Ainie pov
''Ainie ! Haikal tunggu lama dah tu,cepat la shaiton! Aku lenyek ko kang !''jerit Ain daripada bawah menyebabkan aku yang nk terberak pon terbantut rasanya.
Ok gurau.Aku tengah betulkan pin tudung ni,si Haikal la xde ribut takde apa,tiba-tiba ajk keluar.
''Ye! Japla! Semak ah ko ni!Aku nk pin tudung pon tak senang.Ko cakap la kat dia,kalau tak sabar sangat sila meninggal!''balasku menyebabkan Ain serta merta senyap.Haaa,hambik kau!
Beberapa minit kemudian,aku akhirnya give up nak belit-belit selendang ni.So aku decide nak tukar pakai tudung bawal je kang senang.Ish,ko bayangkan aku dah siap gosok pe semua tiba-tiba mood swing nak pakai tudung bawal pulak! Kejadah la !Complicated sungguh wanita ni!Eh,aku pon wanita bukan macam abang Jat.
Aku terus menuruni tangga dengan langkah yang berat macam ada shaiton yang menumpang dekat kaki,yela kalau dah tak suka dekat orang tu,dia bagi la duit sejuta sekalipon,konfem kita masih lagi tak layan kan?
''Haa! Sampai pon,kalau aku ni nak beranak,konfem terberanak dulu tau tak ?Tunggu kau ni cam tunggu beruk tumbuh uban.''bebel Ain menyebabkan along dan Haikal tergelak sakan.
''Maafla makcik,aku struggle tudung tu.Ko kenala faham!''bidasku membuatkan Ain mencebik sebelum menyambung suapan bubur kosong kepada baby Khalaf yang duk ralit tengok cartoon.
''Haa takpela,kitorang pegi dulu.Jom sayang.''kata Haikal dengan tak semena mena sebelum hilang daripada radar.
''Eh..eh..aku sepak gak kang dia ni,aku nak hirup teh panas pon tak sempat.Ni kalau makcik yang pakai gigi palsu konfem tertelan gigi dengan gusi sekaligus!''bebelku sendiri membuatkan along menggelengkan kepala dah naik masak dengan perangai membebel aku mengalahkan ibu.
''Nasib baik la kelas ko mula minggu depan,kalau tak konfem ko buat alasan ada kelas la,kambing nak ziarah la apa la.Dahla,go go!''kata Ain seraya menolak lembut bahu aku supaya keluar daripada rumahnya.
''Amboi menghalau nampak!''sindirku dengan muka cemberut.
''Takla ngek,aku kalau nak halau dah lama dah aku beli kipas yang buat kibas lalat tu.Aku halau kau ni sebab ni dah pukul berapa,nanti dating kejap je ko salahkan aku pulak!''bidas Ain sebelum menghempas pintu direct atas muka aku.Nasib baik hidung aku tak berapa nak mancung.
Aku terus mengeluh perlahan sebelum memasuki kereta yang dinaiki Haikal.Kereta along,dia pinjam jap sebab tadi si Haikal ni naik grab datang sini.Complicated sungguh!
''Nak pegi mana ni ?''soalku saja nak hilangkan debaran dup dap dup dap ni.Mamat ni makin lama makin hensem aku tengok.Kadang-kadang wonder gak,dia ni pakai susuk apa la sampai sekali ko tengok tak puas!Kena banyak kali tengok baru kenyang!
''I nak bawak you jumpa my best friend.''jawab Haikal ringkas sambil mengerling sedikit ke arah aku dengan senyuman nipis.
''Oh,laki ke pompuan ?''tanpa sedar terkeluar soalan nak mati.
''Kenapa ? Jeles eh ?''sakat si Haikal membuatkan aku terus mematikan senyuman dan mencebik sedikit.EIeh mamat ni,aku siku kang naya pulak nanti!
''Takde kuasa papa zola la aku nak jeles bagai.Aku tanya ni saja je,mana tau kau ada pompuan lain ke,Yela ko kan banyak sangat kuotanya!''Dush! Atas batang hidung direct.Ni kalau tak skor lagi,tak tau la aku nak cakap apa!
Haikal hanya tergelak kecil sebelum membisukan diri daripada menjawab pertanyaan aku tadi.Tergantung sepi~
Beberapa minit kemudian,kami sampai di sebuah kafe yang sangat comel yang terletak di area Kota London.
''Wow.''Tu je yang aku rasa cam perkataan yang sesuai dengan situasi dan tempat yang aku masuki sekarang ni.
''You like it ?''tanya Haikal dari belakang membuatkan aku mencebik.
''Hurm bolehla daripada takde langsung kan.''kata aku membuatkan Haikal tergelak kecil seakan tidak percaya dengan telahan aku.Yela tadi muka cam beruk terkejut lepastu tiber sentap.Tak ke gila namanya tu?
''You masuk dulu,i nak pegi kawan i jap.''kata Haikal sebelum meninggalkan aku didalam restoran tersebut.
Aku apa lagi,buat cam rumah sendiri la.Gila kau! Tempat ni dah la photogenic!
Tanpa melengahkan masa,aku terus mencari tempat kosong yang dekat dengan pintu hadapan yela nanti senang,Haikal pon tak yah terkial or terjenguk-jenguk nak cari aku kan.
Aku terus pergi kebahagian dessert dan mengambil segala jenis dessert yang aku rasa cam sedap je nengoknya!Tapi aku amik sikit jela,nanti membazir,tuhan marah!
Elok je aku sedap makan tiba-tiba suara Haikal dari belakang menegurku.
''Amboi sayang,u ni makan sorang tak tunggu kami pon!''kata Haikal disambut iringin ketawa kecil daripada seorang lelaki yang aku rasa membe dia la kot.
Aku terus memusingkan kepala melihat Haikal,tetapi mata terus membulat dengan kehadiran rakan Haikal tersebut!
''Ainie!''
''Aiman!''
#ok dah nampak cahaya kat situ
YOU ARE READING
Mr Kp, You're Mine!
Teen FictionPertembungan antara Ainie dan Haikal ni best.Ainie ni ada crush dekat Haikal si Mr Kp,tapi apakan daya ramai pulak yang minat dekat jejaka a little bit skema ni.Along the way dengan member Ainie yang tak betul,dia cuba untuk meraih cinta Mr Kp yang...