghampiri jam 6 petang. Jalan tak usah ditanya. Sudah tentu la jammed. Kunci kereta dan telefon bimbit di atas meja dicapai dan berlalu pergi meninggalkan private café itu. Parking kereta dituju sebelum matanya menangkap kelibat seseorang yang dikenalinya. Senyuman sinis menghiasi wajah sebelum meneruskan langkah manuju ke kawasan keretanya terletak.

Punat kereta ditekan. Pintu dibuka lalu memboloskan diri ke dalam. Pintu kereta ditutup dan enjin kereta dihidupkan. Lock kereta ditekan lalu tali pinggang ditarik.

Click.

Bunyi tali pinggang dipasang. Handbreak ditarik sebelum menukar gear. Pedal minyak ditekan lalu keretanya bergerak keluar dari kawasan parking. Keretanya melintasi kawasan terlihatnya orang yang dikenali. Kelihatan dua susuk tubuh yang berada di sisi jalan itu sedang berpelukan mesra. Matanya melirik ke arah dua susuk itu dengan pandangan menjengkelkan.

Huh! Sakit mata melihat adegan itu. Pedal minyak ditekan lalu keretanya memecut laju ke arah rumah mama dan papanya.


HASHA melangkah keluar dari kedai bakeri kegemarannya. Parking kereta dituju. Kaki berhenti melangkah di sisi jalan lalu mata bergerak ke kanan dan ke kiri sebelum meneruskan langkah ke arah keretanya. Sedang gembira dia berjalan ke arah keretanya hanya tinggal beberapa langkah sahaja lagi tiba-tiba, dia terlihat dua susuk tubuh yang sedang berpelukan selang beberapa buah kereta dari keretanya. Membulat matanya melihat suasana itu. GILA! SUNGGUH GILA! Langkah kaki dipercepatkan ke arah keretanya. Punat kereta ditekan lalu memboloskan dirinya ke dalam dengan cepat. Tidak sanggup rasanya melihat suasana itu. Enjin kereta dihidupkan.

“Gila ke apa berpeluk kat tepi jalan tu. Kalau ye pun nak berpeluk tu dalam kereta la. Apa ingat orang nak tengok ke? Takde sapa la nak rampas hak kau tu. Takde maruah ke apa” bebelnya sambil memakai tali pinggang dan sementara menunggu enjin kereta panas. Habis membebel, handbreak ditarik dan gear ditukar. Kereta dipandu pulang ke rumah setelah sebuah kereta melintas dihadapannya.



KAKI dilangkahkan ke dalam. Penat rasanya mencengkam tulang. Jam sudah menunjukkan jam 7.30 petang. Begitulah kehidupan harian di bandar. Setiap hari meredah jammed. Kebanyakkan masa terbuang hanya disebabkan oleh jammed sahaja. Pintu utama ditutup lalu dikunci. Hala tuju seterusnya adalah tangga untuk naik ke bilik di tingkat atas.

“Ha Hayyan. Lama tak balik ni tiba-tiba je balik, ada apa?” tanya Liyana kepada Hayyan.

Langkah kaki terhenti. Pandangan dihala ke arah datangnya suara.

“Ma. Hayyan ada meeting tadi. Nak balik kondo jauh. Tu yang balik sini tu. Lagipun malaslah ma nak hadap jammed. Ni pun tadi sejam lebih jugak la nak sampai sini” balas Hayyan.

“Papa mana ma? Tak nampak pun” tanya Hayyan setelah tidak nampak kelibat papanya itu.

“Ada kat atas. Kejap lagi turunlah tu. Ni kamu dah makan belum? Kalau belum jomlah makan sekali” pelawa Liyana.

“Boleh juga” balas Hayyan ringkas. Langkah diatur ke meja makan bersama Liyana.

Seusai makan Hayyan meminta diri untuk naik ke biliknya diatas. Sampai di bilik, tuala di capai lalu melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri. Selesai mandi, solat didirikan sebelum katil dituju. Badan direbahkan di atas katil. Lega. Mata dipejam untuk menenangkan fikiran.

Ting ting!

Mata yang dipejam kembali di buka. Siapa la yang call malam-malam ni. Kacau orang nak rehat je la. Tangan digerakkan juga mengambil telefon di meja kecil sisi katil. Nama pemanggil dilihat. Pirana. Nak apa perempuan ni malam-malam. Bukan petang tadi seronok ke berpelukan dengan jantan mana entah. Telefon di letakkan kembali ke tempat asal. Mata kembali dipejam.

Ting ting!

Perempuan ni la! Selagi tak jawab selagi tulah akan di callnya. Tak penat ke jari tu asyik tekan butang call. Butang hijau ditekan lalu telefon dilekapkan pada telinga.

“Bie, kata nak pergi dinner” Kirana berkata dengan gediknya.

“Penatlah” sepatah sahaja balasan Hayyan.

“Alah you ni kan bie. I tak kira. You kena datang ambil I sekarang juga. I dah lapar ni” rengek Kirana.

“Baru sampai rumah ni. Meeting petang tadi habis lambat” Hayyan berkata malas.

“You ni. You yang janji pagi tadi tau. Lepastu sekarang ni you cakap macam ni pulak” rajuk Kirana.

“Bagilah I nak rehat hari ni. Penat tau ke hulu ke hilir siang tadi” kata Hayyan lagi.

“You ni kan! Sebenarnya you ni sayang I ke tak?” tanya Kirana.

“Mestilah sayang” nak termuntah Hayyan menuturkan ayat itu.

“Jadi keluar dinner ke tak ni?” tanya Kirana lagi.

“Tak” sepatah Hayyan membalas.

“Apa you ni. You kata sayang I. Kenapa tak jadi pergi dinner pulak. Penat I bersiap tau” Kirana merengek.

“Apa masalah kau ni!? Aku cakap tak tu maknanya tak la! Apa yang kau tak faham lagi?! Aku penat tau tak kerja bukan macam kau tau nak habiskan duit bapak kau je!!” tengking Hayyan. Sudahla penat, nak berehat diganggu pula si ikan pirana. Apalah nasib.

“You ni! Sampai hati you tengking I. Sampai hati you cakap I macam tu” kata Kirana terasa hati.

Hayyan hanya memutuskan talian sahaja. Mahu dilayankan sampai esok belum tentu lagi habis. Nak merajuk, merajuklah. Tak kesah pun. Nanti-nanti okaylah tu. Tunggu sahaja dia datang cari di office.

TERUBAHNYA TAKDIRKU ( H I A T U S ) Where stories live. Discover now