5

2.4K 99 0
                                    

After je dah setel sental toilet tu akhirnya kitorang pon blah,aku dengan member aku,kp dengan kekasih pengarang jantungnya.Gedik siaa,gelak dia tu yang paling annoying.

Aishah hanya memandang mereka berdua dengan muka loya sebelum Shahira mengangkat keningnya ke arah aku dengan senyuman nakal.

''Apa?''tanyaku dengan muka blurr tahap sekala ke 10.Dia hanya mengeluh sebelum berbicara.

''Ada benda yang sweet ke terjadi dekat tandas tadi?Mana tau kau tengah sental toilet tiber dirempuh dan jatuh ke dalam dakapannya ke ?Haaa ada tak?''tanya Shahira dengan muka excitednya.Aishah hanya menjulingkan matanya sebelum memandang ke arah aku tanda give up.

''Kalau betul pon benda tu jadi,dia takkan tangkap aku.Dia akan sengaja biarkan aku jatuh tersembam dekat mangkuk tandas tu.Nak diterukkan lagi,aku rasa dia akan sental tandas tu dengan muka aku ni.Haa yang ni baru realistik.''sindirku ke arah mereka berdua membuatkan Shahira tergelak kecil sebelum melihat jam tangannya.

''Weh dah 3.30 pm ni jom balik nanti kang mak kau kejar dengan kuali besi dia pulak.''gurau Shahira membuatkan kami berdekah.Kami terus meneruskan perjalanan ke arah garaj tersebut dan aku biasanya tumpang motor Shahira sebab malas nak drift sendiri.So harini aku tumpang dia.Aishah dah blah dah dengan motor dia meninggalkan kami dengan asap.Ceh,kurang asam punya member.

Aku baru je nak naik motor tu tiber terdengar ketawa gedik daripada non other Haikal and bitch.Terus tak lalu aku nak naik motor tu.Shahira memandang pelik sebelum matanya tertancap ke arah mereka berdua.Dia mengeluh sebelum menepuk lengan aku supaya cepat naik.Aku menjeling ke arah mereka berdua yang sedar akan kewujudan kami disitu sebelum menaiki motor Shahira dengan cara duduk bersila.Tak penah nampak kan?Haa ni la kepakaran aku,benda yang tak penah dibuat orang aku rasmikan dulu.Konfem nanti ramai yang tiru duk sibuk buat dalam tiktok.

Shahira hanya mengeluh sebelum menekan butang on motornya.Perjalanan kami mengambil masa 10 minit je disebabkan Shahira bawak laju macam pelesit tak cukup kain.Sumpah aku cakap weh,laju bapak dia!Bila dah sampai tu,aku pelawa la dia naik tapi ditolaknya dnegan baik ,alasannya nak pegi amik anak sedara dia dekat tadika.Aku hanya tresenyum sebelum melambai ke arahnya.Dia terus blah tanpa menghiraukan aku yang terkedu ditinggalkan dengan asap motor.

KURANG GULA PUNYA BUDAK!

Aku melangkah laju ke arah rumah 2 tingkatku sebelum mengetuk pintu menunggu dibuka.A few minutes later,terjengul muka adikku yang seorang ni,nama dia Amir.Dia baru je darjah tiga tapi cakap macam dah lepas PHD.Aku berterima kasih kepadanya kerana sudi membukakan pintu tapi dia hanya blah begitu sahaja.AKU SEPAK JUGAK BARU TAU.

Aku meneruskan langkah ke dapur untuk menghilangkan kedahagaan yang membelenggu diri dengan segelas air sejuk Cuckoo.Ibu datang menerpa aku dari belakang membuatkan aku tersedak dan tersembur air sejuk tadi ke arah mukanya direct on the spot.Dia hanya mengeluh sebelum mencuci mukanya dengan sabun.Amboi ibu ni,sengaja tau nak sakat kita!

''Ibu tu air sejuk jela,takdela kotor sangat.''kataku dengan keawa kecil membuatkan dia mengelengkan kepalanya sebelum menyuruh aku duduk di meja makan.Aku hanya mengangguk sebelum mengambil tempat di kerusi meja makan menunggu announcement daripada ibu.

Ibu datang dengan dulang yang berisikan 2 gelas air teh sejuk.Aku terus laju mencapainya tanpa membaca bismillah.Dia memberi pandangan tajam membuatkan aku tersenyum malu.Aku terus meletakkan minuman tadi dan membaca doa makan.

''Haa kang bagus tu.Lain kali kalau nak makan sila baca doa makan ye,kalau tak nanti kakak makan sambil kongsi dengan syaitan.'' sindir ibu membuatkan aku tersengih macam kerang tak berapa nak busuk tapi kalau dimakan memang konfem keracunan makanan.

''Haa kenapa lambat?Ibu risau tau tak?Dahla kamu tu anak dara,kalau kena culik macam mana?''marah ibu bertubi-tubi membuatkan aku tersengih malu.

''Tak ibu,kakak kena  tindakan disiplin tadi sebab tertumpahkan mee sup dekat orang lain.So kakak kena sental tandas budak lelaki,that's why lambat.Maaf ye ibu.''kataku dengan muka bersalah,dia hanya senyum tanda faham sebelum mata aku melilau mencari kelibat lain.

''Ibu,ayah mana?Along?''tanyaku dengan muka hairan.Yela biasanya ayah ada je area ibu ni takde.Pelik.

''Ayah keluar lepak dekat kedai kopi dengan kawan dia.Abang kamu tu pulak baru balik dari China,harini dia cuti.Tu ada sekarang tengah tido.''kata ibu seraya meneguk minumannya.

''Oh ayah ni mesti nak jadi pengerusi ahli mesyuarat tingkap kan?''gurau aku seraya disambut ketawa kecil oleh ibu.

''Kamu ni tak nak tukar baju ke,bau masam tau tak?''kata ibu seraya membuatkan aku mendengus perlahan dan terus naik ke bilik.

Sampai je dekat bilik,aku mendengus perlahan dengan kewujudan makhluk asing di atas katil comfy ku.

Aku terus melangkah laju sebelum menepuk dahi gerangan makhluk itu.Dia hanya mengomel kesakitan sebelum bangun daripada katil aku.

''Woi!Sakit tau!Along nak tumpang kejap pon xleh ke?''ngomel  Along dengan berpakaian uniform pilotnya.Yes dia pilot.

''Tak boleh sebab aku nak rehat along!''ngomelku seraya menganjing dengannya.Dia membuat muka cute sebelum jatuh ke aats katil aku dengan dramatiknya.

''Please!Boleh la.Katil along tak best tapi katil kau best!''ngomelnya lagi membuatkan aku dah mula naik menyampah.

''urgh!Okay tapi tinggal space dekat aku sikit tau!''kataku seraya masuk ke tandas untuk membersihkan diri.

Well nampaknya kena kongsi space dengan along la ni.Dahla dia tu tinggi!

#siblings love

#admin ada 2 org abang,semua perangai cam NTH PAPE,ANNOYING 

Mr Kp, You're Mine!Where stories live. Discover now