9

2K 70 0
                                    

Right after aku dengan Adam bertembung tadi,aku terus blah tanpa menghiraukan panggilan Adam.Sebab aku tak sedap hati weh nak borak dengan dia,it's just something 's not right here.Tambah pulak Ain yang mengekori aku dari belakang tadi tengah senyum dengan penuh makna.Fuck.

Bila dah sampai kelas,aku macam biasa la duduk di tempat macam orang normal kecuali Ain,dia masih lagi memberi senyuman penuh makna kepada aku membuatkan yang lain terpinga-pinga.Shahira pon gatal mulut memulakan perbualan.

"Ain,kenapa senyum sensorang ni?Ada pape yang kitorang perlu tahu ke?"kata Shahira dengan muka pelik.Aku menjegilkan mata ke arah Ain tetapi dia hanya menepis dengan senyuman nakal.Oh Shit!

"Ni haa member kita ni terlanggar Adam otw balik tandas tadi lepastu bila Adam nak ajak dia borak,dia terus blah tinggalkan Adam yang terpaku speechless la katakan.Adam panggil nama dia pon,dia buat dek je."ujar Ain lebar panjang membuatkan aku mendengus,kurang susu punya budak.Ni mesti masa kecik2 tak cukup minum susu dutchlady,that's why dah besar jadi bengap gini.

Shahira dan yang lain hanya tersenyum sebelum memandang aku dengan muka mintak gulai kawah.

"I sense something here~"ejek Shahira menyebabkan yang lain tergelak kecil dengan muka cemberut limau kasturiku.

"Ugh,suka hati korang la!Yang penting aku dapat jauhkan diri daripada Adam buat masa terdekat ni."ujarku seraya menyebabkan yang lain mengeluh.

"Tapi weh sampai bila?Kita ada lagi 9 bulan sebelum kau melahirkan~"gurau si Aishah menyebabkan aku memberi pandangan membunuh on the spot.Yang lain hanya tergelak kecil kecuali Ain yang tengah duk menguap.

"Melahirkan apa pulak ko ni?Mengarut je la."sindirku menyebabkan Aishah tersenyum nakal.

"Melahirkan perasaan kau terhadap Mr kp or Adam la.Haha."kata Aishah seraya berdekah ketawa diikuti yang lain sebelum mataku tertancap ke arah Ain yang sudah pon lena di atas mejanya,sebab harini kelas takde,cikgu mesyuarat.

"Bukan melahirkanla gila tapi menzahirkan,haa tengoklatu benda simple pon boleh tertukar,ko ingat ni drama astro ceria untuk kita aje?"sindir si Hidayah dengan muka yang sebal dengan perangai depa semua ni.Same weh,kita boleh jadi gang!

"Halah,aku gurau je tu sebab nak tengok korang fokus ke tak!"defend Aishah terhadap dirinya membuatkan yang lain terus meluat nak muntah.Sama la weh kita.

Then after that loceng pon berbunyi menandakan it's time to go to canteen.Favourite spot bagi semua pelajar yang memang jenis kalau makan tak ingat tahun.

(Skip balik sekolah,sebab admin malas)

Aku harini terpaksa balik dengan along juga sebab ibu dengan ayah cakap ada hal penting dia nak bincang.So yeah,aku ok je lagipon kalau nak tumpang Shahira,dah takleh sebab depa semua dah blah.Kecuali hamba Allah sorang ni,Ain.

Yes dia memang antara orang yang paling lewat balik sebab dia kata nak appreciate sekolah dan jalan raya dengan kereta yang lalu lalang.Masa first aku dengar alasan dia,aku rasa macam nak sepak-sepak je.Yela orang serius,dia main-main pulak!

Tapi bila aku duk sebelah dia ni baru aku perasan yang dia memang tak main-main.Dia memang duk kira setiap satu kereta yang lalu siap suruh aku asingkan warna lagi.Gila rupanya minah ni.

"Weh,dahla tu.Ko nampak tak orang dah tengok kita macam tak betul!"kataku dengan suara yang sengaja diperlahankan.

Tiba-tiba kedengaran motorsikal yang sengaja dilajukan sebelum kami sempat react,lopak air yang elok je duk depan kitorang tu merecik hawau ke atas kami berdua.Ain dan aku terus memandang ke arah gerangan tuan punya badan dan mendengus perlahan.

Mr Kp, You're Mine!Where stories live. Discover now