Aku sekarang tengah dekat bilik disiplin dengan bertemankan Aishah,Shahira,mr kp and the bitch.Yes kitorang ditangkap kerana dituduh tengah prank Kp dan dia punya girlfriend tak cukup umur tu tengah dating dekat kantin.Ok aku tak sengaja weh.Otw aku nak letak mee sup yang panas berasap tu dekat meja kami,tiber ada seseorang sengaja menghalang aku untuk meneruskan perjalanan menyebabkan aku tersadung dan tertumpahkan mee sup tersebut ke atas Mr kp dan girlfriend dia.Aku ingat lagi muka depa merah padam macam baru kena cat.Yela sempat lagi kp tu nak malukan aku dengan merampas bekas kosong yang berisikan sedikit kuah tu dan disimbah ke atas muka aku.Kurang asam la mamat tu.
''Padan muka kau.Sapa suruh tumpahkan benda ni atas kitorang.Kau tau tak aku boleh tampar muka kau sampai bisu sekarang ni!''jerit mr kp tanpa menghiraukan pandangan sekililing.Baru je aku nak menjawab tiber cikgu sampai sambil bercekak pinggang melihat kami bertiga.
''Bilik disiplin sekarang juga!Yang lain tak payah sibuk kalau tak nak kena tindakan disiplin!''jeritnya dengan suara garau sebelum memandang kami bertiga dengan pandangan membunuh.Fuck.
And begitula ceritanya macam mana aku boleh stuck dekat sini.Aishah dengan Shahira pulak?Well depa nampak aku bertiga otw ke bilik disiplin,so depa duk intai2 dekat luar pintu tu saja nak sibuk tapi end up ditangkap oleh Cikgu disiplin .Apalagi berasap la cikgu tu tengok 2 orang ni.End up depa pon kena sekali sebab menyibuk.
''Jadi sapa yang boleh ceritakan apa sebenarnya yang terjadi ni?''tanya Cikgu Mazlan itu sambil memandang kami satu persatu sebelum matana tertancap ke arah Mr Kp yang tak lepas memandang aku dengan muka tak puas hati.Cikgu Mazlan berdehem menyebabkan Mr kp terkejut dan menelan air liurnya tanda kecut perut.
''Haa kamu ni Haikal?What happened?''tanya cikgu Mazlan sambil memandang Haikal dengan pandangan membunuh.Padan muka kau.
Aku sempat tergelak kecil sebelum dicubit dari sisi oleh Aishah sambil membuat muka'baik kau diam sebelum aku tampar bisu setahun'.Aku hanya mengeluh sebelum menunggu Mr kp tu membuka mulutnya yang berisi emas dan berlian tu.Gamaknya susah sangat nak cakap.
''Sebenarnya cikgu,bukan salah saya pon tapi dia ni sengaja tertumpahkan mee sup atas kepala kami.''kata Haikal membuatkan muka aku merah padam sambil mengetap bibr.How dare he!
Cikgu hanya memandang kami berdua sebelum matanya tertancap ke arah mukaku yang merah padam.
''Betulke apa yang Haikal cakap?Kamu memang sengaja ke?''tanya Cikgu Mazlan sambil memandnag aku untuk kepastian.
Aku mengelengkan kepala sebelum memberikan senyuman sinis kepada Haikal yang menahan geram.Kalau mata dia tu ada laser aku rasa dah lama aku innalillah dekat sini.Otak pon boleh berkecai.
''Tak cikgu,saya tersadung bukannya sengaja.Haikal tipu.''kataku seraya membuatkan girlfriend haikal mendengus menyampah dengan aku punya statement sebelum mencelah.
''Tak cikgu Abang Haikal cakap betul,Kak Ainie ni memang sengaja nak malukan kami dekat kantin depan semua orang.''sampuk si bitch sambil memberikan senyuman sinis kepada aku.Aishah dan Shahira macam dah kena sampuk dek kerana geram sangat dengan bitch tu sampai tangan tu dah dikepal2 untuk menumbuk muka budak tersebut.
Cikgu Mazlan mndengus mendengar ngomelan tersebut sebelum memberi pandangan membunuh ke arah the bitch.Oh yeah!
''Saya tak tanya kamu jadi lain kali jangan nak memandai sampuk orang.Kang saya report dekat parents kamu nak?''ugut Cikgu Mazlan membuatkan Shahira tersenyum sinis dengan muka cemberut bitch tersebut.
''Baik la saya tak nak dengar apa2 dah cuma sekararang ni kamu semua perlu cuci toilet nanti lepas balik sekolah.Saya akan bahagikan kamu dalam dua kumpulan.Haikal dengan Ainie bilik air budak lelaki and the rest bilik air budak perempuan.Now sila kemaskan diri kamu dan pulang ke kelas!''Arah Cikg Mazlan tanpa menghiraukan ngomelan kami terutamanya the bitch.Padan muka kau!
''Ni semua sebab kau la Ainie!Gila punya perempuan!''jerit si Haikal sambil mengetap bibirnya ke arah aku tanda geram.Eh,eh aku sepak jugak kang baru tahu.
''Eh kau tu la yang bodoh!Kalau kau tak jerit dekat kantin tadi macam kena rasuk setan takdenya la kita kena tindakan disiplin ni.Dasar laki tak guna!''sindir aku dengan suara yang kuat menarik perhatian a few students yang ada dekat situ.
Dia hanya menjelirkan lidah sebelum the bitch tu merempuh bahuku dan memonong ikut si Haikal meninggalkan aku dan yang lain.
''Ei aku la kalau aku dapat si Haikal dengan budak tak cukup cm tu memang aku dah baling dia jauh2 dekat planet pluto tu.Bodoh betul!''ngomel si Aishah membuatkan Shahira tergelak kecil.Aku turut join sekaki sebelum mengeluh dengan flashback tadi.Great just great,cuci toilet dengan Haikal?So fun and depressing.
Kami terus bergegas membersihkan diri dan alhamdulillah aku ada bawak baju spare kalau tak memang dah lama aku pelangkung dua ekor tu.Yela aku tak suka baju melekit ni,jadi tak selesa kalau nak belajar.
(a few hours later)
Akhirnya masanya sudah tiba untuk aku melowerkan ego aku dan berhadapan dengan Haikal untuk mencuci tandas budak lelaki.Fuck dari jauh pon dah bau hancing kemain.
''Cepatlah gila,terhegeh-hegeh.''kata si Haikal yang sedari tadi duk mengomel je kejenya.
''Yela gila,sabar aku ni pompuan pakai kain kau tu lelaki pakai seluar.Tolongla common sense sikit!''bidasku membuatkan dia menjelirkan lidah macam budak kecik.Aku hanya menjulingkan mata sebelum menonong mengikutnya.Sampai je dalam tandas budak lelaki,aku terpaksa tahan daripada menghamburkan kata-kata munafik.Baunya ya allah,semerbak weh.
''Kau cuci belah sana aku sini,cepat sikit jangan duk terhegeh-hegeh,aku banyak keje lagi nak buat ni!''arah Haikal sebelum menghilang membiarkan aku mendengus perlahan.Trust me,ni first time aku tengok lelaki yang kuat mengomel.Berdarah jugak telinga kalau lama2 duduk dengan dia ni.
Aku terus menyental sekuat hati tandas tersebut sambil menahan diri daripada menghamburkan segala jenis perkataan yang akan menggelapkan hati dan masa depan aku.Aku mengeluh sebelum perlahan-lahan menyanyikan my fav song.The end by Alesso and Charlotte Lawrence.
I hate the way that I love you
I don't want to
How can you hurt me when you're not around?
Welcome to the end
Guess you get your way again
Never held my hand, so you don't have to let it go"Bisinglah,bukannya sedap pon suara kau.Langsuir pon kalah dengan kau!"sindir Haikal yang sedari tadi bersandar di tepi aku.
"Suka hati la at least aku tak menggedik macam kau dengan girlfriend tak cukup cm kau tu!"sindirku membuatkan senyumannya hilang dan dia terus mendengus meninggalkan aku.
Padan muka kau,apa ingat aku ni tak pandai nak menjawab ke? Oh trust me Haikal kau masih tak kenal aku sape,once you in you're not getting out that easily!
#fuh
#love teruk
YOU ARE READING
Mr Kp, You're Mine!
Teen FictionPertembungan antara Ainie dan Haikal ni best.Ainie ni ada crush dekat Haikal si Mr Kp,tapi apakan daya ramai pulak yang minat dekat jejaka a little bit skema ni.Along the way dengan member Ainie yang tak betul,dia cuba untuk meraih cinta Mr Kp yang...