10

198 9 4
                                    

BUKK!!

“Adoi” Wildan mengadu sakit kerana punggungnya terhentak dengan lantai kaki lima akibat dilanggar dari sisi. Impak perlanggaran yang kuat itu menyebabkan Wildan tidak dapat mengimbanginya badannya lalu jatuh terduduk.

“Maaf! Maaf! Saya tak sengaja” suara perempuan kedengaran meminta maaf.

Wildan mengalihkan padangannya ke arah orang yang melanggarnya itu. Seorang perempuan sedang mengungkapkan kata maaf sambil menghulurkan tangan untuk membantu Wildan kembali berdiri.

Ya di situ sudah mula kelihatan bibit-bibit cinta yang menunjukkan tanda-tanda untuk memekar semekar bunga di taman. Cukup segala keperluan cahaya, air dan mineralnya. KIH! KIH! KIH! Pendengarannya seakan-akan tuli. Masa seakan terhenti. Hilang sakit yang dirasainya.

“Awak. Awak. Hello. Anybody here?” kata perempuan itu sambil melambai tangannya di hadapan wajah Wildan yang sedang angan-angan mat jenin di petang hari.
Wildan merasakan seperti di awang-awangan. Suara perempuan itu kedengaran seperti sedang mengungkapkan kata cinta. Innalillah untuk Wildan saya katakan.

“Awak! Awak!! AWAK!!!!!!!” hilang dah kesabaran perempuan itu.

“Huh!” akhirnya Wildan sedar dari mimpi ngerinya. Hik hik hik.

“Awak dengar tak apa yang saya cakap?” soal perempuan itu.

“Awak cakap yang awak dah mula cintakan saya” jawab Wildan dengan hati yang harum semerbak akibat bunga di taman hatinya berkembang mekar.

Perempuan itu hempuk kepala Wildan yang masih terduduk di kaki lima itu dengan kuat menggunakan handbagnya.

“Aduhh! Kenapa awak pukul kepala saya ni?” soal Wildan sambil mengusap kepalanya yang dihempuk menggunakan handbag itu. Sakit betul rasanya. Apa je la yang ada dalam handbag perempuan agaknya?
Wildan kembali berdiri setelah sakit di kepalanya mulai hilang.

“Awak tu la berangan petang-petang ni dah kenapa!!!” marah perempuan itu.

“Mana ada saya berangan” sangkal Wildan.

“Sakit tau awak langgar saya. Lepastu pukul kepala saya dengan handbag awak yang keras macam batu pulak tu” mula dah nak membebel si Wildan ni.

“Maaf” ucap perempuan itu sepatah dengan nada yang perlahan.

“Apa dia awak cakap?” soal Wildan kurang jelas.

“I’m said I’m sorry” ulang perempuan itu lebih kuat.

“Hmmm” balas Wildan acuh tak acuh. Masih sibuk dengan kesakitannya.

“Awak okay?” soal perempuan itu.

“Okay je” jawab Wildan tidak memandang perempuan itu.

“Awak” panggil perempuan itu.

Wildan hanya memandang ke arah perempuan itu sekilas sambil mengangkat sebelah keningnya.

“Awak marahkan saya ke?” tanya perempuan itu.

“Tak” jawab Wildan bersahaja.

“Betul ni?” perempuan itu meminta kepastian.

“Betul. Cuma….” Sengaja Wildan mematikan ayatnya untuk melihat reaksi perempuan itu.

“Cuma?” perempuan itu menanti sambungan kepada kata-kata Wildan.

“Cuma saya rasa hati saya dah jatuh dan hilang waktu awak langgar saya tadi” jelas Wildan.

“Hah?” jelas terpapar riak pelik pada wajah perempuan itu. Tidak faham apa yang dikatakan Wildan.

“Hati saya dah jatuh pada awak sebab tulah hilang” jelas Wildan sambil tersenyum menggoda.

“Ehh!?!” pelik perempuan itu. Seketika wajah perempuan itu merona merah sebelum tersedar sesuatu.

“Alamak!” perempuan itu menepuk dahinya.

“Saya dah lambat sebenarnya ni jadi saya tak sepatutnya layan angan-angan awak. Saya minta maaf sangat sebab tak sengaja langgar awak dan hempuk kepala. Bye!” ucap perempuan itu panjang lebar dalam keadaan kalut sebelum berlalu meninggalkan Wildan begitu sahaja.

“Ehhh, awak!” panggil Wildan namun tidak diendahkan. Wildan hanya pasrah melihat perempuan itu sudah semakin jauh.

“Betul kata kau Yan, tak de sorang awek cun pun yang nak dekat aku” kata Wildan pada dirinya sendiri sebelum berlalu memasuki keretanya dan pulang.


“KENAPA lambat? Lama ibu tunggu tau” soal seorang wanita pertengahan usia kepada individu yang sedang mengambil tempat di sisinya.

“Maaf ibu, Lina bukan sengaja nak lambat” kata gadis yang bernama Lina itu sambil memaut mesra lengan ibunya. Mukanya dibuat comel.

“Tak nak cerita ke apa yang jadi?” soal ibunya, Puan Shafiza.

“Hehe ibu ni macam tau-tau je yang Lina nak cerita”  balas Lina tersenyum janggal.

“Anak ibu mestilah ibu tau” ucap Puan Shafiza selamba
“Jap ibu dah order ke?” soal Lina.

“Dah. Cepat la cerita. Ibu tak sabar nak tau apa jadi” teruja betul Puan Shafiza ni.

“Okay, macam ni cerita dia” Lina memulakan ceritanya dari awal supaya mudah di fahami ibunya.

“HAHAHAHAHAHAHA” gelak Puan Shafiza mengenai cerita anaknya itu.

“Ibu jangan lah gelak kuat sangat. Malu orang pandang” tegur Lina kepada ibunya sambil memandang sekaliling.

“Biar betul budak laki tu macam tu kat Lina? Ibu tak percaya dia berani cakap macam tu kat Lina” respon Puan Shafiza. Teguran anaknya hanya di abaikan.

“Yelah dia cakap macam tu. Kalau dia tak berangan yang bukan-bukan macam tu, tak adanya Lina nak lambat jumpa ibu” cemberut muka Lina.

“Aduhai, Lina, Lina. Cuba lah orang yang kamu nak langgar tu orang yang elok sikit pemikirannya. Yang mula-mula kamu langgar haritu dia kata kamu jatuhkan maruah dia. Lepastu orang kedua yang kamu langgar kereta dia tu kata kamu calarkan isteri dia. Pastu ni dia berangan yang kamu kata kamu dah mula sukakan dia. Lepas ni apa, ajak kamu kahwin terus? Hahahaha” kata Puan Shafiza lalu menyambung gelaknya.

“Ibu ni” cebik Lina.

“Ayah mana, bu?” soal Lina setelah tawa ibunya sudah reda.

“Ayah kamu tu lambat sikit. Kejap lagi sampai la tu” kata Puan Shafiza sambil menghirup minumannya yang telah di hantar oleh pelayan sewaktu mendengarkan kisah anaknya.

“Ehem” seseorang berdehem.

“Ayah!” kata Lina. Terlompat-lompat dia duduk di kerusi itu.

“Apa yang seronok sangat ni?” soal ayah Lina, Tuan Ishaq.

“Ibu ni la, yah. Boleh pulak gelakkan Lina” adu Lina kepada ayahnya.

“Apa yang digelakkannya?” soal Tuan Ishaq dengan senyuman memandang isterinya, meminta penjelasan.

“Lina ni tadi bang, dia ada terlanggar sorang budak lelaki ni waktu nak sampai sini” jelas Puan Shafiza sambil menjeling anaknya.

“Apa ibu ni. Jangan lah cerita kat ayah. Nanti ayah gelakkan juga” mencebik-cebik bibirnya tu.

“Ayah tak faham lah. Apa yang kelakarnya?” soal Tuan Ishaq pelik.

“Yang kelakarnya, budak lelaki tu kata yang dia dengar Lina kata dia dah mula sukakan budak lelaki. Abang ingat tak apa yang lelaki yang anak kita langgar sebelum-sebelum ni kata apa?” kata Puan Shafiza dan menyoal suaminya di akhir kata.

“Mestilah ingat. Mana boleh lupa” jawab Tuan Ishaq sambil ketawa.

“Lina dah kata yang ayah gelakkan Lina jugak” kata Lina berjauh hati.

“Alalaalalala nak merajuk pula princess ayah ni. Kuat merajuk betul. Nanti kalau tak ada siapa yang nak macam mana?” kata Tuan Ishaq sebelum menyambung tawanya semula.

“Dah la, tunggu ibu dengan ayah habis gelakkan Lina ni, agaknya sampai esok pun belum tentu kenyang perut Lina ni” kata Lina sambil menyudu makanan ke dalam mulutnya.

“Iyalah. Mari makan” ajak Tuan Ishaq.
















































Selamat mengambil result SPM untuk batch 04 !!!

TERUBAHNYA TAKDIRKU ( H I A T U S ) Where stories live. Discover now