25

37 1 0
                                    

TING TONG! TING TONG!

Bunyi loceng bergema di seluruh ruang rumahnya. Dia yang sedang menonton television segera bangun untuk membuka pintu. Buka sahaja pintu, terjojol lah wajah Melvin, Arez, Raziq dan Dayyan. Baguslah diorang ni awal. Ceh padahal sebab dah memang kat luar. Kalau Melvin tu lain citer la sikit sebab dia memang paling sayang aku. Ahaks.

"Ha sampai pun. Masuk masuk" pelawa Hayyan. Memang tunggu diorang sampai dengan makanan pun ni. Lapar giler kot. Sanggup tunggu diorang ni sampai sebab malas nak masak.

Mereka berempat pun melangkah masuk. Dua orang terus ke ruang tamu bersama makanan manakala dua orang lagi bergerak ke dapur untuk mengambil pinggan, air dan keperluan yang diperlukan untuk makanan. Hayyan pula menutup pjntu rumahnya.

Kini, di atas meja kopi di ruang tamu terhidang la dua kotak pizza, sekotak ayam KFC yang berisikan 9 ketul ayam, dua bungkus nasi kandar dan dua set burger dari Burger King.

TING TONG! TING TONG!

Loceng rumahnya berbunyi sekali lagi. Hayyan bangun untuk membuka pintu. Terpampanglah muka Wildan dihadapan pintu. Mata Hayyan bergerak melihat apa yang di bawa oleh Wildan. Member paling lambat sampai mestilah lagi gempak kan makanan yang dia bawa. Terlihat dipegangan wildan terdapat satu paper bag besar yang berisi tupperware.

"Sorry lambat. Kau dah makan belum ni?" soal Wildan.

"Ehh tak pe. Masuk lah . Baru nak makan dengan yang lain ni" jawab Hayyan.

Wildan hanya senyum kepada Hayyan sebelum dia melangkah masuk. Ruang tamu di tuju. Bekas makanan yang dibawanya dikeluarkan satu persatu. Penutup dibuka dan terpampanglah lauk pauk yang dibawanya. Aroma lauk itu merebak ke seluruh ruang. Terdapat daging masak paprik, sambal sotong, dan labu air masak bening.

"Jap aku pergi amik sudu, pinggan dengan cawan" ujar Melvin. Yang lain hanya menunggu di ruang tamu. Sudah tidak sabar untuk makan.

"Kau masak ke ni?" soal Arez kepada Wildan.

"Haah. Tadi waktu yang kau mesej suruh bawak makanan tu aku baru nak masak. Alang alang tu aku masak lebih lah sekali" jawab Wildan.

Sekembalinya Melvin dari dapur, mereka mula membaca dan menikmati pelbagai makanan yang terhidang.

"Esok kau kerja ke Yan?" soal Dayyan.

"Kerja lah. Berapa hari dah aku tak masuk office ni. Bertimbun dah agaknya fail atas meja aku tu" jawab Hayyan. Seronoknya dapat makan. Sedap sedap pulak tu.

SEPERTI biasa, di pagi Isnin. Siapa saja yang bersemangat berkobar kobar? Semua mesti malas bila pagi Isnin. Begitu juga la dengan gadis bernama Hasha. Kalau diikutkan mahu saja dia bermalasan di atas katil tapi dia perlu juga bergerak atas tuntutan kerja. Harini dia perlu berjumpa Tashriq bagi urusan jual beli tanah dan bangunan.

Tepat jam 9.00 pagi, dia mula bergerak untuk menuju ke destinasi. Perjalanan yang mengambil masa selama 30 minit berjalan lancar tanpa sebarang kesesakan. Kereta di parking di kawasan parking. Dia kemudiannya masuk ke dalam kafe kopitiam yang berada dideretan kedai di kawasan itu. Masuk sahaja ke dalam kafe itu, dia terus digamit oleh Tashriq. Dia mendekati Tashriq dan melabuhkan duduk di hadapan Tashriq.

Selesai membuat pesanan untuk mereka berdua. Mereka mula berbual kosong. Setelah pesanan sampai, mereka mula membincangkan hal yang sepatutnya.

Selang satu meja dari meja yang didudukinya terdapat seorang lelaki bersama seorang gadis. Dia kenal gadis. Sedari gadis itu melangkah masuk sehinggalah gadis itu duduk bersama lelaki itu. Semuanya diperhatikan. Rancak sungguh perbincangan mereka. Pasti sesuatu yang serius apa yang dibincangkan mereka. Perlahan bibirnya tersenyum.


TERUBAHNYA TAKDIRKU ( H I A T U S ) Where stories live. Discover now