"Happy birthday to you!" Ucap ibu aku sambil menghidangkan satu kek di hadapan aku.
Aku tersenyum lalu mengucapkan terima kasih kepadanya. Dia memang tidak pernah lupa hari ulang tahun aku. Sedangkan aku lupa akan hari ini.
"Happy birthday Iris. Kalau kakak tahu hari ini birthday kamu, mesti kakak beli hadiah tadi," ujar Carla sambil tersenyum.
Sekarang hubungan aku dan dia menjadi semakin rapat sejak aku berbual dengannya tadi. Bagi aku dia seorang yang menarik.
Dia pun benarkan aku panggil dia sebagai seorang kakak. Dapat juga aku rasa bagaimana rasa adanya seorang kakak.
"Tak perlulah kakak. Kakak ada sini sambut sekali pun dah cukup," aku membalas.
Carla tertawa kecil lalu mengusap lembut kepala aku. Memang terasa seperti ada kakak yang sebanar.
"Sudah, marilah kita makan." Ibu aku lalu menghulurlan pinggan ke arah kami berdua.
Aku memotong kek tadi lalu dibahagikan ke atas pinggan yang ibu aku hulurkan. Setelah itu, kami bertiga terus menjamu selera.
"Oh ya, macam mana kamu dekat sana? Ada benda menarik terjadi tak?" Soal ibu aku.
"Benda menarik itu tak ada tapi entah macam mana Iris tiba-tiba jadi ahli ketua pelajar pula," aku mengatakan kejadian pada hari itu.
Sejujurnya aku tidak tahu kenapa Micheal mengajak aku menjadi salah seorang ahlu ketua pelajar dan orang yang sebelum ini dapat jawatan itu tiba dibuang.
Bagi aku baguslah orang sebelum ini dibuang tapi yang aku kena ganti kenapa pula? Aku mahu tolak tapi atas desakan orang sekitar aku, terpaksa jugalah aku terima.
"Baguslah kamu jadi ahli ketua pelajar. Sekurangnya itu dapat tolong kamu sikit," nasihat ibu aku.
Memang betul tapi kerja itu menyusahkan. Apatah lagi kerja bawah orang macam Micheal tu.
Sejak kakak Claire datang sekolah tu, dia selalu jer perhatikan aku. Dendam dengan aku ke sebab ceritakan kisah dia pada kakak Claire.
Bukannya aku mahu, kakak Claire yang mahu tahu. Kalau kakak Claire tak tanya, mana mungkin aku akan cerita. Buang air liur aku sahaja.
"Kamu sekolah dekat mana?" Aku menoleh ke arah Carla yang menanya aku tadi.
"Saya sekolah dekat Erwa Main School."
"Kamu sekolah sana. Kalau kamu sekolah sini rasanya dapat kamu berkenalan dengan adik kakak. Dia pun sekolah dekat Erwa Academy, tapi dekat sinilah."
"Adik kakak? Apa nama dia?" Aku tertanya.
"Carol. Dia sama umur kamu. Kalau kamu berdua berjumpa mesti dapat jadi kawan."
Aku sedikit tertarik dengan adik kepada Carla ini. Jadi teringin mahu berjumpa dengannya. Mana tahu aku boleh berkawan dengan dia sekaligus merapatkan lagi hubungan aku dengan Carla.
"Saya harap saya dapat berkenalan dengan Carol tu," ujar aku lalu menghadiahkan senyuman.
.
.
.
.
.Time skip
"Mummy, biar Iris yang cucikan. Mummy rehat sahaja," ujar Iris apabila melihat ibunya mahu meletakkan pingan di dalam singki.
"Betul ke kamu nak cuci. Kamukan baru sahaja balik, rehatlah dulu," balas puan Lilith dengan nada agak risau.
"Tak apa. Mummy rehat sahaja sana," Iris bertegas.
YOU ARE READING
Different Melody [H]
Teen FictionHidup aku dulu memang sangat tenang. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sehinggalah semua itu berubah ketika aku berkenalan dengan lelaki ini. Hanya disebabkan tertukar pesanan coffee aku mula berjumpa dengan lelaki itu. Aku cuba menghiraukan di...