03

220 6 0
                                    

Hayyan melangkahkan kakinya memasuki starbucks. Langkah di atur mendekati meja yang diduduki rakan-rakannya. Seperti biasa, tempat yang sedikit tersorok menjadi pilihan. Itulah mereka berempat.

"Tu dah mai dah abang macho kita!" kata Raziq. Dayyan dan Wildan menoleh lalu tersenyum memandang Hayyan yang menuju ke arah mereka.

"Kali ni kau dapat bayaran berapa pulak?" Wildan bertanya setelah Hayyan melabuhkan duduknya di sisi lelaki itu.

"Tak banyak pun. Sikit je. Adalah dalam RM2000 je" balas Hayyan bersahaja. Sebelum menarik minuman Dayyan yang duduk di hadapannya. Minumannya pula  di tolak ke arah Dayyan. Dayyan hanya mampu melihat sahaja arah perginya minuman miliknya.

"Kau tak payah la nak berkira sangat setakat mocha kau ni. Ambil yang tu lagipun yang tu penuh lagi. Yang aku ambil ni pun tinggal separuh je. Kalau tak cukup yang tu nanti aku belanja la yang lain" kata Hayyan kepada Dayyan.

Wildan dan Raziq galak mentertawakan Dayyan. Padanlah muka. Siapa suruh tak sorokkan minuman dia bila dah tau yang Hayyan akan hilang mood. HAHAHAHAHAHAHAHAHA.

"Ye la Hayyan Idham yang paling kusayangi. Lepasni i nak you belanja i pulak okay. You mesti ada duit lebih kan. Ye la you kan dah tapau awek cun yang langgar you tadi. Opss bukan dia yang langgar you tapi you yang sengaja berhenti depan dia kan? You ingat i tak tau ke niat you tu Hayyan sayang" keluar dah perangai gedik si Dayyan ni. Memang padanlah tu. Nama pun nak dekat sama. Seorang Hayyan seorang lagi Dayyan.

Makin galaklah si Wildan dan Raziq ni gelak. Cemberut muka Dayyan bila ditertawakan. Hayyan hanya menjeling sahaja. Malas nak layan.

"Bro, awek tu tak bising ke?" tanya Dayyan. Malas nak layan dua mangkuk hayun tu.

"Maksud kau?" tanya Hayyan

"Ye lah mana taknya. Dahla bukan dia yang langgar kau. Pastu kau boleh marah dia pulak. Bila dia offer nak basuhkan baju kau tu, kau heret je dia macam lembu kena cucuk hidung. Pastu kau habiskan duit dia pulak tu. Kalau aku lah kan, aku dah bising dah" jelas Dayyan

"Kau, kau lah. Dia , dialah. Tak sama. Lagipun kau lelaki dia perempuan. Ke kau ni sebenarnya perempuan?" tanya Wildan yang duduk di sisinya. Tergelak lagi dia dan Raziq.Cis! Tak guna kau Wildan.Hayyan sememangnyna jarang untuk gelak.

"Wildan, tadi kan aku minta nombor telefon awek yang kau kata comel tu" giliran Dayyan pula mengena Wildan.

"Hah! Yeke? Apa nombor dia? Aku nak!" kata Wildan dengan teruja. Jelas kelihatan matanya bersinar terang.
Dayyan terkekeh gelak melihat reaksi Wildan itu. Raziq pula hanya mampu menggeleng kepala. Sedar yang diri diperbodohkan, Wildan terus mengabaikan Dayyan.

"Awek comel mana ni?" Hayyan bertanya.

"Alaaa, kawan awek cun yang langgar kau tu! Eh salah. Yang kau sengaja berhenti depan dia tu" kata Raziq.

"Kawan dia ada tiga orangkan? Yang mana satu?" kata Hayyan berminat untuk tahu.

"Yang jerit kata kau culik kawan dia tu" Dayyan memberitahu.

"Siapa?" Hayyan bertanya lagi. Mai dah bodoh dia tu.

"Ha sudah! Mai dah tu. Mai dah" kata Wildan dengan pasrahnya.

"Ish kau ni la, Yan. Aku hempuk kau sat gi kang naya ja" kata Dayyan. Geram sungguh dia bila bodoh Hayyan datang.

"Yang pakai baju warna dusty purple tu la" kata Raziq berputus asa.

"Ouh! Sorrylah. Sebenarnya aku tak perasan pulak pasal kawan-kawan dia tu" jelas Hayyan

"Hayyan kau memang bodohlah!" kata mereka beritga serentak. Geram dengan perangai Hayan yang satu itu.

"Yalah dia kan tengok awek cun yang pakai baju peach tu. Senyuman dia kan sama macam orang yang dirindui itu" kata Raziq sambil memandang ke atas.

"Ha ni, aku nak tanya ni. Apa yang kau minta kat dia sampai  RM2000 tu?" Raziq bertanya.

"Takde apa sangat pun. Aku cuma minta dia gantikan baju aku je" jelas Hayyan.

"Takkan la baju je sampai mahal camtu?" kata Wildan tidak percaya.

"Yelah baju je" kata Hayyan.

"Jangan cakap kau ambil baju yang harga RM2000" kata Dayyan meneka.

"Haah" sepatah Hayyan menjawab. Melopong tiga sahabat itu.


"SHA,kau okay tak ni?" tanya Humaira. Risau dia melihat rakannya itu.

"Aku okay la. Takde apa pun sebenarnya" balas Hasha dengan lirihnya.

"Cuba kau cerita kat  kitorang, dia buat apa kat kau yang sampai kau muram je ni. Biar kitorang cari mamat bongkak tu" pancing Fatin. Manalah tahu Hasha mahu membuka mulut.

"Dia minta aku ganti baju dia je. Baju dia yang basah tu dia suruh aku basuh dan simpan. Buat kenangan katanya supaya lepas ni tak langgar orang lagi dah" Hasha bercerita.

"Lah, dia suruh kau ganti baju dia je. Aku ingat apalah yang dia buat sampai kau macam ni" kata Janna menarik nafas lega.

"Ganti baju je kau cakap. Kau tau tak duit aku RM 2000 tu melayang je macam tu. Semua sebab ganti baju dia. Apa guna aku saving selama ni kalau duit aku tu sebenarnya untuk kegunaan orang lain?" Hasha meluahkan rasa hatinya.

"Alah kau ni setakat RM 2000 je"

"HAH! RM 2000!!!" hampir terkeluar biji mata mereka mendengarkan RM 2000 itu.

"Haah, RM 2000" Hasha mengiyakan sahaja.

"Kau biar betul ni babe?" tanya Fatin.

"Betul lah" kata Hasha lalu menunjukkan resit bayaran kepada mereka bertiga.

"MAIGAD HASHA!!!!! Kenapa kau boleh biar je dia buat macam tu kat kau?" tanya Humaira.

"Kau gila Maira! Kau nak biar dia rogol aku ke apa?!" kata Hasha

"HAH!!! Dia cakap macam tu kat kau? Tak de otak ke apa mamat tu? Tak belajar agama ke apa?" Janna dah mula naik angin.

"Sebab tulah juga aku bayar je baju dia tu. Tak nak aku jadi mangsa nafsu binatang dia tu" Hasha menyatakan pendapatnya.

“Ehh kau tak  nak report polis ke?” soal Fatin.

“Tak yah lah. Aku dah tak nak ada urusan apa-apa dengan mamat tu dah” jawab Hasha.

“Serious lah kau ni?” Humaira bertanya bagi mendapatkan kepastian. Janna pula masih lagi dengan perasaan geramnya

"Iya. Jomlah kita pergi main bungee jumping. Serabut aku bila ingat pasal mamat tu" ajak Hasha. Mereka pun berlalu dari shopping mall itu untuk pergi ke destinasi seterusnya.


"SERIUSLAH kau ugut dia macam tu!?" tanya Dayyan. Terkejut tiga sahabat itu mendengar cerita Hayyan itu. Hayyan hanya mengangguk sahaja. Sebenarnya bukanlah perkara sebenar yang diceritakan. Hanya sebahagian sahaja yang diceritakan. Rakan-rakannya ini bukanlah boleh dipercayai sangat. Nanti kang tak memasal diceritakan kepada rakan yang lain terutama kepada sepupunya yang seorang itu.

"Wah! Tak sangka aku, kawan kita seorang ni ugut kaum wanita" kata Wildan berbangga. Mana tidak nya, Hayyan ini sangat dikenali sebagai ‘PENGHORMAT WANITA’ dalam kalangan mereka. Ini sudah diugut gadis tadi, nampaknya title itu sudah berkurang kerelevenannya.

"Dia ingat dia siapa. Berani dia cakap nak tolong basuhkan baju aku. Ha memang padanlah dengan muka dia" Kata Hayyan. Mata melirik ke arah jam tangannya. Angka menunjukkan pukul 2.30 petang. Sudah lambat 30 minit untuk masuk ke pejabat semula. Pukul 3 petang nanti ada meeting pula bersama dengan wakil syarikat interior designer dari Jepun.

"Dahlah. Aku ada meeting lepas ni. Aku gerak dulu" pamit Hayyan

"Okay, bro. Papehal nanti roger je" kata Raziq. Mereka melihat sahaja pemergian Hayyan itu.


TIT.

Clack.

Punat kereta di tekan. Kunci di buka dari dalam. Pintu sebelah pemandu dibuka. Badan diloloskan ke dalam kereta. Enjin dihidupkan.Tali pinggang dipakai. Pintu kereta dilock. Handsfree dicapai sebelum di pasangkan pada telinga. Telefon dikeluarkan daripada poket seluar slack hitam yang dipakainya. Kereta di pecut laju keluar dari kawasan basement. Nombor seseorang di dail. Talian bersambung.

"Yes, bos. Ada apa yang boleh saya bantu?" suara seorang wanita di talian

"Saya tak masuk office. Saya terus ke tempat meeting. Saya nak awak nanti tolong bawakan sekali semua dokumen yang diperlukan untuk meeting petang ni dengan wakil syarikat Razlan Architecture. Jumpa kat sana nanti" panjang pesanan yang diberikan kepada PA nya, Luna.

"Baik,bos. Ada apa-apa lagi?" Luna bertanya.

"Takde" pendek sahaja balasan Hayyan.

"Okay,bos. Drive safe" pesan Luna sebelum menamatkan panggilan.

Sepanjang perjalanan, fikiran dia kembali menerawang mengingati kejadian di mall sebentar tadi. Dahi di ketuk dengan hujung jari telunjuk berulang kali, sebelah lagi tangannya mengawal stereng kereta. ‘Apalah yang kau fikir waktu buat macam tu kat dia tadi, Yan? Kalau dia report polis macam mana? Kau ni pun bukan  nak fikir dulu sebelum bercakap’

Jatuh reputasi kau sebagai ‘PENGHORMAT WANITA’. Nak tak nak kau kena cari jalan nak jumpa dia semula. Tak, tak. Takde siapa yang tau apa yang jadi sebenarnya. Takde siapa yang boleh tau. Yes!  Takde siapa boleh tau. Lagi-lagi kalau orang tu Melvin Fidel. Lagipun apa yang aku bagitau kat diorang pun bukannya cerita penuh.

TERUBAHNYA TAKDIRKU ( H I A T U S ) Where stories live. Discover now