cp 24

68 7 0
                                    

Plak!

Aku membuka pintu bilik aku. Dengan geramnya aku berjalan masuk dan melemparkan diri ke atas katil. Sakit betul hati aku terhadap Zale itu. 20 minit dalam satu kereta dengannya memang mencabar kesabaran aku. Tadi sudah sampai sini pun masih lagi nak bergaduh dengan aku. Apa masalah lelaki itu dengan aku?

Memang buat naik darah betul. Jangan hairanlah kalau satu hari nanti, sabar aku sudah hilang aku akan SmackDown terus dia. Ini pun tengah tahan sabar sahaja.

Aku berdiri dari katil tadi lalu pergi mengambil beg bagasi aku. Aku sudah berniat nak kemas beg itu dahulu sebelum aku pergi mandi.

Beg tersebut dibuka dan tiba aku melihat satu kotak berwarna coklat ada tersimpan di dalam beg tersebut. Bila masa aku bawa kotak ini?

Dan apa pula kotak ini? Tak ingat pula aku ada kotak begini. Kotak tersebut diambil oleh aku untuk diperiksa namun tangan aku terhenti apabila telefon aku berdering.

Aku mengambil telefon itu dan kelihatan ibu aku yang menelefon aku. Mulut aku tersenyum lalu mengangkatnya.

"Hello, mummy."

"Hello sweetheart, sorrylah mummy baru nak call kamu. Mummy sibuk sangat tadi."

"Tak apa. Janji mummy tahu yang Iris sudah sampai."

"Kamu kalau sudah sampai jangan nak rehat dulu, kemas dulu barang kamu tu. Lepas tu jangan lupa makan. Sudahlah mummy kamu semakin kurus sejak sekolah sana. Kamu tak makan ya?"

"Mana ada. Iris makanlah. Cuma makanan sini tak sesedap masakan mummy. Tu tak selera sangat," gurau aku.

Tapi memang betul pun, masakan ibu aku lebih sedap dari masakan di sekolah ini. Walaupun ini sekolah orang kaya tapi makanan dia tetap tak terasa sedap. Air tangan ibu memang tidak boleh dilawan.

"Ada-ada jer kamu ni."

Aku tertawa mendengar kata itu. Aku memang suka bergurau dengan ibu aku. Hanya dia sahaja tempat aku nak luah segalanya.

"Oh ya mummy, kotak apa yang ada dalam bagasi Iris ni? Mummy letak ke?"

"Kotak tu... Kamu buka sahajalah. Itu hadiah untuk kamu tapi mummy lupa beri hari tu." Nadanya bertukar sayu. Ada kena-mengena dengan kotak ini ke?

"Mummy ada hal sikit sini, jadi mummy kena letak dahulu. Kamu jaga diri baik-baik ya. Jangan lupa makan. Love you, sweetheart!"

Panggilan tadi terus diletakkan. Belum sempat aku ingin mengatakan selamat tinggal dia sudah melatakkan panggilan. Apa yang di sibuk sangat itu. Kalau diikutkan jam sekarang dekat sana sudah pukul 6 petang, mesti dia sudah balik. Jadi apa yang dia sibukkan sangat tu.

Aku mengendahkan semua fikiran aku tadi. Kotak berwarna coklat ini diambil oleh aku lalu aku memerhati luaran kotak tersebut. Ibu aku beli untuk aku ke?

Tidak pasti juga aku. Tapi apa yang aku tahu ibu aku biasanya beri aku hadiah dia tidak akan beri begini. Dia beri terus sahaja tanpa kotak.

Ribbon merah yang mengikat kotak tersebut ditarik oleh aku untuk membukanya. Selepas itu aku terus membuka penutupnya dan melihat isinya.

Terdapat satu kotak kayu yang diukir dengan sungguh cantik di dalam kotak tadi. Dalam kotak ada kotak. Hebat!

Kotak kayu tadi diambil oleh aku dan diperhatikan aku. Ukiran yang mengukir di sekeliling kotak ini sungguh indah. Ukiran tersebut adalah not muzik lalu terdapat juga beberapa perkataan tertulis.

Klik!

Aku membuka kunci kotak tersebut lalu terus membukanya. Tiba satu lagu dimainkan sebalik sahaja aku membukanya. Ini kotak muzik!

Patut kelihatan begini. Aku baru faham kotak kayu ini adalah kotak muzik. Sebalik sahaja dibuka satu lagu akan kedengaran. Cantik betul hadiah ini.

Aku tersenyum melihat kotak tersebut. Dulu aku sangat idamkan kotak ini tetapi aku tidak dapat membelinya kerana harganya yang sangat mahal. Tak sangka pula sekarang kotak itu ada di tangan aku.

Dalam aku gembira melihat kotak tersebut, tiba aku terperasan satu kertas kecil yang turut berada di dalam kotak tadi.

Kotak muzik tadi diletakkan dahulu lalu aku mengambil satu kertas kecil tersebut. Seperti kad ucapan sahaja. Ibu aku ke yang tulis?

Happy birthday!

Abang tahu, mungkin abang sudah lambat, namun abang tetap nak ucap. Kotak muzik tu, abang beli untuk kamu. Abang tahu kamu sukakan benda tu dulu.

Maaf tak pernah beri kamu hadiah selama 10 tahun ini. Abang bukan tak nak beri tapi abang tak tahu macam mana. Abang memang tak dapat nak bertemu dengan kamu.

Abang harap kita berdua dapat bercakap satu hari nanti. Rindu juga masa kita selalu bersama dahulu. Abang harap kamu masih boleh terima abang sebagai keluarga kamu semula.

- Kris

Senyuman di muka aku tadi terus menghilang. Jadi kotak muzik ini daripada lelaki itu. Buat apa dia nak muncul sekarang?

Aku menyimpan balik kotak tadi lalu membawanya ke almari bilik ini. Almari dibuka dan aku terus menyimpannya di belakang sekali almari itu. Aku tidak mahu melihat kotak itu. Buat emosi aku buruk sahaja.

Buat apa lelaki itu nak beri aku hadiah sebegitu. Nak tunjuk dia sudah hidup senang berbanding dengan aku sebab aku ikut ibu.

Hah! Tak perlu. Aku tahu pilihan untuk aku hidup bersama ibu aku sangatlah betul. Aku tahu mungkin ibu aku tidak sekaya orang itu namun aku tidak kisahkan semua itu.

Aku tak perlukan duit orang itu. Apa yang aku perlu hanya ibu aku sahaja. Dengan adanya dia sahaja semua yang aku nak aku boleh dapat.

Aku tak minta harta tapi aku hanya mahu kasih yang jujur sahaja. Sama seperti ibu aku bagi. Dia jujur menyayangi aku. Tidak seperti orang itu yang hanya berlakon menyayangi aku hanya sebab harta dan akhirnya tinggalkan aku apabila sudah mendapatkan semuanya.

Memang bodoh. Gunakan keluarga untuk dapatkan apa yang dia nak.

Aku tak sangka aku sebodoh itu percaya dengan kasih sayang palsu tersebut. Dulu aku percayakan lelaki itu namun apabila aku tahu apa yang telah dia lakukan, kepercayaan padanya aku terus menghilang.

Setelah apa yang dia lakukan pada ibu aku jangan harap aku dapat gelar dia bapa aku lagi. Hidup ibu aku sudah cukup merana disebabkan dia seorang sahaja.

Ibu aku sudah mencurahkan semua cintanya pada orang itu tetapi akhirnya orang itu meninggalkan dirinya sendiri. Tidak pernah sekali pun menjenguk mahupun memperlihatkan muka yang keji itu.

Aku memang bencikan orang itu. Kalau boleh aku tidak mahu bersemuka dengannya. Mendengar namanya pun sudah buat aku rasa muak.

Jadi kalau nak suruh aku bertemu dengannya aku memang akan menolak. Sekalipun dipaksa, jangan harap aku akan menganggapnya sebagai ayahku.

Aku tidak ada ayah seperti itu.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Different Melody [H]Where stories live. Discover now