34

16 0 0
                                    

SUDU dan garpu diletakkan dalam pinggan yang masih bersisa makanan. Pandangan ditumpukan sepenuhnya pada Hayyan dihadapan. Dia cuba menyelami apa yang berada didalam fikiran sepupunya itu. Sedalam mana pun dia cuba tetap tidak dapat sampai kedasarnya. Terlalu dalam dan dia tidak mahu sesat didalam fikiran seorang Hayyan Idham.

“Apalagi yang kau fikir sekarang ni? Tak habis lagi ke kau fikir dari dalam pejabat tadi?” soal Melvin memecah keheningan antara mereka.

“Huh! Mana ada aku fikir apa apa” nafi Hayyan.

“Kau jangan ingat aku bodohlah Yan.  Kau takkan pernah boleh nak tipu aku!“ bentak Melvin geram.

“Betul aku tak tipu”

“Cukup cukuplah tu. Apa yang kau dapat kalau kau serabutkan otak kau dengan benda yang jadi semalam. Kau tak akan dapat apa lah”

“Apa kau merepek ni Vin?” soal Hayyan geram.

“Kenapa? Salah ke apa yang aku cakap?” soal Melvin sinis dengan menjungkitkan keningnya.

“Salahlah” sangkal Hayyan.

“Suka hati kau lah. Apa apa nanti kau cari aku jugak kan?“ sindir Melvin. Makanannya disuap kembali ke dalam mulut. Mengendahkan Hayyan yang merenung nya itu.

“Kau tetap nak tenung aku ke? Tak nak makan? Ke nak tunggu makanan tu masuk dalam perut kau sendiri?” soal Melvin dengan senyum sinisnya setelah lima minit berlalu.

“You know what, the one who should being force in arrange marriage is you. Not me” Balas Hayyan senada sebelum menyuap makanan ke dalam mulut.

“And you know what, i’m not gonna marry anyone until you do”

Sekembalinya Hayyan dan Melvin ke pejabat setelah makan tengah hari, satu bangunan I Coorportion telah bergegar dan segala mesyuarat yang dijadualkan pada petang itu telah dibatalkan. Semuanya kerana ulah seorang Melvin Fidel. Sekiranya dia tidak menyepahkan dan menghilang dokumen penting untuk mesyuarat petang itu, tidak adalah seluruh syarikat seperti berkejaran ke sana ke mari bagi mencari dan menghasilkan semula dokumen yang telah hilang. Dan untuk itu, Hayyan sangat berterima kasih kepada Melvin kerana telah menjadi penyebab utama kepada kekecohan pada petang itu.

Di suatu sudut menunggu pula, kelihatan seorang jejaka kacak sedang duduk memerhati gelagat seisi syarikat yang semestinya tidak tentu arah mencari dokumen yang hilang. Siapa lagi jika bukan Melvin Fidel. Dia santai diposisinya sambil sekali sekala menghirup ice caramel latte nya. Tidak terbias langsung kekesalan diwajahnya kerana telah mencetuskan huru hara. Dia bahkan menyalahkan Hayyan kerana termenung sewaktu dia masuk ke dalam pejabat jejaka itu sebelum mereka keluar makan tengah hari bersama.

Kini, sudah tiga jam berlalu dan jam sudah menunjukkan waktu tamat bekerja, hanya sebahagian daripada dokumen sahaja yang dijumpai. Sudahlah dokumen itu dokumen projek penting kerana Dato’ Hazriq sendiri yang menguruskannya. Melvin pula tidak menolong mencari kembali dokumen tersebut dia bahkan sedap terbongkang membuka kilang tahi mata setelah lelah memerhati gelagat para pekerja.


“HA Yan, kenapa kamu batalkan meeting petang tadi? Last minute pula tu?” soal Hazriq. Liyana dan Melvin hanya mendengar sambil menikmati juadah makan malam.

“Dokumen projek tu hilang” pendek Hayyan membalas. Suapan diteruskan bagai tiada apa yang berlaku.

“Macam mana boleh hilang?” soal Liyana kepelikan. Ini merupakan kali pertama dia mendengar kes seperti ini sepanjang syarikat itu ditubuhkan.

“Arghh!” jerit Melvin secara tiba-tiba mengejutkan Hazriq dan Liyana. Hayyan hanya meneruskan suapannya bagai tidak terkesan langsung dengan jeritan Melvin.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 22, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

TERUBAHNYA TAKDIRKU ( H I A T U S ) Where stories live. Discover now