cp 25

70 6 0
                                    

Preng!

Aku menghentak grapu ke atas pinggan makanan aku. Sakit hati bila difikirkan balik tentang kotak muzik itu lagi. Kepala aku memang tidak dapat lupakan tentang kotak itu.

Kenapa lelaki itu mesti berikan aku kotak tersebut. Aku tak perlulah. Buat aku semakin benci dengannya adalah.

Memang geram betul hati ini. Kalau bukan disebabkan aku mahu menjaga hati ibu aku, tak akan aku simpan kotak tersebut. Mungkin sudah lama aku buang dia.

Hah! Memenatkan sungguh. Aku baru balik sini sudah dapat semua ini. Tak dapat ke beri aku ketenangan dahulu.

"Apa yang kau marahkan sangat tu?" Tiba satu suara menyoal aku.

Aku menoleh ke atas dan kelihatan Sky, kawan lelaki aku datang sambil membawa makanannya. Di belakang dia pula ada Via yang datang mendekat duduk di sebelah aku. Nama panjang dia Olivia tapi aku lebih suka panggil Via.

Awal juga dua orang ini datang. Biasanya mereka tidak akan balik awal seperti aku. Kalau boleh, hari tu sekolah nak buka, baru mereka datang. Untungnya mereka tinggal di bandar ini sahaja. Tak perlu bergerak jauh seperti aku.

"Awal kau datang?" Soal Via.

"Aku ada meeting hari ni. Kau pula kenapa datang awal?"

Dia tidak menjawab soalan itu kerana sibuk dengan makanannya. Kalau sudah bertemu dengan makanan memang tidak dilayannya lagi aku ni.

"Macam mana cuti kau? Best!" Sky pula menyoal. Lelaki ini boleh diharap sedikit walaupun otak dah macam putus saraf.

"Biasa jer. Tak ada benda best jadi," balas aku dengan sambil lewa.

Sebenarnya ada benda seronok terjadi tapi disebabkan kejadian semalam, tiba aku rasa malas dah cerita.

Air kosong yang terdapat di dalam gelas ini ditatap oleh aku. Terpapar wajah sendiri di atas air tersebut. Banyak sungguh perkara yang jadi sampai aku tak tahu nak buat apa.

Dan antara semua itu adalah aku berkenalan dengan Asher. Macam tidak percaya aku dapat berkenalan dengan lelaki itu walaupun aku tahu diri ini tidak peramah sangat dengan orang asing.

Cuti yang panjang itu tidak terasa kerana dia. Hari-hari ada sahaja idea dia nak keluar dengan aku.

Ting!

Tiba satu pesanan masuk ke telefon aku. Aku mengambil telefon itu dan membaca pesanan tersebut. Daripada guru kelas aku rupanya.

"Iris, nanti kamu kumpul semua assignment kelas kamu ya."

Tentang kerja itu rupanya. Aku hampir terlupa bahawa guru itu ada beri kerja tersebut kerana aku sudah lama siap. Kalau sudah siap buat apa aku fikirkan lagi. Jadi kadang-kala aku lupa juga akan kerja itu.

"Korang dah siap assignment miss Fleya beri ke?" Soal aku kepada Sky dan Via.

Tangan mereka berdua yang sedang sibuk makan tadi terhenti lalu dengan perlahan mereka mengangkat muka melihat aku. Tiba satu senyuman yang penuh maksud lain keluar.

"Wahai kawanku yang cantik jelita," Via memegang tangan aku sambil memuji aku. Nampak mencurigakan!

"Kami bukan tak siap, cuma kami tak ada idea nak tulis apa jadi..." disambung oleh Sky.

"Boleh tak kami pinjam assignment kau!" Serentak dua orang tersebut.

Aku dah agak dua orang monyet ni. Mesti mereka pulang awal ke sini sebab nak pinjam kerja aku.

Kerja tu cikgu sudah beri bulan lepas sebelum cuti lagi, mereka masih lagi belum siap. Dua orang monyet ni sebenarnya buat apa waktu cuti.

"Otak aku nak pinjamkan dekat korang. Buat sendiri!" Aku menolak untuk dipinjam.

Bukan sekali mereka berdua ni pinjam kerja aku, tapi sejak aku mula sekolah sini lagi. Awalnya kata nak buat tapi akhirnya pinjam juga yang aku.

"Alah, pinjamkan lah. Kita dah lama kawannya. Jadi apa salahnya kau pinjamkan pada kami," Sky memujuk aku.

"Tolonglah, wahai kawanku yang cantik jelita mengalahkan ratu cantik dunia. Kali ini sahaja, please..." dia menunjukkan mata kesiannya.

Maaf, kali ini tidak berjaya. Aku sudah tahu teknik kau guna untuk pujuk aku. Bukan sekali kau guna cara tu tapi banyak kali. Macam mana aku tak tahu cara nak elak teknik itu.

"Kau tahukan, assignment kali ni kita tak boleh sama tajuk," aku tersenyum.  Itulah sebab kenapa aku tak suruh mereka tiru aku.

Dua orang itu ternganga terkejut mendengar pernyataan tadi. Sakit bukan. Tetapi terima sahajalah kerja kali ini begitu.

"Habis tu macam mana?" Via mula gelabah.

"Buat jer lah. Kita masih ada empat hari sebelum sekolah mula," balas aku.

"Ya lah, tapi macam mana? Tajuk pun kami tak ada," Sky pula mula gelabah.

Itulah nasib korang. Siapa suruh sambil lewa sangat buat kerja. Kan sudah kena sekarang.

"Iris, tolong kami please! Aku akan tunaikan apa sahaja hajat kau selepas ini," Via memohon kepada aku.

Aku hanya tersenyum mengendahkan semua itu. Saja nak tengok mereka tersiksa merayu kepada aku dulu.

"Aku akan belanja kau makan seminggu, jadi tolong kami Iris," Sky mula memohon. Matanya bersinar memohon kepada aku.

Rasa nak tampar pula lelaki ini. Kau fikir kau perempuan boleh guna cara tu.

"Kentin beri makanan free, jadi kenapa kau nak belanja aku pula?" ambik kau. Nak guna teknik itu lagi, jangan harap aku terperangkap lagi.

Dua orang itu saling memandang dengan muka gelabahnya. Aku pula hanya tersenyum. Teruskanlah fikir macam mana nak pujuk aku. Aku nak tengok sampai mana kebolehan korang.

"Kami berdua volunteer ikut kau untuk aktiviti sekolah bulan depan," serentak dua orang itu berkata.

"Deal!" Aku terus setuju.

Bagus! Mereka masuk perangkap aku. Nampaknya aku akan ada kawanlah untuk ikut aktkviti yang aku terpaksa ikut itu. Tak adalah aku seorang sahaja yang akan pergi nanti.

Kali ini mereka tidak boleh tolak dan harus ikut aku. Ada guna juga aku keras hati tak terima yang awal tadi. Tapi tak apa kerana mereka berdua ikut aku nanti. Dapat aku bulu dua orang monyet ini nanti.

"Jangan nak tarik balik kata tadi. Korang kena ikut aku," ujar aku.

Air muka dua orang monyet ini menyesal. Demi nak dapatkan pertolongan aku untuk kerja mereka, mereka sanggup penatkan diri sendiri.

Maaflah libatkan korang dalam hal ini. Aku tak nak kena seorang pergi sana.

Lagipun bukan salah aku tapi salah mereka sendiri. Kalau mereka buat awal kerja tu mesti mereka tidak akan kena semua ini.

"Pagi ni, aku ada meeting. Jadi korang fikir tajuk korang dulu. Pukul 1 nanti, jumpa aku dekat makmal sains," ujar aku kepada dua monyet yang melemag ini.

"Baik," pelahan suara mereka. Menyesal bukan.

Aku hanya tersenyum. Nak menyesal sudah lambat. Mereka sendiri sudah janji jadi jangan harap korang boleh tarik balik.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Different Melody [H]Where stories live. Discover now