23

1.6K 60 10
                                    

Aku masih lagi blank.Rupa-rupanya Ain dah tau Haikal tu yang masuk meminang aku!Tapi dia guna nama lain tak nak bagi aku menggelupur dengar nama si Haikal.Kalau aku dapat si Ain tu memang aku seret atau gilis muka dia dengan lori pasir.Apa ingat,suka hati dia je tak nak bagitahu aku!Benda ni penting weh,ni melibatkan hidup dan mati aku!Ish..

"So?How's your feeling?"tanya Ain sambil memegang tanganku yang dah sejuk.Lepas je akad nikah tadi,aku decide tak nak tidur serumah lagi dengan Haikal,so sekarang ni aku dekat apartment Ain kongsi dengan Sha,depa dua ja duk sini.Besar gak la.

"Takde feeling.Aku rasa nak mintak cerai je weh-"tak semena-mena tangan Ain dah sampai ke dahi aku.Aduh!

"Apa ni!Sakitla gila!"rengekku dengan sengaja nak mengada.Yela lepasni dah tak dilayan kalau nak mengada.Silap-silap aku sampai je depan rumah tu,depa dua ni letak sign 'layan diri' haaa mau tak terjentik hati ni.

"Tak baik musnahkan masjid yang baru je dibina.Allah swt tak suka tau tak!"kata Sha yang duk menyandar dekat sofa sambil melayan hindustan kat tv.

"Sibuk je!Kau tak rasa apa yang aku rasa!Takpela aku nak tido sini malam ni."kataku seraya tu jugak Ain mengeluh Sha hanya menjulingkan mata sebelum mengganguk tanda faham.

"Hurm kau nak balik lepas sanding ke?"tanya Ain sekadar berbasa basi tak nak bagi aku fikir sangat pasal Haikal my official husband.

"Entahla weh,ye kot."kataku sekadar nak lari dari conversation yang dah mula menunjukkan minat Ain nak menyakat aku.

"Mana boleh kot-kot.Dalam esaimen kalau kau tulis perkataan kot cukup 1000 pp pon dia takkan baca,sebab alasan atau jawapan tu tak munasabah.Sekarang ni aku repeat sekali lagi,kau nak balik bila?"tanya Ain yang dah mula tersenyum nakal.Haa dah mula dirasuk dah ni.

"Aku-"belum sempat aku nak menjawab pertanyaan Ain,loceng pintu berbunyi menandakan ada orang hantar barang atau makcik or pakcik sebelah bawak makanan.Mana aku tau? Of coz,member aku ni google bergerak,ko tanya je la apa-apa modal soalan memang depa ada jawapan dari perspektif sendiri.

Ain terus menunjal bahu aku dengan middle fingernya sebelum Sha join Ain pegi bukak pintu.Nampak macam loceng tu dah hampir nazak,yela orang dekat luar tak habis-habis duk tekan loceng.Alamaknya,macam urgent,nature's call kot.

Aku menghiraukan depa berdua terus  bukak tv sambil mengunyah super ring yang diposkan oleh Aishah dari kampung halaman dia.Dia cakap rasa jajan kampung dia ni Authentic,sekali cuba pasti nak lagi.Lagipon sekali kau makan jajan tu,kau akan rasa macam duduk dekat kampung dia.Ok dia tipu,sebab aku dah 4 kali makan benda ni,takde rasa papepon.Masih lahi dekat KL jugak.So aku cop Aishah sebagai scammer!

Baru je aku duk mengunyah jajan tu sambil layan hindustan,tiba-tiba Sha dengan muka paniknya menerpa ke arah aku dengan muka pucat lesi dan lesu.

Aku memandang dia dengan muka pelik sebelum meletakkan jajan Aishah di atas meja kopi sambil bangun mencuci tangan yang dah mula melekit sebelum angkatan semut darat datang membuat rewang ditanganku ni.

Lepas je dah setel aku terus bercekak pinggang memandang Sha yang duk termundar-mandir mengikuti aku.Aku menghela nafas perlahan sebelum memandang dia.

"Kenapa ni?Sapa yang datang tu?"pertanyaanku membuatkan Sha membulatkan mata dia kalau boleh nak-nak je aku korek bagi buta terus.Cakap jela,jgn nak dramatik sangat!

"Kau..kau kena ikut aku jom!"kata Sha seraya menarik aku ke arah pintu tadi.Aku dapat dengar sayup-sayup suara Ain dekat luar macam kena rasuk pon ada.

Aku terus merentap tanganku dari dipegang Sha membuatkan dia mengeluh perlahan sebelum memandang aku.

"Ya allah,kau nak buat apa dengan air tu?"tanya Sha membuatkan aku tersengih macam kerang busuk yang dah bertahun takde orang beli.

"In case la Ain tu kena rasuk!"kataku seraya tu jugak membuatkan Sha mengeluh tanda give up.Hekeleh nanti air ni jugak yang dapat tolong aku dengan dia kalau apa yang aku cakap tu betul!

Aku keluar dari rumah tu nampak la dua susuk tubuh.Seorang wanita tinggi dan sorang pakai tudung.Eh dua wanita pulak?

Aku menerpa ke arah mereka dan alangkah terkejut melihat Ain yang dah muka macam mak limah,dan The bitch yang aku dah lama tak jumpa dengan rambut perangnya itu macam kena air banjir pon ada.

"Haa elokla kau keluar Ainie,aku ni dah tak leh nak sabar dengan perangai adik beradik Jin laknatullah ni.Ada ke patut dia cakap kau rampas boyfriend dia padahal dia tu je yang melebih.Eh pompuan!Haikal tu main-main je dengan kau,Ainie ni isteri dia!So back off la gila!"jerit Ain tempias air yang aku tak nak mention pon terkena atas muka aku.Aku mengeluh sebelum mengeluarkan sanitizer yang spray tu dari kocek,terus aku spray atas muka minah tu yang tak habis-habis mengelap mukanya dek kerana disembur oleh Ain.

"Eh!Kau ni gila ke!Asal sanitize muka aku!"jerit perempuan gila tu sambil mencebik menahan marah.

"Aku bukannya nak cairkan make up kau tapi sekarang ni kan musim covid,pepaham jela."kataku selamba membuatkan Sha yang duk memerhati je dari belakang tu tergelak kecil.Haa yang tu memang,orang tengah serius dia gelak pulak.

"Ish!Baiklah kalau macam tu,tapi aku datang sini bukannya nak gaduh dengan kau!Aku nak cakap dengan Ainie kejap in private!"kata The Bitch sambil menunding jari ke atas muka Ain direct.Terus merah muka minah tu.Aku terus memberi hint kepada Sha berkaitan dengan Ain lepastu Sha terus menarik Ain masuk ke dalam rumah.Ain dah menjerit nak sepak pompuan tu tapi aku endahkan saja.The bitch tu pulak pucat muka dia dek kerana Ain muka dah tak macam orang.

Berjaya!Sha berjaya kunci grill tapi sempat gak Ain duk cari kunci nak bukak grill tu.So Sha baling kunci kat luar menyebabkan mereka dua stuck dalam rumah tu.Hurm.

"So...so...aku just nak cakap.Kau boleh tak mintak cerai dengan Haikal-"belum sempat The bitch menghabiskan ayatnya.Dia dihalang oleh suara sayup seseorang menjerit.

"Arghhh aku kalau dapat kau memang aku-"Jeritan Ain dah berupa orang gila aku abaikan sebab Ain dia sengaja buat macam tu nak takut-takutkan The bitch yang dah mula pucat ni.

"Ok.Kau nak aku ceraikan?Kau suruh Haikal la yang lafazkan benda tu.Aku memang dah tak sabar ni."kataku selamba membuatkan the bitch tu membulatkan mata dia sebelum mengganguk.

"Thanks,takpela aku pegi dulu.Kirim salam dekat semua."kata The bitch,eh baik pulak dah,tadi kemain menjerit!Hurm.

"Waalaikumussalam."jawabku seraya memandang the bitch yang dah mula menapak masuk ke dalam lif dengan muka berseri-seri.Aku mengeluh sebelum mengambil kunci dan membuka grill pintu tu.Tercengang Ain dan Sha sebelum mereka mengheretku ke arah sofa hempuk tu.

"Kenapa kau buat macam ni?"tanya Sha memecahkan kesunyian,Ain dah normal aku tengok.

"Aku malas nak fikir dah!Apa jadi pon aku redha je!"kataku menamatkan perbualan sebelum pura-pura main Pubg dalam phone Sha.

Mereka berdua saling bertukar pandangan sebelum mengeluh perlahan.

"Apa-apa keputusan kau,aku harap kau fikir sampai hangit tau!Tak nak kau menyesal nanti."kata Ain seraya tu jugak dia masuk dalam bilik membersihkan diri.Sha pulak terus melayan drama Hindustan yang dah nak habis tu.

Well,i hope so...

#woah
#geng capslock berjemaah buat min terhibur😂

Mr Kp, You're Mine!Where stories live. Discover now