cp 38

75 5 0
                                    

Bam... Bam... Bam...

Aku menghentak bola keranjang ini ke tanah sambil aku melawan Sky sekarang. Aku bermain dengannya secara kasar. Memang niat aku bermain kasar kerana aku cuba melepaskan marah aku kini.

Walau banyak kali pun aku cuba melupakan kisah itu, aku pasti akan mengingatkannya kembali. Dan disebabkan itu emosi aku tidak betul secara. Aku marah, geram dan sedih. Semua yang tidak baik itu memang ada di dalam diri ini sekarang.

"Itu sebenarnya daddy yang arahkan abang beri pada kamu."

Bam!

Aku menhentak kuat bola ini apabila mengingatkan ayat itu. Kenapa ayat ity mesti bermain di fikiran aku sekarang. Aku mahu lupakan semua itu sekarang. Berjumpa dengan lelaki itu adalah satu perkara yang sungguh salah.

.

Flashback

.

Aku keluar dari dewan utama ini setelah selesai urusan aku tadi. Baju uniform aku pun sudah ditukar untuk menyenangkan aku berjalan.

Selepas tamatnya orkestra tadi, dewan ini terus menjadi kosong kerana para tetamu sudah pun balik. Jadi selepas itu para pelajarlah kena tolong bersihkan dewan ini. Aku sebagai ahli ketua pelajar pula kena pastikan kerja berjalan lancar dan aku kena periksa semua alat muzik yang dipinjan tadi.

Sesungguh kerja aku lebih banyak dari orang lain. Aku terpaksa memeriksa alat muzik, memastikan kawalan dewan dalam keadaan selamat dan memastikan para pelajar melakukan kerja.

Kalau dulu biasanya aku yang akan berada menolong di sini tetapi sekarang aku bukan sahaja menolong mereka tetapi membuat lebih kerja daripada mereka. Aku tak nak jadi seperti seorang kakak kelas aku dulu yang salah guna kuasa.

"Iris kerja kami sudah selesai. Kami balik dulu ya," ujar salah seorang pelajar tadi.

Aku tersenyum lalu membenarkan mereka pulang. Sebelum aku menutup pintu dewan aku memeriksa dahulu apakah masih ada pelajar lain dan setelah diperiksa aku terus menutupnya.

Telefon aku dibuka untuk aku melihat jam. Sudah masuk jam 5.30 petang. Sudah lambat juganya. Aku rasa aku mahu terus balik ke asrama sahaja kali ini.

Untuk laporan mungkin aku akan hanyar esok. Kalau hantar sekarang bukannya pintu bilik ketua pelajar masih buka. Jadi balik sahajalah ceritanya.

"Iris," seseorang memanggil aku.

Aku mengangkat kepala dan terus aku mengeluh pasrah. Telefon tadi disimpan oleh aku lalu terus aku melangkah meninggalkan orang tadi. Malas aku mahu bersemuka dengannya.

"Iris nanti dulu, abang ada benda nak cakap," lelaki itu cuba menahan aku.

Aku menjeling ke arah lelaki itu lalu aku meneruskan kembali langkahku.

Tap!

Dia menahan bahu aku pula. Aku yang mula geram itu menoleh ke arahnya dengan penuh rasa benci.

"Sekali ini sahaja biar abang cakap. Lepas ni abang tak akan ganggu kamu," ujar lelaki itu dengan penuh tegas.

"Jangan buang masa. Cepat cakap," balas aku.

Lelaki itu tersenyum lalu dia mengajak aku duduk di taman sekolah ini seketika. Aku mengikuti katanya dan hanya duduk di sana.

Aku dapat lihat dia kelihatan berbeza hari ini. Dia nampak agak segak, mungkin sebab hari ini adalah hari orkestra.

"Kamu nampak hebat di atas pentas tadi," pujinya.

Aku diam memandang tajam lelaki itu. Apa gunanya dia puji aku? Nak ambil hati aku pula sekarang lepas dia sudah tinggalkan aku bersama ibuku.

Different Melody [H]Where stories live. Discover now