40

334 17 10
                                    

Terdengar sayup azan berkumandang sebelum mata aku terbuka perlahan melilau menjelajahi bilik yang aku tersangatlah kenal,our room.Air mata terus mengalir perlahan tatkala melihat gambar perkahwinan kami yang tergantung elok di tepi jam dinding itu.It's official,he left me.

Sambil mengelap air mata yang semakin lebat,pintu terkuak perlahan menampakkan Ain dan Ibu yang sedang melihat aku menangis sebelum menerpa ke arah aku yang masih terbaring di atas katil tersedu perlahan.

Ibu melabuhkan punggung ditepi aku dan tidak semena-mena badan aku terus memeluk ibu dan meneruskan tangisan yang tidak berlagu.Akhirnya tangisan perlahan bertukar menjadi kuat bila ibu mula menggosok perlahan belakang badanku.

Ain hanya merenung kami dari sisi sebelum mengeluh perlahan.

''Babe,you need to be strong.Dia masih suami kau,don't be like this please?''pujuk Ain sebelum memegang bahuku perlahan.

Aku dengan tangisan yang semakin galak terus melepaskan diri daripada memeluk ibu sebelum memandang Ain dengan air mata yang semakin lebat.

''It...it was my fault.Dia benci aku Ain,you're right.Karma is a bitch.Dulu aku yang nak sangat tinggalkan dia but now?He was the one that leave me.Aku tak kuat Ain,i can't.I  love him so much,it's hurt like hell.Why?Why did he leave me? Dia cakap dia sayang aku,but why!?''aku mula meronta-ronta dan menyebabkan aku telah dipeluk oleh Ain sambil diriku secara tidak sedar telah menjerit-jerit seperti orang tidak siuman.

Kedengaran bunyi derapan tapak kaki yang bergegas ke arah bilik kami,dan seketika itu terjengullah muka along,ayah,adik,shahira and angah yang melihat aku dengan penuh simpati sebelum ayah masuk dan mengganti tempat ibu.Ibu terus keluar dengan esakan kecil mungkin tidak tahan dengan esakan aku yang dah macam orang tak betul ni.

''Hei princess,look at me!''pujuk ayah sambil menarik aku dalam pelukannya menyebabkan aku terus menyembamkan muka didadanya dan menghamburkan tangisan sekuat hati sehingga terkulai perlahan dalam pelukannya.

''Kamu semua keluarlah dulu,biar ayah yang pujuk dia okay?''kata ayah kepada mereka semua sebelum semua perlahan keluar dari bilik aku.Kedengaran Shahira turut menangis perlahan sambil dipujuk oleh angah ketika mereka menapak keluar dari bilik itu.

Adik hanya memberikan kata-kata semangat kepadaku sebelum keluar diikuti along dan Ain yang hanya menahan diri daripada terus memeluk aku yang sedih tahap tak leh nak pikir ni.

Setelah kedengaran pintu tertutup,aku terus mengelap muka dengan hujung lengan sambil  melepaskan diri daripada pelukan ayah.Ayah hanya membelai rambut panjangku secara perlahan dan matanya merenung aku dengan penuh simpati.

Aku hanya mengelak daripada menatap matanya dek kerana malu.Yela dulu aku yang beria nak Haikal ceraikan aku la apa la,last2 aku pulak yang tiba-tiba meroyan nak Haikal balik.Konfem lepasni along n angah bantai gelak.

''Anak ayah tak nak cerita apa-apa ke dekat ayah nu,hurm?''kata ayah dengan suara yang lembut nak mati.Ni trick nak korek rahsia ni.

''Kakak ni bodohkan yah?''kataku perlahan membuatkan ayah mengeluh perlahan sebelum memalingkan tubuhku ke arahnya.Jari tuanya mengelap perlahan air mataku yang mula mengalir sekali lagi,mataku hanya merenungnya kosong sebelum membiarkan air mata menderum laju.

''Syhh,kakak tak bodoh sayang.Ni takdir Allah swt dekat kamu berdua.Kakak tahu kan yang bila Allah swt sayang hamba dia,dia akan uji dengan berdasarkan kemampuan kakak sendiri?Ayah tahu kakak sedih,tapi sayang,takkan sampai bila-bila?Sayang tak percaya dengan takdir yang Allah dah tetapkan ke?hurm?''pujuk ayah menyebabkan aku terus tersentak.Astaghfirullahalazim,apa yang aku buat ni?

''Ya allah ayah.Kakak..kakak..-''belum sempat aku menghabiskan ayat,ayah telah pon memberikan senyuman syukur ke arah aku.

''Alhamdulillah,anak ayah dah sedar.Baguslah sayang,berubah lah,insyallah Allah swt sentiasa mendengar doa hambanya.Pasal Haikal tu pulak,biarlah dia pergi untuk seketika,kalau jodoh kamu berdua masih ada,ke kutub utara sekalipon dia lari,kamu tetap akan jumpa dia bila Allah dah takdirkannya.''kata ayah lagi membuatkan aku tersenyum hambar seketika mendengar nama tersebut.

''Hurm,kamu tak mandi lagikan? Macam ni lah,sekarang kamu pergi bersihkan diri nanti kita makan sama-sama kat bawah ye? Solat tu jangan lupa okay?''kata ayah seraya tu jugak dia berlalu keluar dari bilik aku.Aku tersenyum hambar melihat cincin di jari manis sebelum mengucupnya perlahan.

''Ainie akan tunggu abang walaupun Ainie terpaksa berkongsi abang dengan orang lain.Ainie redha.''bisikku perlahan sebelum mengucup cincin itu sekali lagi dan terus bingkas bangun untuk membersihkan diri.

Selepas beberapa minit membersihkan diri dan mandi.Aku akhirnya menadahkan tangan memohon kepada yang satu.

''Ya allah,ampunkan dosa kami sekeluarga,dosaku terhadap suamiku dan permudahkan urusan mereka semua.Jika benar Haikal adalah imamku,kau permudahkan dan lembutkanlah hatinya untuk menerima aku.Aku sedar aku banyak berdosa dan menyakitkan hatinya dan disebabkan itulah aku mohon kepadamu ya allah,pertemukanlah aku dengannya suatu hari nanti.Amin ya rabbal alamin.''setelah sudah berdoa,aku akhirnya menarik nafas lega sebelum tersenyum kecil,it's okay,i'm strong.Allah swt tak pernah tinggalkan hambanya tetapi hambanya sahaja yang selalu berbuat demikian.

Sambil melipat telekung,aku terpandang kain pelikat yang selalu Haikal pakai tersimpan elok di atas meja kecil yang meletakkan extension dan charger yang berlambak.

Sambil menyimpan telekungku,aku terus mengambil kain tersebut dan mencium harumannya.Haruman semulajadi Haikal masih melekat disitu cukup untuk membuatkan air mataku menitis perlahan.

Sambil melabuhkan punggung dia atas katil,aku terus memeluk kain tersebut dengan kejapnya.

I'll wait for you bang,even it takes forever,i will and always wait for you.

#woah

#helli gais!

Mr Kp, You're Mine!Where stories live. Discover now