28

327 15 16
                                    

Aku sekarang dekat bilik with my brother and Ain tanpa diikuti oleh member aku tadi kerana dia sendiri pon ada amik kelas yang aku tak amik.Aiman that fucking dude!

''So mind to explain, what are you doing here?''tanya Along dengan pandangan membunuh membuatkan aku hampir terkencing on the spot.Along never marah aku okay,so bila dia marah tu memang scary siaa.Ain merangkap kakak ipar aku pulak duk mengunyah je keje patutla pipi pau teruk.Tak masalahnya sekarang ni,dia tu sarat weh,macam mana boleh naik flight sampai UK ni!

''Aku..er...aku sambung PHD dekat sini.''kataku slow je suara terus terbeliak mata along mencerlung ke arah aku yang dah mula tak senang duduk ni.Dia menarik nafas sebelum melabuhkan punggung ditepi aku.Ain hanya memandang kami berdua macam tengok drama hindustan sebelum menyambung makan sneknya itu.Tu pon duit aku ok!Aku lanje tadi sebab Ain cakap dia mengidam nak suruh aku belanja,Ok aku tahula dia mengandung tapi ni dah tahap mengada lebih.Kang aku bagi siku menangis pulak minah tu.Sumpah aku cakap,dia yang gangster dulu tu berubah sejak mengandung ni.ASYIK SENTAP SAHAJA!

Along mengenggam tanganku sebelum mencubit pipi aku yang tak berapa nak pau macam Ain tu.Pergh melantun tu kalau kau baling bola dekat pipi Ain.Aku menepis tangan along sebelum melihat kasut aku yang dah hampir nak nazak tu.Sebab Vans aku ni dia tahan lasak,so sampai sekarang aku pakai.

''Along sebenarnya dah tahu kau ada kat sini.Ain gtau.''kata Along membuatkan aku mengeluh perlahan sebelum memandang ke arah Ain yang tersengih nakal.

''Why!Kau cakap nak simpan rahsia!''rengekku membuatkan along mencubit lenganku dan Ain tergelak kecil.

''Along kau paksa aku okey!Aku sebenarnya memang tak nak bagitahu tapi along kau ni sibuk je mengacau hidup aku.It's annoying.''kata Ain membuatkan Along tergelak kecil sebelum bangun dan mendekati Ain dengan senyuman nakal.

''Alah at least you dah dapat hadiahkan sayang?''kata Along on the spot Ain buat muka menyampah,aku pon apa lagi bantai gelak la.Along terus muncung dan terus keluar nak cari awek katanya.

''Haa pegila!I pon ada pakwe la!Ingat I ni gemuk takde orang minat ke!''balas Ain terus membuatkan aku tergelak dengan Along yang muka dah macam horror gila sambil mencebik ke ke arah aku.

''Hurm takpela kita nak merajuk la ceni!''kata along dengan suara budak-budaknya terus dia keluar sambil mengomel tentang Ain dan aku yang tak habis-habis duk mengenakan dia.Sumpah aku cakap along sejak kawen dengan Ain ni nampak berseri gilerr weh!Terserlah aura playboy dia sehinggakan tadi ramai gila nak amik gambar dengan dia,tapi dia tolak dengan baik sebelum memegang tangan Ain tu.Sumpah sweet haktuih!

''So korang datang sini kenapa sebenarnya?Kau kan sarat!''marahku dengan Ain.Kita bimbang dengan dia,dia boleh pulak buat muka toya sambil mengunyah tak habis2.

''Aku datang sini sebab rindu kau la!Jangan bimbang weh,satu family kau je tau,Haikal tak tau pon sebab aku dah warning sorang-sorang.''kata Ain selamba membuatkan mata aku terbeliak seluas alam.

''Laa ingatkan dekat along je.Ish stress la aku macam ni!Baru nak buat drama!''kataku membuatkan Ain mencebik dengan serta merta.

''So urm Haikal cane?''kataku seraya tu jugak Ain memaparkan senyuman nakalnya.Ni semua mesti pengaruh along,hei aku nampaknya dah hilang Ain yang depressed dulu.

''Kenapa,rindu ek?Tu la kau!Aku dah cakap jangan buat keje gila!ni tak nak jugak kau buat perangai lari sampai UK.Kalau ULU KLANG takpe ni UNITED KINGDOM TAU TAK!''sembur Ain seraya tu jugak aku balas dengan semburan pewangi dalam bilik aku membuatkan dia terbatuk sedikit sebelum mencebik.

''Aku nak sambung belaja sekali dengan kerja,kau apa tau!''bidasku membuatkan Ain tergelak kecil dengan muncung aku yang dah mula nak meleret ke lantai tu.

Dia bingkas bangun sebelum duduk ditepi aku,sumpah aku cakap bergegar sikit bila dia duduk tu.Aku apa lagi buat drama la.

''Tolong!Tolong gempa bumi!''jeritku nakal sambil menghuyung-hanyangkan badan membuatkan Ain tergelak besar sebelum tersedak.Aku terus menghulurkan botol Air kepada dia dan dia terus meneguk secara perlahan.Alhamdulillah,selamat.

''Kau ni pon nak gelak jangan sampai tersedak!''sindirku membuatkan dia menjelirkan lidah.

''Weh cite la apa yang jadi  dekat Haikal?''tanyaku lagi dengan muka dah mula naik hantu dengan Ain yang duk mengunyah jajan yang Aiman beli untuk aku buat stock dalam asrama.Tak seKarang ni DIA JUMPA BENDA TU KAT MANA!Memang betulla orang cakap,mata dia ni tajam macam eagle.uwakkk (bunyi eagle,min cuba).

''Nak?''tawar Ain membuatkan aku tergelak kecil dengan muka selamba badak dia tu.

''Hurm bak la sikit!''kataku seraya tu jugak kami mengunyah oreo yang sisa tinggal 2 keping je lagi.

''So?''tanyaku lagi sambil mengunyah oreo,hurm sedap la pulak.

''Okay,so urm..after kau blah,sebulan lepastu dia pegi Johor dekat alamat yang kau tunjuk tu tapi hampa sebab rupanya ada orang nama Ainie tu tipu dia.''kata Ain sambil menyindir aku yang tersengih dengan ejekan dia tadi.

''Haa sambung la!''kata aku kepada Ain yang baru je nak buka mulut nak bergossip,tiba-tiba pintu terbukak luas dengan muka  abangku yang berpeluh macam baru lepas jogging.

Ain terus bantai gelak,aku pulak blurr dengan along yang mencebik sambil cuba mengambil nafas.Dia terus duduk didepan kami dengan muka nak mintak kaki.Dia membuat muka comel sebelum Ain mengeluh dan terus mencuci tangannya disinki tepi aku.Ain terus duduk dan kepala along terus dibelai-belainya.Aku tergelak je tengok muka paksa rela Ain tu,along pulak tersenyum je manjang.

''So sambung la!''bisikku kepada Ain yang tersentak sebelum membiarkan along tidur di atas ribanya.Aku nampak comel je dua ekor ni!

''Haikal sebenarnya hilang sejak dari haritu.Kitorang satu family tak pernah jumpa dia after kejadian tu.It's like he's gone.''sambung Ain lagi sambil mengusap kepala along dengan penuh kasih sayang.Arghh nakk jadi fangirl boleh tak!

''Maksudnya kau memang tak jumpa dia langsung la ni?Takkan takde dengar apa-apa pasal dia?''tanyaku lagi membuatkan Ain mengigit bibirnya macam nak sembunyikan sesuatu daripada aku.

''Okay,what is happening Ain?''tanyaku lagi dengan mata yang tajam.Along nampaknya dah lena kat paha isteri dia ni sambil tangan Ain dipegangnya.Alah aku tak culik  pon Ain ni!

''Aku cakap kau jangan  marah okay?''kata Ain dengan penuh misteri,ni kalau ada macam asap2 putih lagi gempak en.

''Haa teruskan.''kata aku dengan hati yang dah mula berdebar macam motor F1.Dia memandang aku dengan serius sebelum teragak-agak nak bukak mulut tu.

''Haikal....er-''

''HAIKAL  APA!''desakku lagi.

''KAHWIN!''jerit Ain secara tidak sedar sebelum aku tersentak dan....

''WHAT!?''

#oooh yeahhh

Mr Kp, You're Mine!Where stories live. Discover now