cp 29

75 5 0
                                    

"Nah! Nasib baik sempat siap," Sky dan Via memberikan aku fail kerja mereka.

Aku tersenyum lalu mengambil fail tersebut. Ada hasil juga usaha mereka empat hari ini untuk menyiapkan laporan ini. Fikirkan tidak akan sempat rupanya sempat.

"Lepas ni jangan nak harap aku jer," nasihat aku sambil menyimpan fail tersebut.

"Ya lah," mereka berdua mengeluh kepenatan.

Aku mengeleng kepala melihat dua rakan yang hampir seiras ini. Peragai dua-dua sama tapi nasib jantina tak sama. Kalau sama memang boleh kata kembar seiras.

Jam di dinding kelas ini dipandang oleh aku. Sudah pukul 1 petang bermaksud masih ada masa 30 minit sebelum sesi petang bermula.

Sekarang waktu rehat tetapi aku rasa malas nak makan. Mungkin aku akan duduk di kelas ini sahaja sampai loceng sekolah berbunyi. Sky dan Via pun kelihatan seperti malas nak bangun lagi. Penat betul. Buat laporan jer pun, bukannya lari satu padang.

Ting!

Tiba telefon aku berbunyi menanda satu pesanan datang. Aku mengambil telefon yang tersimpan di bawah meja aku. Dibuka sahaja, tiba aku terkejut Asher menghantar aku pesanan.

Rasanya ini kali pertama lelaki itu menghantar aku pesanan selepas aku kembali ke sekolah ini. Lama juga tidak berbual dengannya.

"Hai, mesti sakarang awak tengah rehat kan?"

Aku terkejut aku dia tahu aku sedang rehat sekarang. Macam tahu sahaja jadual sekolah aku.

"Ya, awak tak ada kelas ke?" Seingat aku waktu ini sekolah biasa masih lagi belajar.

"Ada, tapi saya tak belajar."

"Tak belajar? Kenapa pula?"

"Sayakan budak pandai," lelaki itu seperti berbangga.

Aku tahulah dia pandai tetapi kalau tak belajar akhirnya nanti akan bodoh juga. Tuhan sudah beri kebolehan otak bagus tu gunalah dengan baik.

Dalam aku membebel seorang diri di situ, tiba aku terperasan dia menghantar aku beberapa gambar. Gambar tersebut di tekan oleh aku lalu aku tersenyum seorang.

Itu adalah gambar ketika kami berdua pergi mountain biking hari itu. Tidak sangka aku bahawa dia masih menyimpan gambar tersebut. Gambar aku berswafoto dengannya pun ada.

"Apa yang kau tersenyum tu?" Tiba Via menanya aku.

"Tak ada apa-apa," belasku dengan tenang.

"Ya ke?" Dia curiga dan tepat pada waktu itu juga dia merampas telefon aku.

Aku mahu mengambil kembali telefon itu namun dia sempat menghalang aku. Matanya memandang kaca telefon aku dimana gambar aku dan Asher terbuka besar.

Nampaknya aku sudah tidak boleh sorokkan hal itu lagi. Mesti banyak soalan yang perempuan ini akan tanya aku nanti. Berserah je lah.

"Sky cuba kau tengok gambar ni," dia menunjukkan gambar itu kepada Sky dengan muka yang agak terkejut.

Apa yang dia terkejut sangat tu. Bukannya aku tangkap gambar dengan hantu pun.

"Ini bukan dia tu ke?" Soal Sky memandang pelik gambar tadi. Mereka berdua kenal Asher ke?

Sky dan Via menoleh ke arah aku dengan muka yang amat terkejut itu. Aku ada buat salah ke? Rasanya tak jadi kenapa mereka jadi begini lepas tengok gambar aku dan Asher.

"Iris, kau lelaki ni ke?" Soal Via menunjuk gambar tadi.

"Kenallah, dia kawan aku," balas aku.

Different Melody [H]Where stories live. Discover now